Pages

Monday 31 October 2011

Nak Kawin??~~

Bismillah....








Apa kak long cakap??
-Dalam 3 orang adik laki aku ni,acik ni la yang akan kawin paling awal..paling kecik
  dan paling gatal.

Apa kak ngah cakap??
-Awak biar betul acik,kan belajar lagi. Tunggu la habis dulu.


Hmm...ni la kata-kata 2 orang akak kesayangan aku,2 orang akak yang sgt memahami aku.

Nama kak long- Norfadzlia binti Mahmad Khairai
Nama kak ngah-Norkhaziela binti Mahmad Khairai

Sweet kan nama diorang? dekat nak same je...hihi

Masa aku kecik-kecik dulu 2 orang ni la yang bersusah payah tolong mak untuk jage aku.

Mak ad 6 orang anak dan aku yang ke-5 dan seingat aku mak memang banyak habis

masa layan adik aku,anak bongsu la ktekn...pompuan lak 2,banyak la ragam..hehe

Kak long selalu mandikan aku dan pakaikan aku  baju yang cantik
(rambut belah tepi,bedak penuh kat muka,baju masuk dalam..skema!)

Kak ngah lak suke buat aku marah,asyik nak sakat aku je.
(Pernah sekali 2,aku tengah demam pastu dia g pasang radio kuat2. Aku off dia on
  semula...pnye la aku sakit hati,laz2 aku nangis..mase ni umo aku 7 taon)

Fuh...kalau nak ingat semula kenangan memang banyak sangat,letih nak tulis.

Tapi kat sini aku nak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan keinginan aku untuk
berkahwin dan apa kaitan diorang ni.

PART 1~~~ kak ngah..

Tengah aku on9 kat cafe tibe-tibe aku tengok kak ngah on9 fb.

Aku pun tegur la kak ngah,tanye khabar dan borak-borak.

Masuk kepada perbincangan serius......................

"Kak ngah,kite nak kawin.."
"HAH!!!"
"yup..kite siyes ni..awak orang first kita g taw"
"Calon da ade ke? ade ke orang nak kat awak? haha"

(hampeh punye kak ngah,orang siyes ni..haha)

"Da ade la,cik da bincang dengan dia dan kitorang sme2 setuju"
"Sape dia 2?"
"Blaja kat uia jugak tapi kos lain"
"Hmm..nanti kita bincang semula"

Perbincangan itu adalah sebagai mukaddimah aku melafazkan keinginan aku untuk bernikah.

Alhamdulillah...aku bersyukur kerana mendapat respon positif dari kak ngah dan dengan
semangat itu aku kuatkan azam untuk melangkah lebih jauh.

*******************************************************************************

Act tadi nak tulis lagi panjang tapi tiba-tiba idea hilang..adeh!!!

Sunday 16 October 2011

Sharing Moment~~

Bismillah....


Minggu ni banyak betul masa dihabiskan tanpa study..ish3

Aku xde join apa2 program pun minggu ni dengan niat nak study
dan rehatkan minda.

Tapi cuma satu objektif tercapai iaitu MEREHATKAN MINDA...hehe

Nak buat caner kan,bukan x nak study tapi x terstudy,xpe...niat da ad...hik3

Hmm...kali ni terlintas di fikiran untuk satu sesi yang paling aku minati jika aku
join mane-mane program...SHARING MOMENT...

Mase ni la selalu kita akan kenal kawan kita caner dan taw apa yang ada dalam
benak fikiran mereka,masa untuk nangis dan etc.

Alhamdulillah...3 bulan 2 minggu yang lalu Allah telah kurniakan aku seorang tunang.

Seorang insan yang telah aku lafazkan kata janji pada mak dan abah untuk
aku jaga dan kasihi sepenuh hati aku,tanpa berbelah bahagi.

Mak Abah serta adik beradik yang lain menerima dengan hati yang terbuka
niat aku untuk berkahwin muda...-)

Tapi mak telah meletakkan satu syarat~~~~~~~
ACIK NAK KAWIN BOLEH TAPI KENA BERTUNANG DULU..

Macam mana mak berlapang dada untuk terima niat aku untuk berkahwin.
macam 2 jugak la aku berlapang dada untuk terima permintaan mak.

Allah permudahkanlah urusan aku,setelah tamat final Calculus 2 beberapa hari
selepas itu aku telah dipertunangkan dengan gadis pilihan aku...

ALHAMDULILLAH~~~~

                                                       X blh letak pic sebenar dye,t dye marah...hehe

 
Maka selepas itu aku telah menjalani hidup sebagai tunangan seorang gadis
bernama NURUL 'ATIKAH BINTI ASMUNI.

Gadis yang telah mencuri hati aku sejak sekian lama dan setelah 8 tahun
terpisah Allah telah pertemukan kami semula di taman ilmu dan budi..-)

Selepas pertunangan,selama 2 bulan cuti aku telah menjalani hidup sebagai
mahasiswa yang bekerja full time.

isnin-khamis~~keje car wash.
jumaat-ahad~~jual ayam.

Penat??? Hanya tuhan yang tahu...memang sangat penat sebab tiap2 hari perlu
bekerja. Aku nak kumpul duit sebab nak kawin

Terbeban??? Tanggungjawab bukanlah bebanan tapi satu amanah,setiap
lelaki akan merasai tanggungjawab(berkahwin) satu hari nanti.

Walaupun x dinafikan kepenatan itu adalah bebanan tapi aku gembira dengan
ap yang aku buat dan usahakan,aku hanya ingin melengkapkan sebahagian
dari iman secepat yang mungkin.

"Kama...x rasa awal sangat ke??"
"Awal?? Maksud cikgu??"
"Ye la...nak kawin ni..x blh nak sabar sikit ke?"
"Sabar yang macam mana cikgu maksudkan tu?"
"Tunggu la 2-3 tahun lagi,pas grad ke..."

Aku hanya mampu tersenyum dengan soalan dan cadangan seorang guru
berpangkat pengetua di salah sebuah sekolah.

Dalam senyum aku hanya menyenaraikan beberapa soalan buat guru tersebut
dalam hati sendiri kerana guru tersebut telah berlalu begitu sahaja selepas bertanya
( x puas ati ap tah dgn aku..-p)

~~perlukah aku bersabar untuk melengkapkan sebahagian dari iman??

~~sabarkah aku untuk mencapai keredhaan Allah melalui sunnah baginda??

~~adakah aku termasuk dalam golongan yang sabar apabila melambatkan
     sunnah baginda??

~~mampukah aku bersabar dengan godaan dan dugaan dunia sekarang??

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


p/s kepada guru : taw kn anak cikgu sedang hangat bercinta dengan seorang
                           perempuan dan kelihatan spt suami isteri hubungan mereka,
                           adakah mereka terlalu awal untuk dikahwinkan dan atas sebab
                           itu mereka terus cikgu biarkan dalam kemaksiatan?
                           nauzubillah~~~~~~

Aku taw Allah sedang menguji aku dan aku redha,bersedia menerima segala ujian
yang datang dariNya..

Akhirnya aku pulang ke taman ilmu dan budi kerana cuti telah pun habis....

"Kama,tahniah!!!"
"Siot ko kama,dalam diam ea tunang..haha"
"Weyh..tunang orang ni..berseri je muka.."
"Alhamdulillah...sikit lagi nak smapai ke tahap membina masjid"

Dan yang paling aku x blh bla skali ayat ni...

"OpS kama!!! ko x boleh da join kitorang,ni geng orang BUJANG!!"

Haha..korang memang jahat!!! ske r kenakan aku camtu...

Tapi....satu ketenangan yang luar biasa aku rasai semasa berada di UIA..

FITRAH ISLAM!!!!

kenapa ia tidak tersebar di setiap sudut bumi??

kenapa  disini aku merasainya??

Sahabat disekeliling memahami mengapa perlu berkahwin,tidak perlu
dejelaskan dengan detail kenapa aku membuat keputusan ini.

Mereka seolah-olah diri aku,ucapan tahniah beserta doa-doa mengiringi
aku sehingga kini..tiada persoalan..mengapa?kenapa?

Tidak kurang juga ada sahabat mintak tips untuk mohon izin dari ibu dan
ayah bagi mendirikan masjid.

Bagi pasangan yang sebelum ini kelihatan sentiasa bersama,ada dikalangan
mereka meminta pandangan aku bagi memberi nasihat bagaimana untuk
menghalalkan hubungan mereka.

Mereka bukan tidak mahu redha allah dan halal dalam hubungan  tapi
MEREKA TIDAK TAHU BAGAIMANA!!

Aku tidaklah seorang yang mengetahui kerana masih belum berkahwin,
sebaiknya yang memberi nasihat tentang hal ini seorang yang telah
berkahwin tapi aku kongsikan setakat apa yang aku dah lalui bersama
mereka.

Semoga bermanfaat buat mereka~~~~

Friday 14 October 2011

Kenapa Menulis???

Bismillah....



Soalan yang tiba-tiba aku tanye pada diri aku sekarang...

Kenapa ya  aku nak menulis?

Klau nak tengok kos n subjek yang aku amik xde kaitan pun dengan
bidang penulisan ni...

Keje aku pegang calculator n jawab soalan kira-kira je slame ni..
(alamak..batery calculator da habis,lpe nak beli!!! huk3)

Kenapa ya??

Jawapannya....ada pada aku sendiri la kan? X kan nak tanye along lak..hehe

Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku minat untuk menulis.

Walaupun banyak lagi yang aku x taw tapi aku akan terus menulis,
mana taw aku mampu jadi lebih baik satu hari nanti.

Haha..da habis idea....bye2!!! -)

Friday 7 October 2011

Tutor...Ooo...Tutor...

Bismillah.....


30 SEPT 2011,6.46PM


TUT...TUT...(bunyi msj msk dlm inbox hp ak)

"Ada kuiz tadi,nape ko x dtg?"

Hafiz zainal,classmate cal 3 aku.

"Hah..kuiz!! ad kuiz?? rmai x dtg?"

msj dibalas dengan rasa terkejut.

"Rmai jugak la,cam sikit je yg x dtg"

tenang hafiz membalas soalan bertubi-tubi aku.

*********************************************************

'Yang berlalu biarkan berlalu,yang mendatang hadapi dengan cemerlang'

Sem ni aku bertekad untuk belajar betul-betul,aku x nak ponteng kelas

senang-senang je dan bile aku t'miss 1 kuiz rasa terkesan giler dalam hati.

Minggu ni 7 okt 2011 akan ada kuiz ke-2 dalam kelas tutor,aku x kan miss

kali ni!!! haha...(dengan yakin aku berkata)

Dugaan minggu ni adalah,aku rindu giler kat rumah.

Aku nak balik,jumpe mak abah,adik beradik dan anak-anak

sedare yang amat aku rindui....TAPI...................

niat dibatalkan sebab aku nak amik kuiz ptg jumaat....X NAK BALIK!!!

Petang ni aku sangat bersemangat nak amik kuiz,study x yah cakap r...

Yang xde dlm sylabus pun aku study,rajin x?? hoho..

Dipendekkan cite sampai la aku dalam kelas tutor yang diajar

oleh brader dari nigeria (x silap aku r,tengok dari warne kulit dye..-p)

15 minit berlalu..............................~~~~~

OUR QUIZ IS CANCEL~~~~

Sambil tersenyum aku keluar dari kelas...

Apa dalam otak aku mase ni?

Let me list it...~~~

1) muka mak dan abah yang tersenyum menyambut kepulangan aku semalam

2)muka aku yang kepenatan melayan kerenah anak2 sedara aku yang nakal
    dan sentiasa menghiburkan aku.

3)nasi lemak ayam,aku boleh makan puas2 masakan mak aku.

4)bergurau dengan adik beradik lain sambil bergelak ketawa

5)satu perasaan yang bahagia kerana dapat lari dari hiruk-pikuk kehidupan
   seorang mahasiswa dengan m'habiskan masa bersama family.

REALITI!!!!!!!

1)salahudin al-ayubi blok E 3.1,bilik yang hanya akan aku sorang je ada
   bila weekend coz sume roomate aku org KL dan blh balik bile2 mase je.

2)muke aku yang bosan dengan kehidupan yang sama,tiada kelainan,
   buku...pen...kertas....moto...kete...huhu

3)masakan cafe yang kdg2 x ubah seperti masakan dewan makan sekolah..-(

4)gelak sorang2 ble tgk movie kat laptop (gelak pakse)

5) I  AM IIUM STUDENT...-)

Ya Allah...kuatkan diri aku menanggung rindu pada family tersayang...

note- manje ke aku??? memang pun...t da kawin manje dengan zaujah lak..-)

Wednesday 5 October 2011

M C letter~~~

Bismillah...

Semalam...atas desakan insan yang disayangi aku melangkah kaki
ke klinik uia...

Aku ni bukan rajin sangat nak g klinik ni,aku takut darah (macam la
ad darah pun) n segan jumpe doktor..huhu

Tapi disebabkan aku da lame sangat batuk ni so aku g jugak.

PENAT TUNGGU TURN,SEJAM!!!! huhu~~

*********************************************************************************

""Awak ada jangkitan kuman dalam tekak sebab 2 batuk awak x baik2."
kata doktor dengan bersemangat

"Kuman apa lak nak b'tenggek dalam tekak aku ni"
Aku sekadar mampu bermonolog sendiri.

Punye la banyak jenis ubat doktor bagi kat aku semalam,da macam sakit teruk aku tengok.

Pastu boleh lak doktor bagi aku MC,pdhal aku x mintak pun..haha

Tapi dengan semangat waja dan berkobar-kobar aku x guna pun MC tu
coz aku g sume kelas ari ni..hoho...rajin x?

Aku bukan x nak rehatkan badan tapi aku da janji nak belajar betul2.

Memandangkan aku da ada tanggungjawab yang sangat2 besar sekarang,
aku perlu lebih matang....

Ngantuk la plak..nak g tido kat masjid la plak pastu terus g kelas UNGS..

SELAMAT PETANG!!1 -)

Saturday 1 October 2011

Malu~~~


Bismillah....


Waaa...x taw nak cakap caner..malu siot!!!!!!!!!!!! huhuhu....

1 OCT 2011...

Hari ini aku bangun pagi dengan penuh semangat...kenapa? sebab hari ni aku
ad program dan aku dapat jumpa dengan penulis novel ketika cinta bertasbih.

Sebenarnya novel ni banyak bagi aku motivasi,aku suka sangat novel ni sebab
watak utama (azzam) digambarkan sebagai seorang lelaki yang b't/jawab
dan penyayang pad ibu dan adik-adik dye.

So memang aku sangat teruja ari ni untuk berjumpa dengan dye.

Selepas solat zohor aku cepat2 gerak ke MOOT COURT AIKOL,disebabkan
aku ni budak kos engin sah2 la aku sesat dalam aikol ni.

Setelah bersusah payah mencari alhamdulillah berjumpa jugak aku dengan venue
yang dicari-cari.

Beberapa persoalan bermain diminda aku mase sampai kat situ..
"Eh..nape kosong je ni??

"Sume orang da masuk dalam kot"
Aku bermonolog sendiri untuk sedapkan hati.

Sampai je kat pintu aku cube la bukak.
"Ha..nape berkunci lak?"

"Ada pintu lain kot"
Monolog kali ke-2 untuk sedapkan hati.

Aku pun dengan bersemangat cari pintu masuk yang lain tapi langsung
x jumpa pun pintu masuk..

Tiba-tiba.............

"Woi kama!!!! ko buat ap 2?"
"Owh..ko amzar,ni ha aku nak g program serumpun."
Dalam masa yang sama aku hulurkan tiket 2 kat dye,nak bagi dye tengok.
"kama...o..kama.."
kata amzar dengan riak muka yang x ley bla.
"asal amzar?ad masalah apa2 ke?"
Aku semakin cuak..
"kama...ko tengok betul2 tarikh ni,ari ni 1 oct dalam tiket ni 8 oct.."
penuh semangat amzar memberi penjelasan.
"Laa.ye ke..ok2 silap lak...tq bro!!"
Aku cuba buat tenang tapi dalam hati ni ha hanya tuhan yang tahu caner
ak malu...argh!!!!!!!!!!!!!! malu siot!!!!!!!!!!!!!!!

Selepas amzar berlalu aku pun duduk la termenung di depan moot court.

Alhamdulillah terdetik hati aku nak bawak laptop dan disebabkan itu la aku
dapat buat post ni....

Sekian...