Pages

Sunday 16 October 2011

Sharing Moment~~

Bismillah....


Minggu ni banyak betul masa dihabiskan tanpa study..ish3

Aku xde join apa2 program pun minggu ni dengan niat nak study
dan rehatkan minda.

Tapi cuma satu objektif tercapai iaitu MEREHATKAN MINDA...hehe

Nak buat caner kan,bukan x nak study tapi x terstudy,xpe...niat da ad...hik3

Hmm...kali ni terlintas di fikiran untuk satu sesi yang paling aku minati jika aku
join mane-mane program...SHARING MOMENT...

Mase ni la selalu kita akan kenal kawan kita caner dan taw apa yang ada dalam
benak fikiran mereka,masa untuk nangis dan etc.

Alhamdulillah...3 bulan 2 minggu yang lalu Allah telah kurniakan aku seorang tunang.

Seorang insan yang telah aku lafazkan kata janji pada mak dan abah untuk
aku jaga dan kasihi sepenuh hati aku,tanpa berbelah bahagi.

Mak Abah serta adik beradik yang lain menerima dengan hati yang terbuka
niat aku untuk berkahwin muda...-)

Tapi mak telah meletakkan satu syarat~~~~~~~
ACIK NAK KAWIN BOLEH TAPI KENA BERTUNANG DULU..

Macam mana mak berlapang dada untuk terima niat aku untuk berkahwin.
macam 2 jugak la aku berlapang dada untuk terima permintaan mak.

Allah permudahkanlah urusan aku,setelah tamat final Calculus 2 beberapa hari
selepas itu aku telah dipertunangkan dengan gadis pilihan aku...

ALHAMDULILLAH~~~~

                                                       X blh letak pic sebenar dye,t dye marah...hehe

 
Maka selepas itu aku telah menjalani hidup sebagai tunangan seorang gadis
bernama NURUL 'ATIKAH BINTI ASMUNI.

Gadis yang telah mencuri hati aku sejak sekian lama dan setelah 8 tahun
terpisah Allah telah pertemukan kami semula di taman ilmu dan budi..-)

Selepas pertunangan,selama 2 bulan cuti aku telah menjalani hidup sebagai
mahasiswa yang bekerja full time.

isnin-khamis~~keje car wash.
jumaat-ahad~~jual ayam.

Penat??? Hanya tuhan yang tahu...memang sangat penat sebab tiap2 hari perlu
bekerja. Aku nak kumpul duit sebab nak kawin

Terbeban??? Tanggungjawab bukanlah bebanan tapi satu amanah,setiap
lelaki akan merasai tanggungjawab(berkahwin) satu hari nanti.

Walaupun x dinafikan kepenatan itu adalah bebanan tapi aku gembira dengan
ap yang aku buat dan usahakan,aku hanya ingin melengkapkan sebahagian
dari iman secepat yang mungkin.

"Kama...x rasa awal sangat ke??"
"Awal?? Maksud cikgu??"
"Ye la...nak kawin ni..x blh nak sabar sikit ke?"
"Sabar yang macam mana cikgu maksudkan tu?"
"Tunggu la 2-3 tahun lagi,pas grad ke..."

Aku hanya mampu tersenyum dengan soalan dan cadangan seorang guru
berpangkat pengetua di salah sebuah sekolah.

Dalam senyum aku hanya menyenaraikan beberapa soalan buat guru tersebut
dalam hati sendiri kerana guru tersebut telah berlalu begitu sahaja selepas bertanya
( x puas ati ap tah dgn aku..-p)

~~perlukah aku bersabar untuk melengkapkan sebahagian dari iman??

~~sabarkah aku untuk mencapai keredhaan Allah melalui sunnah baginda??

~~adakah aku termasuk dalam golongan yang sabar apabila melambatkan
     sunnah baginda??

~~mampukah aku bersabar dengan godaan dan dugaan dunia sekarang??

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


p/s kepada guru : taw kn anak cikgu sedang hangat bercinta dengan seorang
                           perempuan dan kelihatan spt suami isteri hubungan mereka,
                           adakah mereka terlalu awal untuk dikahwinkan dan atas sebab
                           itu mereka terus cikgu biarkan dalam kemaksiatan?
                           nauzubillah~~~~~~

Aku taw Allah sedang menguji aku dan aku redha,bersedia menerima segala ujian
yang datang dariNya..

Akhirnya aku pulang ke taman ilmu dan budi kerana cuti telah pun habis....

"Kama,tahniah!!!"
"Siot ko kama,dalam diam ea tunang..haha"
"Weyh..tunang orang ni..berseri je muka.."
"Alhamdulillah...sikit lagi nak smapai ke tahap membina masjid"

Dan yang paling aku x blh bla skali ayat ni...

"OpS kama!!! ko x boleh da join kitorang,ni geng orang BUJANG!!"

Haha..korang memang jahat!!! ske r kenakan aku camtu...

Tapi....satu ketenangan yang luar biasa aku rasai semasa berada di UIA..

FITRAH ISLAM!!!!

kenapa ia tidak tersebar di setiap sudut bumi??

kenapa  disini aku merasainya??

Sahabat disekeliling memahami mengapa perlu berkahwin,tidak perlu
dejelaskan dengan detail kenapa aku membuat keputusan ini.

Mereka seolah-olah diri aku,ucapan tahniah beserta doa-doa mengiringi
aku sehingga kini..tiada persoalan..mengapa?kenapa?

Tidak kurang juga ada sahabat mintak tips untuk mohon izin dari ibu dan
ayah bagi mendirikan masjid.

Bagi pasangan yang sebelum ini kelihatan sentiasa bersama,ada dikalangan
mereka meminta pandangan aku bagi memberi nasihat bagaimana untuk
menghalalkan hubungan mereka.

Mereka bukan tidak mahu redha allah dan halal dalam hubungan  tapi
MEREKA TIDAK TAHU BAGAIMANA!!

Aku tidaklah seorang yang mengetahui kerana masih belum berkahwin,
sebaiknya yang memberi nasihat tentang hal ini seorang yang telah
berkahwin tapi aku kongsikan setakat apa yang aku dah lalui bersama
mereka.

Semoga bermanfaat buat mereka~~~~

No comments:

Post a Comment