Pages

Saturday 13 April 2013

Engin Oh Engineering

Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah malam ni ada kesempatan untuk aku update blog,act banyak
lagi keje nak kena setelkan tapi hati memberontak untuk menulis..ceh!!
konon..haha

Aku juz nak cite sikit apa yang aku rasa sekarang ni ha tentang apa yang
aku tengah perjuangkan saat ini..degree in engineering majoring in
manufacturing.

Bidang ni aku sebenarnya baru je lagi kenal,senang cite bukan cite2 aku
dari zaman kiut-miut dulu la. Mase tadika dulu aku suke sangat blajo ilmu
agama,aku nak jadi ustaz!!

Sebab mase tu kak long aku selalu cakap dia nak tengok adik2 laki dia
ada yang jadi ustaz. Aku tanye mak boleh ke tak,mak pun cakap
"ikut awok la cik.." so i've decided!! nak jadi ustaz.

So bermulalah perjalanan aku untuk mengejar cite2 yang murni itu..hehe
Masuk sekolah rendah,aku sesi petang. Pastu aku dapat taw sekolah tu ada
buat kelas fardhu ain belah pagi tapi x wajib. Aku pun cakap nak masuk.
Pagi2 bangun tido awal,kayuh basikal sendiri. Sekolah jauh woo..petang
lak gi sekolah lagi..penat2,tapi xpe..da nekad nak jadi ustaz kan.

Malam lak ari2 g ngaji,abah suro gi ngaji rumah jiran,kawan die jugak
la. Aku x berani nak ngaji dgn abah..garang sgt..haha Semangat gi ngaji
kitorang tige beradik,lumba sokmo sape sampai awal and laz2 aku dulu
dapat naik al-quran dari abg2 aku. Bangge kot mak belikan al-quran
dulu kat aku..haha

Masuk sekolah menengah aku dapat tawaran sekolah agama,mak dan
abah hepy. So aku da nampak harapan untuk jadi ustaz tu semakin
cerah. Kat sekolah agame ni aku rajin jugak la menghafal. Tapi jodoh
kat situ x lame dan aku pindah ke sekolah berasrama penuh.

Aku still simpan cita-cita nak jadi ustaz sampai la form 3. Aku bertekad
kalau bahasa arab aku dpt A or B dlm pmr aku nk amik sains agama.
Tibe kuar result aku dapat C!! stress..down..sume la..laz2 aku decide
masuk sains tulen je coz rase x layak nak amik sains agama.

Dengan keputusan tu cita-cita aku untuk jadi ustaz lame2 makin
pudar dibawa arus masa..huhu aku sibuk dgn subjek sains semata-mata.


                                                 gambo mase kurus skit,xde kaitan pun..^^

Awal tahun form 4 aku pasang cite2 baru..nak jadi doktor!! biologi
aku perform kot,selalu main A je. Tibe sekali mase pertengahan tahun,
aku lompat2 kat kantin sekolah tibe aku jatuh dalam longkag.
Peh...malu!! awek ramai nampak..tapi yang lagi malu aku boleh
pitam tengok darah sendiri..ok fine!! aku mabuk darah rupenyer
so impian untuk jadi doktor terkubur bersama titisan darah di
longkang kantin beserta malu yang teramat..^^

Lepas spm aku pun isi borang upu online,aku tanye la kawan2 yang
rapat dgn aku amik kos ap. Ok..majoriti cakap ENGINEERING.
So aku yang xde cita-cita dan hala tuju ni pun ikot la diorang.

Dan at last dalam banyak2 tawaran aku decide untuk masuk uia
dalam bidang engineering...bermulalah pencarian cinta...eh2..
pencarian ilmu di UIA..hehe

"korang sume ramai2 ni ha,percayalah half  dari korang n yang
akan grad dari uia ni as student engin" kata bro tah dari mana dtg
masi bg talk kat kitorg time taaruf week.

Hah..biar betik!!! kalo sekarang ni ada 1000 org means dalam 500
je la yang akan memegang segulung ijazah?? Ahh..peduli ap,
belajo je la..ade rezeki ada la..gempak je bro ni,buat org cuak je.


Sekarang...dalam mase lebih kurang 3 bulan lagi kot,genap la
5 tahun aku bergelar pelajar engineering uia. Degree engin aku kat
uia ni 6 tahun so kalo ikot study plan 1 tahun lagi la.

Da dekat 5 tahun woo..lame tu..huhu dan bila tengok keadaan
sekeliling ad jugak kebenaran yang bro tu cakap, dari tahun ke
tahun banyak kawan-kawan engin kat sekeliling aku yang x
dapat meneruskan pengajian.

Atas banyak faktor la,kesihatan,tukar kos,result x capai minimum,
kurang minat,x blh go on dan macam2 lagi.

Sekarang aku da 3rd year, subjek2 makin tough dan kadang2
buat aku terfikir boleh ke aku go on. susah ni!! giler kalau aku
nak give up sekarang..da 5 tahun kot aku usahakan untuk
degree ni.

Tapi alhamdulillah..bila aku down ada isteri di sisi yang sentiasa
memberi semangat untuk aku teruskan. Katanya "abang boleh,
kalau x abang x kan sampai tahap ni,kalau abang x boleh
mesti dari awal2 lagi abang da x blh go on"

Bagai hp nokia 3310 yang baru dicaj,aku kembali bersemangat
untuk meneruskan perjuangan,ibarat 3310 yang tahan lasak.
Apa jua halangan aku hadapi..aisyh..cam over lak ni..haha

Sebenarnye dengan kata2 semangat dari si isteri dan mak
tersayang aku kuatkan hati dan semangat,insyaallah aku
cuba untuk habiskan cepat2 dan cari kerja yang sesuai.



                                                                  shark fin..^^

Ada jugak terfikir untuk jadikan "toyol hp" sebagai pembantu
mase exam or kuiz tapi bila terbaca kata2 ustaz azhar bila buat camtu
aku pun ubah fikiran.



"bila meniru mase exam maka degree itu jatuh haram,dan jika dengan
rezeki yang diperolehi itu kita dapat kerja yang halal maka gaji
itu halal tapi hilang KEBERKATAN."






Subhanallah..hilang berkat tu,padahal dalam membina keluarga
mawadah dan sakinah keberkatan adalah elemen yang
sangat penting..



Jadi aku pun decide xnak teruskan niat tu tapi kalau mase kuiz
ada orang offer jawapan or ternampak ke aku anggap sebagai
rezeki je la..hehe

So ini la cerita aku mengenai bidang yang sedang aku perjuangkan
sekarang. Ini la akibatnye kalau ikut orang je banyak..haha
Tapi setakat ni aku ok lagi la dan minat untuk menjadi seorang
engineer tu da semakin membuak-buak,insyaallah..i'll be one!

Penat menulis..nak sambung study..nak jadi engineer jugak!!
Islamic engineer kot,da x dapat jadi ustaz...insyaallah..^^

Tuesday 2 April 2013

Allah akan berikan yang terbaik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang…
Di suatu petang yang damai, teratak Baitul Muslim milik dua insan. 
Si isteri menangis tak henti-henti sehingga hampir meraung. 
Si suami mula mencari-cari kekuatan untuk memberi semangat kepada si isteri.


Suami : Sayang.. jangan menangis.. bersabar dengan dugaan Allah yang 
diberikan kepada kita..


Isteri : Abang.. Ita rasa sunyi.. Ita cemburu melihat pasangan yang punya 
anak-anak.. Ita rindu dengan kehadiran anak disisi kita. Ita rasa Allah tidak 
berlaku adil dengan kita. Ita rasa Ita tak nak hidup. Kenapa Allah menyiksa 
Ita macam ni… 


Si suami merenung dalam wajah si isteri. Nafas ditarik panjang dan kalimah 
Allah keluar dari bibirnya yang lesu. Kepalanya ligat berpusing memikirkan 
cara memujuk isteri yang mulai patah semangat kerana sejak berkahwin 
selama 7 tahun masih belum dikurniakan cahayamata. Sudah dibuat 
pemeriksaan dan kedua-dua pihak tidak bermasalah. Hanya kerana Allah 
mahu menguji hati dan iman hamba-hambaNya. Ternyata isterinya patah 
semangat. Isterinya bukan begitu dan dia percaya isterinya seorang muslimat 
yang kuat.

Suami : Sayang.. jangan berkata begitu.. bersabarlah Ita.. Allah berhak menguji 
hambaNya. Kerana kita adalah hambaNya dan kita hanya mampu bersabar dan 
bersangka baik dengan ujian yang diberikan. Ita jangan berkata begitu ye sayang..




Si isteri makin kuat menangis dan air mata mencurah-curah ke pipi. Si suami 
memegang erat tangan si isteri dan memandang wajah isteri penuh pengharapan 
agar isteri mula rasional dan sedar dengan pengucapannya.


Isteri : Abang.. kalau ujian ini tanda Allah sayang, kenapa Dia menyiksa 
Ita dengan perasaan ini. Ita tak mintak untuk diberikan fitrah dan perasaan 
keibuan ini. Ita jaga ibadah Ita.. Ita jaga hubungan Ita dengan Allah.. Ita laksanakan 
semua perintah Dia.. kenapa Dia tak mahu kabulkan permintaan Ita..



Suami : Ita.. Jangan Ita menyalahkan Pencipta kita sedemikian rupa. Dimana 
rasa ikhlas Ita melaksanakan perintahNya. Dimana rasa redha Ita dengan 
ketentuan Allah. Ita adalah seorang muslim yang baik yang abang kenal. Kenapa 
Ita berfikir begitu. Allah telah berikan pelbagai nikmat buat Ita tanpa Ita sedar. 
Dari Ita lahir sampai sekarang. Allah masih teguhkan kasih sayang abang 
dengan Ita sampai ke saat ini walaupun kita tidak dikurniakan Allah dengan 
cahayamata. Cuba Ita fikir.. Allah melahirkan Ita ke dunia ini dan Ita telah 
berjanji sejak sebelum dilahirkan akan ikut perintah Allah dan menjadi khalifahNya.. 
Ita tahu kan semua tu?? Ita jangan salahkan Allah… daripada Ita salahkan 
Allah, Ita salahkanlah abang yang tak mampu memberikan kegembiraan 
kepada Ita sebaiknya. Itu lebih baik Ita. Abang sayangkan Ita..

Si isteri mula menunduk dan tersedu-sedu. Mulai rasional sedikit demi 
sedikit. Si suami menyambung bicara.



Suami : Ita.. bila saatnya tiba dan kita dikurniakan cahaya mata, saat Itu Ita
akan rasa malu dengan kata-kata Ita sebelum ini yangf menyalahkan Allah. 
Ita ingat tu.. Jangan berkata tidak baik begitu.. Abang sentiasa ada disisi Sayang.  

Isteri : Abang… Maafkan Ita.. Ita tak berniat lukakan hati abang.. Ita rasa 
penat dengan ujian ini.. hati Ita sakit.. Ita rasa lemah nak hadapinya.. 
Maafkan Ita..

Suami : Ita tak salah dengan abang.. Hurmm.. mungkin Ita jadi macam ni 
sebab ibadah kita kurang.. pergantungan kita kurang dengan Allah.. Ita.. 
lepas ni kita kuatkan hati dan iman kite ye.. Kuatkan pergantungan dengan 
Allah.. Ita janji dengan abang ye.. Jangan menyalahkan Allah lagi… Jangan buat 
hati abang susah lagi.. Kita tempuhi ujian Allah bersama-sama. InsyaAllah.. 
Boleh ye Sayang??

Isteri : Baik abang… Ita malu dengan Allah apa yang Ita cakap tadi…  
Allah.. Iman Ita lemah abang…

Si suami memandang mata isterinya yang mula membengkak… Diseka air 
mata si isteri.. Hatinya masih risau dengan keadaan isterinya.. Si suami 
berazam akan menjaga iman dan akidah si isteri sebaik mungkin kerana 
sayang bukan kerana fizikal si isteri tetapi sayang si suami hingga akhirat 
isterinya jua. Dalam diam si suami juga berdoa agar dikuatkan imannya untuk 
membimbing si isteri agar menjadi isteri yang solehah..

Isteri : Abang… terima kasih atas kasih sayang abang.. 

Si suami hanya tersenyum dan mengangguk sambil menenangkan si isteri 
yang menahan sedu..Si isteri mulai sedar Allah telah kurniakan seorang 
suami yang baik buat dirinya dan bersitighfar panjang. Isteri mulai berazam 
untuk kembali kepada Allah dan memelihara iman dan akidahnya. Di benaknya 
terlintas Ayat 7 surah Ibrahim. “Sekiranya kamu bersyukur, akan Aku tambahkan 
nikmat ke atasmu.. Sekiranya kamu kufur maka tunggulah azab yang akan 
ditimpakan ke atasmu”.. Si isteri menangis dan memohon ampun 
kepadaNya sambil mengharapkan Allah memberkati kehidupan suaminya.  
Terima kasih ya Allah.

p/s : kita pinta apa yang kita perlukan tapi allah maha mengetahui..Dia akan beri 
apa yang  kita perlukan...^ ^ 

#copypaste

Monday 1 April 2013

Kisah yang tak berapa orang nak kisah

Assalamualaikum...

Dimulakan dengan bismillah disudahi dgn alhamdulillah,begitulah sehari dalam
hidup kita moga-moga diberkati Allah..^ ^

Kembalinya aku di ruangan ini adalah untuk menulis kisah yang aku sendiri pun tak
taw menarik ke tak tp yang penting aku nak tulis jugak (lantak la..ade aku kisah?)



Memandangkan da berkurun aku x update blog ni,lebih kurang setengah jam jugak la
aku termenung depan laptop asus ni dok fikir nak tulis ape so laz2 untuk
menghilangkan gian menulis aku pun main petik je la tajuk kat atas tu ha.

Hah..agak2 apa yang diperlukan untuk kita jadi matang?

1) boleh buat keputusan sendiri (keputusan yang bijak la)
2) bertenang bila allah beri ujian (x mudah melatah)
3) mampu berdikari (fizikal dan mental)
4) jana pendapatan (kot la...)
5) meletakkan apa yang sepatutnya di atas sebagai keutamaan.
6) banyak lagi la yang aku x terfikir..haha

So..aku dok fikir jugak,aku ad ke sume yang dalam list di atas, kadang2 macam
ada tapi kadang2 cam xde.

Argh...apa aku ngarut ni!!! ni la jadi bile lame sangat x menulis..huhu

Btw...beberapa hari lepas kawan aku,aziq dapat baby laki,anak yang ke-2 tu.
Giler kentang aziq ni..umo 24 anak da 2 org. Aku? umo 23 anak xde
sorang..haha..tahniah bro..wa respek sama lu,plan mmg bagus tapi plan
untuk dapat anak ramai lagi bagus..hehe

Ade jugak member dok psiko aku.."hah kama,ko bile lagi nk dpt baby?"
cih..kang aku tanye semula "hah..ko xxxx bile lagi nak kawin?"
Haha..rilek2 no heart feeling..member2 je kot..

Mengikut kajian sains bayi terhasil apabila sperma "dipertemukan" dengan
ovum lalu disenyawakan dan dari masa ke semasa akan membentuk bayi.
Betul?? sgt betul...tapi satu yang sains x dapat terangkan ialah..kehendakNya.

Letak la bape juta pun sperma n bape bijik pun ovum tapi jika Dia tidak
mengkehendaki persenyawaan itu berlaku maka ia akan terus kekal seperti
sediakala..kun fayakun...^ ^

Da tu aku nak cakap apa sebenarnye ni?
Tah la..aku main tulis je ni..betul la,bile kita cenderung kepada satu perkara
setiap apa yang kita buat dalam kehidupan seharian secara automatik akan
terfokus pada perkara yang berkaitan.

Contoh...dulu mase aku minat main ragbi sume jenis brand baju ragbi aku
belek2,kasut,bola dan game ragbi yg world class pun aku layan. Sape
menang,sape kalah aku nak taw..top team,worst team..best player n etc.

Sekarang....^^ owh ye...tahniah juga kepada irma dan ayu (retis ni) kerana
dikurniakan zuriat,date lahir same dgn anak aziq x silap ak..hehe.

Owh ye..lupe lak minggu ni ada 2 mid term so nak study dulu..kbai!! hehe

Insyaallah akan kembali menulis dari mase ke semasa..^^

Wassalam...