Pages

Tuesday 2 April 2013

Allah akan berikan yang terbaik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang…
Di suatu petang yang damai, teratak Baitul Muslim milik dua insan. 
Si isteri menangis tak henti-henti sehingga hampir meraung. 
Si suami mula mencari-cari kekuatan untuk memberi semangat kepada si isteri.


Suami : Sayang.. jangan menangis.. bersabar dengan dugaan Allah yang 
diberikan kepada kita..


Isteri : Abang.. Ita rasa sunyi.. Ita cemburu melihat pasangan yang punya 
anak-anak.. Ita rindu dengan kehadiran anak disisi kita. Ita rasa Allah tidak 
berlaku adil dengan kita. Ita rasa Ita tak nak hidup. Kenapa Allah menyiksa 
Ita macam ni… 


Si suami merenung dalam wajah si isteri. Nafas ditarik panjang dan kalimah 
Allah keluar dari bibirnya yang lesu. Kepalanya ligat berpusing memikirkan 
cara memujuk isteri yang mulai patah semangat kerana sejak berkahwin 
selama 7 tahun masih belum dikurniakan cahayamata. Sudah dibuat 
pemeriksaan dan kedua-dua pihak tidak bermasalah. Hanya kerana Allah 
mahu menguji hati dan iman hamba-hambaNya. Ternyata isterinya patah 
semangat. Isterinya bukan begitu dan dia percaya isterinya seorang muslimat 
yang kuat.

Suami : Sayang.. jangan berkata begitu.. bersabarlah Ita.. Allah berhak menguji 
hambaNya. Kerana kita adalah hambaNya dan kita hanya mampu bersabar dan 
bersangka baik dengan ujian yang diberikan. Ita jangan berkata begitu ye sayang..




Si isteri makin kuat menangis dan air mata mencurah-curah ke pipi. Si suami 
memegang erat tangan si isteri dan memandang wajah isteri penuh pengharapan 
agar isteri mula rasional dan sedar dengan pengucapannya.


Isteri : Abang.. kalau ujian ini tanda Allah sayang, kenapa Dia menyiksa 
Ita dengan perasaan ini. Ita tak mintak untuk diberikan fitrah dan perasaan 
keibuan ini. Ita jaga ibadah Ita.. Ita jaga hubungan Ita dengan Allah.. Ita laksanakan 
semua perintah Dia.. kenapa Dia tak mahu kabulkan permintaan Ita..



Suami : Ita.. Jangan Ita menyalahkan Pencipta kita sedemikian rupa. Dimana 
rasa ikhlas Ita melaksanakan perintahNya. Dimana rasa redha Ita dengan 
ketentuan Allah. Ita adalah seorang muslim yang baik yang abang kenal. Kenapa 
Ita berfikir begitu. Allah telah berikan pelbagai nikmat buat Ita tanpa Ita sedar. 
Dari Ita lahir sampai sekarang. Allah masih teguhkan kasih sayang abang 
dengan Ita sampai ke saat ini walaupun kita tidak dikurniakan Allah dengan 
cahayamata. Cuba Ita fikir.. Allah melahirkan Ita ke dunia ini dan Ita telah 
berjanji sejak sebelum dilahirkan akan ikut perintah Allah dan menjadi khalifahNya.. 
Ita tahu kan semua tu?? Ita jangan salahkan Allah… daripada Ita salahkan 
Allah, Ita salahkanlah abang yang tak mampu memberikan kegembiraan 
kepada Ita sebaiknya. Itu lebih baik Ita. Abang sayangkan Ita..

Si isteri mula menunduk dan tersedu-sedu. Mulai rasional sedikit demi 
sedikit. Si suami menyambung bicara.



Suami : Ita.. bila saatnya tiba dan kita dikurniakan cahaya mata, saat Itu Ita
akan rasa malu dengan kata-kata Ita sebelum ini yangf menyalahkan Allah. 
Ita ingat tu.. Jangan berkata tidak baik begitu.. Abang sentiasa ada disisi Sayang.  

Isteri : Abang… Maafkan Ita.. Ita tak berniat lukakan hati abang.. Ita rasa 
penat dengan ujian ini.. hati Ita sakit.. Ita rasa lemah nak hadapinya.. 
Maafkan Ita..

Suami : Ita tak salah dengan abang.. Hurmm.. mungkin Ita jadi macam ni 
sebab ibadah kita kurang.. pergantungan kita kurang dengan Allah.. Ita.. 
lepas ni kita kuatkan hati dan iman kite ye.. Kuatkan pergantungan dengan 
Allah.. Ita janji dengan abang ye.. Jangan menyalahkan Allah lagi… Jangan buat 
hati abang susah lagi.. Kita tempuhi ujian Allah bersama-sama. InsyaAllah.. 
Boleh ye Sayang??

Isteri : Baik abang… Ita malu dengan Allah apa yang Ita cakap tadi…  
Allah.. Iman Ita lemah abang…

Si suami memandang mata isterinya yang mula membengkak… Diseka air 
mata si isteri.. Hatinya masih risau dengan keadaan isterinya.. Si suami 
berazam akan menjaga iman dan akidah si isteri sebaik mungkin kerana 
sayang bukan kerana fizikal si isteri tetapi sayang si suami hingga akhirat 
isterinya jua. Dalam diam si suami juga berdoa agar dikuatkan imannya untuk 
membimbing si isteri agar menjadi isteri yang solehah..

Isteri : Abang… terima kasih atas kasih sayang abang.. 

Si suami hanya tersenyum dan mengangguk sambil menenangkan si isteri 
yang menahan sedu..Si isteri mulai sedar Allah telah kurniakan seorang 
suami yang baik buat dirinya dan bersitighfar panjang. Isteri mulai berazam 
untuk kembali kepada Allah dan memelihara iman dan akidahnya. Di benaknya 
terlintas Ayat 7 surah Ibrahim. “Sekiranya kamu bersyukur, akan Aku tambahkan 
nikmat ke atasmu.. Sekiranya kamu kufur maka tunggulah azab yang akan 
ditimpakan ke atasmu”.. Si isteri menangis dan memohon ampun 
kepadaNya sambil mengharapkan Allah memberkati kehidupan suaminya.  
Terima kasih ya Allah.

p/s : kita pinta apa yang kita perlukan tapi allah maha mengetahui..Dia akan beri 
apa yang  kita perlukan...^ ^ 

#copypaste

No comments:

Post a Comment