Pages

Sunday 25 March 2012

Nikmat dunia...-)

Bismillah.....
                                    
Alhamdulillah....tiada kata yang mampu aku ucapkan selain ungkapan
syukur kepada allah yang maha pemurah lagi penyayang.

Allah x berikan segala-galanya yang aku nak tapi Dia bagi aku
segala-galanya yang aku perlukan.

Jam sekarang da tunjuk pukul 2.10am dan aku baru je habis study subjek
instrumentation and control. Isnin ni aku ada exam subjek ni.

Act da ramai je kawan2 aku balik rumah coz cuti stat ari selasa so mmg ramai
r decide nak ponteng kelas isnin...haha

Tapi yang beznyer walaupun zaujah aku xde exam n xde kelas(kelas dye cancel)
dye tetap nk tunggu aku. Aku bagi je izin dye balik dulu rumah umi(mak metua)
tapi dye tetap nak tunggu aku..hehe

Dan hasilnya....berkelah..=) pagi tadi kat sg pisang...hehe

Betul...bila kita niat ke arah kebaikan allah akan tolong kita dan x mustahil
jugak kebaikan itu akan arah kurniakan kepada family,saudara atau sahabat.

X dinafikan,satu persatu perkara yang menggembirakan hadir dalam
hidup aku sejak aku mula mencari redha allah.

Kasih sayang allah semakin terasa,kalau dulu ianya x kelihatan tapi sekarang
ia semakin jelas kelihatan secara zahir.

Beberapa bulan sebelum perkahwinan abah dapat naik pangkat,naik gaji
 TAPI dengan tugasan yang sama cam jawatan n gajisebelum ni..pelik kn?

"sebagai mengenang jasa yang telah lama berkhidmat" katanya...alhamdulillah..

Satu2 nya adik perempuan aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Dia ambik diploma dan aku sangat bersyukur coz aku rasa tu satu permulaan
hidup yang bagus untu dia,lagipun uia gombak dengan uitm shah alam bukan
jauh pun...hehe...

(mak abah da bagi izin aku carikan calon suami untuk adik aku ni,so....
lelong2 sape nak beli!!!! harge murah..student price pnye hantaran..haha)

Abang aku pun da diijabkabulkan dengan tunangnya sete;lah hampir
2 tahun bertunang dan majlis sambut menantu kitorang buat sekali...hehe

Bez gak majlis ad double pengantin ni. Meriah gitu!!!! -)

Dan berita yang paling GRAND adalah......nak dapat anak sedara lagi!!!
hahahaha...aku x sabo!!! aku x sabo!!!!

Laki ke? ke pompuan?? hmm...jap..laki da ada soleh n yiyin...pompuan
baru ada eisya sorang..ok..i've decided!!!

Nurfadzlia bt Mahmad Khairai, give birth 2 daughter!!! hehe..

Nape aku hepy sangat?? Meh aku cite skit....sebelum ni k.long da hampir
9 tahun berkahwin tapi x dikurniakan anak.

Alhamdulillah...yiyin n soleh hadir dalam hidup kami dan aku sangat2 sayang
kat diorang,di tambah dengan eisya sebagai kakak diorang family kami
jadi lengkap.

Dan sekarang kami menanti kelahiran anak ke-3 k.long,cucu ke-4 mak dan anak
sedara ke-4 pakcik dan makcik nya...so family kami akan double perfect!!-)

                                       
"Ya allah...kekalkan kami dalam kebahagiaan ini,jauhkanlah kami dari musibah.
Namun jika musibah hadir jua atas dosa2 kami maka uji lah kami dengan
ujian yang mampu kami hadapi..Ya allah..aku bersyukur atas nikmat2 yang
telah kau berikan dekatkanlah hati kami kepadaMu ntuk kami lebih mencintaiMu"

AMIN YA RABB....AMIN YA RABB...

Tanggungjawab semakin banyak dan aku cuba membahagikan masa,kudrat
dan segala yang aku ada.

Kepada ke-2 belah family,kawan2 dan yang paling penting adil kepada zaujah
aku yang tercinta.

Komitmen kepada sesuatu perkara harus aku bahagikan mengikut keutamaan,
maaf jika ada pihak yang terasa jika komitmen x mampu aku berikan kerana
aku kini bukan lagi hanya memimpin diri sendiri.

Aku kini seorang suami yang harus memimpin sebuah keluarga yang akan menjadi
aset ke akhirat kelak,aset yang aku harapkan menjadi penyebab utama aku
meraih redha allah dan menggapai syurgaNya.

Seperti membina sebuah bangunan yang gah,ia memerlukan bahan binaan dan
asas yang kukuh untuk tahan lasak dan mampu bermanfaat kepada umat dan
tidak menjadi musibah jika berlaku keruntuhan.

Begitu juga aku dalam membina sebuah keluarga,kini aku dalam fasa membina
asas yang kukuh,menyemai rasa dan membina kebahagiaan dalam sebuah
perkenalan selepas pernikahan..

PERCAYALAH, PERCINTAAN SELEPAS PERNIKAHAN SANGAT INDAH

Aku x punya banyak masa untuk "berkenalan" dengan zaujah aku sebelum
pernikahan,8 tahun terpisah tanpa sebarang berita..mengikat janji dengan
tali pertunangan selepas 3 bulan pertemuan semula dan bernikah kurang
setahun selepas pertemuan semula.

Oleh itu..beberapa bulan di awal pernikahan ini aku ingin mengenalinya dengan
lebih mendalam dan aku juga amat pasti dia juga ingin mengenali aku seperti
apa yang aku inginkan.

Komitmen study juga sedikit sebanyak menghalang aku untuk aktif seperti
dahulu,bagi sahabat2 yang rapat mereka mungkin tahu.

Di kalangan student engineering uia aku bukanlah dilahirkan sebagai seorang
yang pelajar yang genius so aku kena usaha lebih.

Setiap kali memulakan revision,selepas ungkapan bismillah aku akan terbayangkan
wajah mak abah,family,adik(aku sbg role model) dan juga senyuman manis
zaujah yang x jemu2 memberi semangat untuk aku.

Alhamdulillah...zaujah aku x mengalami masalah dalam akademik dan dia seorang
yang excellent in study...(cayalah!!! that's my wife!!! hoho)

Dengan tanggungjawab di bahu sedikit pun aku x rasa terbeban tapi ia sebagai
penyuntik semangat untuk aku berjaya dan menjadi seorang yg HEBAT!!

Aku sangat bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki kini....

Wednesday 21 March 2012

Tanggungjawab suami dan isteri

Bb

Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami 
terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaga
 seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya 
    selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.


Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan.
 Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang 
    antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang
 melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak 
ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. 
InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang 
dan penuh berhikmah.

Friday 9 March 2012

i'm in love...-)

Bismillah....

Insyaallah pada malam yang penuh berkat dan ketenangan ni diberikan kesempatan
untuk menulis.

Sebenarnya x taw sangat nak tulis apa tapi terasa nak menulis je,tulis la apa2 pun
walaupun mengarut...hehe

Sukarkah menjadi suami dalam masa yang sama masih lagi seorang pelajar??

Ramai orang tanye aku soalan ni dan dari riak wajah mereka seolah-olah
berada dalam keadaan ni sangat membebankan.

Tapi apa yang sebenarnya berada dalam fikiran aku adalah..........................
Ada beza ke???

SIYESLY!!!

Memang x dapat dinafikan tanggungjawab memamng sesuatu yang berat untuk
dipikul tapi sebenarnya ia terpulang kepada caner penerimaan kita 2.

Haa..mesti pelik kan?? sebab aku pun tulis je ni...haha

"Acik...tolong mak beli gula kat kedai nanti mak bagi upah"
Dengan bersemangat acik mengayuh basikal ke kedai apabila membayangkan
upah yang akan diberikan.

Begitu juga penerimaan tanggungjawab sebagai suami,tapi apa upahnya???
-->seorang isteri yang solehah dan menyejukkan mata apabila menatapnya.

Kan memiliki isteri solehah itu lebih baik dari memiliki seluruh dunia dan seisinya,
siyes aku cakap ni coz sekarang bile drive kereta satria 1.3  aku tu rasa cam
tengah drive ferrari je bile isteri ada sebelah...-)

Terimalah tangungjawab dengan ikhlas dan berlapang dada insyaallah yang
berat terasa ringan,yang jauh terasa dekat dan dan yang sukar terasa mudah.

(ah sudah....tibe2 habis idea ni,x taw nk tulis ap...BLANK!!!)

Alhamdulillah....ketenangan bila mampu melengkapkan sebahagian dari iman ni
hanya tuhan je yang tahu caner rasa.

Ada orang tnye aku.."kama,bez ke kawin?"

Maaf sahabat if jawapan aku x mampu puaskan hati korang coz sejujurnya
aku x taw nk jawab caner,bile aku jawab "x mampu nak definisikan dengan
kata2" korang cam blur je...hehe

Apa perasaan korang if dapat sesuatu yang korang suke...let say korang
suke superbike r kan and lepas berusaha nak jadi rezeki mampu la miliki
superbike 2.

Korang dalam kelas tengah belajar,bile ingat kat superbike 2,betapa stylo
moto 2  mesti senyum sorang2 and in the same time tibe2 je rasa semangat
nak buat apa2 je. Apa lec ajar masuk cam air je dalam otak bile tengah
bersemangat...kan3??

Cam2 la situasi aku sekarang (insyaallah...) bile ad isteri ni aku rasa full spirit,
taw ada seseorang yang tunggu aku utk jalan and lunch sme2 (cam kes
superbike yang tengah tunggu kat tempat parking r)

Tapi beza isteri and superbike tadi adalah superbike setiap masa aku akan jaga dia
tapi isteri lak....

->bila aku jaga dia,dia jugak akan jaga aku.

->bila aku tenung dia,dia tenung aku semula

->bila aku cubit dia,dia cubit aku lak

->bila aku solat,dia akan jadi makmum aku

->bila aku berdoa,dia akan aminkan bersama aku

->bila aku gembira,dia menceriakan lagi hidup aku

->bila aku sediah,dia mendamaikan hati yang resah

->bila aku rasa jauh dari pencipta,dia ada untuk mengingatkan

->bila buntu,dia bantu cari penyelesaian

->bila dan dimana,dia selalu bersama.....-)


Alhamdulillah...ini la perasaan yang x mampu aku nak definisikan dengan
kata2 coz bile aku cube definisikan memang panjang berjela-jela cam kat
atas ni and plus ngarut2 skit.

Ada orang tanye aku,caner nak kawin awal ni,meh sini nak bagi tau skit.
Bukan nak mengajar tapi juz nak BERKONGSI dari pengalaman yang
da aku lalui.

Bagi aku untuk sampai ke tahap perkahwina perlu ad 4 ELEMEN penting ni.

1)  Seorang lelaki
-perlulah seorang yang betul2 berniat untuk berkahwin,niatkan kerana allah dan
untuk beribadat dengan mencapai redha allah.
-bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan serius untuk memiliki
seorang isteri untuk menghadapi hidup yang semakin mencabar.
-insyaallah yakin dan kuat untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran
sepanjang proses untuk berkahwin. Dugaan dari family sebelum persetujuan
diberikan dan pandangan masyarakat yang mentalitinya seorang lelaki perlu ada
kerja,kereta dan sebuah rumah untuk layak berkahwin..
-AMAT diperlukan ketahanan fizikal dan mental untuk mengatasi pot pet mulut
mereka yang kurang faham agama dengan menjadi penghalang.
-yakin dengan rezeki allah kepada mereka yang mencari redha allah dengan
melengkapkan sebahagian dari iman.
-bila dah complete sume diatas boleh la teruskan dengan mencari calon
isteri(aku pun boleh tolong jadi orang tengah...hehe)

2) Seorang perempuan
-niat dan persediaan lebih kurang same je dengan seorang lelaki.
-perlu redha dengan apa yang bakal suami miliki coz sedar dia masih
lagi belajar dan bukan dalam fasa mengumpul harta tapi sedang
mengumpul ilmu..-)
-kalau x pandai langsung masak 2 try la masuk dapur jugak coz air tangan
isteri 2 adalah pengikat kasih sayang...hehe
-bila dah complete sume boleh la ke next level!!

3) Persetujuan family
-dinasihatkan dalam keadaan masih belajar ni if dapat persetujuan dari pihak
perempuan dulu akan jadi lebih mudah pihak lelaki bagi persetujuan.
-mungkin atas faktor2 anak lelaki yang akan jadi ketua keluarga so if pihak
perempuan yakin anak perempuan tu mampu jadi seorang isteri x mustahil anak
lelaki diorang mampu jadi suami coz anak lelaki dia mampu yakinkan si
perempuan untuk mendirikan rumah tangga...(MUNGKIN...-P)
-perbincangan antara ke dua family dan tolak ansur adalah amat diperlukan
untuk mendapat kata putus yang terbaik.

4)Akad nikah dan walimah (jika berkemampuan)
-buat la yang terbaik setakat yang termampu....-)


Four BIG STEP on how 2 get married...hehe

Cume berkongsi...maaf if apa yang ditulis ni x releven or x logik
juz cuba untuk meluahkan apa yang ada dalam hati dan fikiran...

wassalam...-)

Sunday 4 March 2012

Aku Terima Nikahnya...

Bismillah...



"Aku terima nikahnya Nurul 'Atikah bt Asmuni dengan mas kahwinnya RM20.50 tunai.."

Ops...kurang RM2 lak..x ley diskaun ke?? hihi...

"Aku terima nikahnya Nurul 'Atikah bt Asmuni dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.."

Alhamdulillah....dengan dua kali lafaz si dia akhirnya sah menjadi milik aku,halal
untuk mendampingi aku,halal untuk aku cintai,halal untuk aku bimbing dan jaga
akhlaknya dan halal segalanya buat aku..

Siyes aku x boleh lupa setiap apa yang berlaku malam tu,sume rasa segar je dalam
ingatan aku walaupun dah 2 minggu berlalu.

Petang jumaat lepas asar rombongan aku bertolak dari pekan pahang,9 buah kereta
semuanya termasuk kereta pengantin (abah bagi aku pinjam kereta dia..hehe)

Bile da makin dekat dengan rumah dia tiba-tiba hujan lak,aku da makin takut je rasa
mase tu tapi still boleh control lagi buktinya pemanduan aku ok lagi dan mak dan
abah dalam kete x tegur apa2 pun..-)

Sampai je di masjid keratong 8 hujan makin lebat, alhamdulillah debaran yang dirasakan
dapat dikurangkan dengan kehadiran sahabat2 dari uia yang tiba lebih awal dari aku
dan pelukan erat dan gurauan mereka sangat2 membantu,syukran team TOM TOM BAK!!

Masa antara maghrib dan isya' aku gunakan untuk menenangkan jiwa,dengan hujan
yang semakin lebat memang x dinafikan aku sangat2 neves...

ALLAHUAKABAR.....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Selepas menunaikan solat-solat sunat hati aku rasa lebih tenang,hujan lebat yang
mendebarkan kini menjadi satu pandangan yang indah dan mendamaikan jiwa.

Terasa kesejukan satu nikmat yang allah kurniakan untuk mendamaikan hati
yang resah sejak pagi lagi.

Khutbah nikah yang dibaca terasa begitu sampai ke dalam hati,sedih..sebak..
takut..gembira..terharu...hanya tuhan yang tahu caner aku tahan air mata ni
dari mengalir,x macho r kan pengantin laki nangis..haha

Tanggungjawab sebagai suami bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Ada kawan-kawan cakap.."Ala..kama ko kan da biasa jadi leader,presiden la
pengarah program la.."

Alhamdulillah pengalaman  tu memang sangat membantu tapi menjadi ketua keluarga
sebenarnya lebih sukar dari menjadi ketua sebuah organisasi.

Apa yang berbeza?? Sangat2 berbeza sahabatku...it's something that u can't tell but
u will feel it..

"Kalau dulu RM1 kita sorang je,sekarang da kena bahagi dua.."

"Kalau dulu nak gi mane2 sorang pun ok,sekarang akan ada bidadari kat sebelah.."

"Kalau dulu siap je terus boleh gerak,sekarang ni nak kena tunggu permaisuri hati
siap iron tdg,baju,pkai tdg,make up n blablabla...-p"

"Kalau dulu tido sorang2 je,sekarang ni bangun je tido..eh..awek comel mane
lak sebelah aku ni..hehe"

"Kalau dulu senduk nasi sendiri je amik la banyak2 sekaligus coz da malas nak
bangun lagi,sekarang ni ad orang sendukkan siap boleh order tambah lagi"

"Kalau dulu bile xde kawan makan la sorang2 kat cafe,sekarang ni...
siap boleh suap2 lagi tu..-)"

"Kalau dulu bile stress je esemen banyak mesti balik bilik tido pastu magrain,
sekarang ni bile magrain ada la budak tomey tu tolong urut kite..hik3"

"Kalau dulu balik rumah drive sorang2 pastu mula la ngantuk, sekarang ni
ngantuk skit je ad la orang cubit pipi kita kuat2...sakit taw!! -p"

"Kalau dulu gi pasar malam x taw nak beli makanan apa laz2 beli kopok
RM2 je, sekarang ni x beli apa2 pun x kisah da bila jalan2 pegang tangan
cam2...sedar2 je da nak maghrib..hehe"

"Kalau dulu bosan la joging sorang2,sekarang ni siap boleh lumba lari
lagi.."

"Kalau dulu bila nak balik uia kemas la baju sendiri,sekarang ni..x yah la
susah2 kemas baju saya., err..kemeja jgn lupa iron..-p"

"Kalau dulu...............................sekarang ni........................"

Kenapa la dari  DULU lagi aku x kawin kenapa SEKARANG????

hehe...peace yo!!!!

Alhamdulillah....da memikul tanggungjawab sebagai suami selama 2 minggu...
Doakan kami menjadi suami soleh dan isteri solehah...


http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=endscreen&v=JBYMK18tvUI