Pages

Monday 23 May 2011

AdIK-aDiK aBaNG~~~

                                               
                               
                                 adik-adik abang!!
                                 SUPER SOLEH!!!
                                 hye!!
                                 HELLO!!!
                                 ok!!
                                 ORAIT!!!


                Alhamdulillah...akhirnya minggu ni aku berjaya menjalankan dua program,satu program anak yatim yang bertempat di permata camar kuantan dan di sekolah kesayanganku sekolah berasrama penuh integrasi pekan atau lebih dikenali sebagai INSTAR sekarang ni. Jom aku nak ajak bercerita sikit tentang program2 ni..hihi.

                 Petang khamis aku ambik keputusan untuk balik ke pahang,aku kena smpai awal sebab utk program dinner amal aku kena jadi ajk transport n accomodation jadi berbekalkan kete satria aku yang da x berapa sihat mase 2 aku pn bertolak dari uia dlm kol 6 ptg jgk la. Nasib baik la radhi nak ikot sekali so berteman la aku petang 2,dalam kete aku borak2 la dengan radhi n ada la jugak aku korek rahsia sal along dari radhi tp radhi x sedar,pndai sungguh aku bermain kata...haha..sowi ea along..-p

              Pagi jumaat 2 bukak je mate terus aku bergegas g kuantan utk preparation dinner malam 2,pagi 2 jugak la kete aku terpaksa dihantar g bengkel,agak gelabah jugak la aku sebab da xde kete utk gerak ke kuantan tapi alhamdulillah abah dengan murah hati bagi pinjam kete avanza kesayangannya,tq abah....
I LOVE U sgt2!!! hehe...dan aku pn bertolak la ke kuantan dengan kelajuan maksimum yang aku mampu tapi aku masih pegang kate2..'ingatlah orang tersayang' so xde la laju sgt aku bawak...hik3~~

            Malam 2 walaupun ada la skit2 mslh yg berlaku terutama di bahagian VIP tapi alhamdulillah dinner amal berjaya dilangsungkan dengan jayanya sekali. Tahniah kepada barisan comittee yang sanggup bersusah payah datang dr uia gombak utk handle majlis ni dan buat caring club(ak termasuk r...haha) terima kasih sebab sudi hantar satu bas waiter ke kuantan,jasamu dikenang. Majlis tamat dengan jayanya dan lepas anta artis ke hotel aku pown terus balik ke rumah,nak tido!!!

            ALAMAK!!! program ari sabtu aku kena handle!??!! Ish2...penat ni,ap2 pn x prepare lagi..so caner ea. Tapi xpe,aku kan nak jadi suami soleh seorang khalifah kena bersedia utk terima ap2 je t'jawab walaupn tiba2(ad kaitan ke??haha). Sampai je kat rumah pas mandi dan solat aku pun dalam keadaan berbaring terus menyediakan modul dan aktiviti utk program selam 3 jam esok,on da spot 2...haha Disebabkan waiter2 yang datang ni kawan2 aku jugak so aku taw la diowg ni xde pengalaman sebagai fasi tapi xpe,aku ada cara. Aku pn susun modul2 yang juz aku je bagi arahan utk sume n fasi dlm kumpulan hanya membantu adik2. Akhirnya aku tertido semasa nak siapkan modul 2.

            Acik,bangun solat!!! Hah..kn da kena marah,2 r..bangun lmbat lg...haha pagi 2 mak x masak bekfes sebab nak g kusus haji,mak pesan suro g beli je tapi aku x bekfes pn pagi 2 sebab x selera. Mungkin aku penat sangat kot. Pagi 2 aku pinjam kete abah yang satu lagi tapi ak x sempat nak g taw sebab pagi2 lagi abah dgn mak da kuar g kusus haji..sowi ea abah!! hik3~~ otw nak ke rumah anak yatim aku singgah dl kt supermarket,aku beli makanan ringan kat adik2 rumah anak yatim 2,nak bagi diowg hepi skit mase aku datang t..hoho.

            Sampai je kat sane kawan2 lain da smpai (sowi ea...aku x ley bwk laju2 skrg coz kena igt yg t'syg..=p) Diowang memang tertunggu kehadiran aku coz aku yg kena lead diowg utk program selama 3 jam. Sampai je kat sane pas salamdengan suma ustaz2(ad yg pggl aku ustaz jgk...haha) aku pon terus la berceloteh dan beraktiviti dengan adik2. Alhamdulillah...abg2,akak2 dan adik2 enjoy...semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal dan membawa ke syurga yang hakiki...amin~~~

             Ada permintaan utk ke teluk cempedak sebelum balik so aku pn iring la bas uia utk g sane. Agak jauh jugak la tapi aku cuma nak kawan2 aku enjoy...satu kepuasaan bagi aku bila tengok kawan2 aku hepy menikmati pemandangan tepi pantai yang cantik 2...weh,ak sayang kowg kerana allah!!!! haha..sambil diowang menikmati pemandangan aku g solat dan pulang ke pekan,di pekan satu lagi MISI menanti aku!!

             Dalam kol 3 lbh aku tiba di sekolah tercinta dan sesi ice breaking hampir tamat,masa nak fasi masuk group ad 2 group yang berebut nak aku jadi fasi diowg,'hot' sgt ke abg kama ni??haha..tapi fasi mane2 pn same je sebab sume ilmu yang kita dapat 2 akan dikongsi. Pada malamnya adalah sesi bicara kampus, senior akan cita tntg ipt masing2 dan penglaman sbg pelajar ipt. Aku malas nak bercakap kat depan malam2 ni, bak kata along "asyik capub je keje" haha. Malam 2 aku dan kawan aku sorang lagi handle slot muhasabah diri, walaupun dengan persediaan yang x seberapa alhamdulillah misi tercapai.

            Hari ahad,keesokannya...aku diamanahkan untuk handle slot dari jam 9-12pm. Aku nak buat apa ni??asyik dapat task on da spot je..huhu tapi syukur sangat mase slot bicara kampus sebelum 2 aku ambik mase untuk bt preparation. Pagi 2 aku juz mulakan dengan sembang2 kosong tapi bermakna la kot aku rasa sebab aku masukkan masalah2 diowang dalam sekolah yang cikgu cite dengan aku terapkan unsur lawak. Semoga dakwah yang diselitkan ketawa dan unsur lawak mampu memmberi kesan kepada adik2.

            Modul secara mass,LDK...berjaya dilaksanakan dan sebagai seseorang yang telah diamanahkan dengan tugasan ini aku cuba gunakan masa sebaik mungkin dan memaksimumkan penggunaan tenaga fasi yang ada. Aku bersyukur dengan respon yang adik2 berikan,nampaknya mereka menyukai kedatangan abang2 dan akak2 ke skolah. Alhamdulillah majlis ditamatkan pada jam 1 ptg dengan ucapan penutup dari guru kaunseling,cikgu roszana. Terima kasih daun keladi,lain kali jemput la lagi...hehe

p/s- along lak cnr baktisiswa kt sne,ok x??...herm...jelez2...-p

13 ALASAN TIPIKAL WANITA Y TIDAK MENUTUP AURAT~~~



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Thursday 19 May 2011

syukran~~~

 
"ya Allah,andai aku rindu,biarlah rinduku bersulam taqwa.Andai aku sayang,biarlah sayangku kerana dakwah!
aminnnnn"~ *hanya Allah yang tahu*
 
alhamdulillah...semoga allah kurniakan yang t erbaik,aku yakin dengan aturanNya.....

Ya Allah...aku yakin ini yang terbaik Kau aturkan,peliharalah diriku dan juga dirinya,rahmati perjuangan ini~~~

kawin Muda~~~

              

             Semalam ada orang bagi aku link e-book,aku bace r kt link 2...

             sal kawin muda,dia cakap aku sesuai  bace ni...hehe

             pastu aku tanye semula 'aku je ke,da 2 ko caner??' dia smile je..     

             aku cakap lagi 'kita  kot yang patut baca 'boleh lak dia gelak je' haha...

             Btw, mekasih sangat2 bagi taw sal 2,insyaallah ad rezeki ada la.

             Nanti aku da bace  aku cite kat ko ye.

             Tapi ko janji r kena dengar betul2 apa yang aku nak cite t,

            jangan segan2 lak...haha.

             Haa..ni satu lagi aku nak cakap,

            asal aku rs status ko skrg cm ad kaitan dgn aku jek,           

             x taw r kalo aku yang pasan ke,

             kalo btol  ko miscall aku pas bace entry ni...haha

            Minggu ni aku bz dengan program la plak,

           ad 2 program sekaligus,sure penat t...ko lak g baktisiswa

           jangan nakal2...Hmm..da x taw nak tulis ap...-)


           p/s: agak2 kol 12 t mase untuk ap ye??-p

Tuesday 17 May 2011

pRogrAM ~~

                      
                        Aku nak tulis ke x ye,kalau x tulis rasa cam x ley lepas je apa yang ada dalam hati aku ni. Act aku ada banyak keje ni,repot nak kena siapkan dan anta esok tapi aku baru buat sikit je. Hmm..aku ni bukan jenis yang suka pendam tapi dalam kes ni aku jadi pendam lak,maybe belum masa lagi kot untuk aku 'fire' orang2 yang da buat aku baran ni.


                         Aku memang suka join program,sejak aku da x boleh bersukan cam dulu aku isi mase aku dengan join dan handle program,ye r kan sekurangnya ada jugak la faedah dari aku x buat ape2. Satu perkara yang buat aku baran bila ada orang yang terima tugas tapi x laksanakan. Bukan ke bila kita terima tugas 2 dikira satu AMANAH?? amanah ni bukan boleh bt main2,klau x dapat laksanakan t kat akhirat akan dituntut.


                       Bukan aku nak melalut tapi sekarang ni aku tengah sibuk dengan beberapa program dan aku cam x puas ati dengan satu program ni la,aku x cakap la aku ni taw banyak sangat. Aku da buat keje aku dan bila aku nampak byk lagi perkara x setel aku tolong r siapkan keje ln tapi person in charge utk keje 2 bole la lepas tangan n blablablablablablablabla~~~~entah r...kalau ikotkan hati banyak lg mnde aku nak tulis tapi malas r t cam cite keburukan orang lain lak,ak cuma harap insan2 camni cepat2 la sedar yang AMANAH bukan la sesuatu yang boleh bt main2 so jgn terima tugas if x mampu bt....


                      Klau ad masa t aku nak tulis post khas sal AMANAH ni,insyaallah~~~~~


p/s= along,asal ko senyap je ari ni...ko bz anta msj utk program ea...-p

Monday 16 May 2011

HaDIaH hArI LaHiRkU yG Ke-19~~~

                            Aish...."kecederaan" hadiah hari lahir@laptop aku ni semakin bertambah kritikal,aku nak menulis blog pn susah giler sekarang ni. Bile aku tulis je terpadam sendiri,so memang da byk post aku yang x sempat nak publish..Hmm..apa2 pun aku kena cepat anta repair laptop ni sebab aku da mula semakin berminat utk menulis,dalam otak aku ni da macam2 cite aku reka cuma x dpt nak kuarkan je lagi.
 

                          Aku rasa bersalah sebenarnya coz x dapat jage hadiah ni elok2,baru 2 taon usia hadiah ni da macam2 rosak. Xpe la...ada hikmahnya kot,btw hari lahir yang ke 21 da makin dekat ni. Aku x harap pun dapat hadiah apa2 dari mak dan abah sebab aku da anggap WEM3842 ni sbg hadiah tahun ni..haha Aku memang macam ni,apa2 yang aku dapat dari mak dan abah dlm bln mei aku akan anggap sbg hadiah sebab aku taw da mase birthday aku sure mak n abah x bagi hadiah so aku buat cam2 utk sedapkan hati aku...haha


                          WEM3842 ni da banyak berjasa kat aku,jasa yang paling latest dye tlg aku bwk balik nasi lemak yang mak kirim kat along...hehe..,along sedap x nasi lmk 2?? ak saje nak ko jd gemok cm ak..-p
Hmm...x nk r da tulis byk2.takut terdelete....hoho

p\s= tq along bagi ak tgk blog ko,aku usha post2 ko...haha

Friday 6 May 2011

UjiAn~~~

                      Kadang-kadang ada jugak aku terfikir,nape la mase aku kecik-kecik dulu aku nak sangat jadi orang besar. Aku x sabar nak besar sebab aku tengok orang besar boleh buat apa je yang diowang nak buat, boleh buat keputusan sendiri,boleh g mane-mane je yang diowang nak dan yang paling best aku tengok xde orang pun nak marah kalau kita da besar. Aku anak ke 5 dari 6 orang so dari kecik aku memang da selalu kena marah,bukan je dengan mak dan abah tapi dengan abang-abang dan akak-akak aku. Memang frust la kan asyik kena marah je sebab tu la aku nak sangat cepat-cepat besar so aku kena marah dan aku boleh marah orang...haha


                       Dengan pemikiran sedimikian aku teruskan hidup,pada usia 16 tahun aku mula merasakan aku sudah dianggap besar dan mampu membuat keputusan sendiri dan alhamdulillah aku bersyukur kepada allah kerana aku sudah tidak menjadi "kanak-kanak" lagi di dalam family. Banyak kali jugak la akak-akak aku datang melawat aku di asrama jika ada masalah dlm keluarga dan buah fikiran aku diperlukan untuk berbincang dan membuat keputusan dan seringkali juga buah fikiranku diterima. Aku sangat gembira dengan keadaan tersebut dan akhirnya apabila aku berusia 18 tahun aku sedar menjadi orang dewasa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan tapi sangat membebankan.


                        Dan dengan keputusanku sendiri tanpa dipengaruhi oleh mane-mane pihak aku mengambil keputusan untuk memasuki universiti islam antarabangsa(UIA) sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Alhamdulillah pengajianku di uia pj tidak mengalami sebarang masalah dan aku berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di uia gombak dlm jurusan kejuruteraan pembuatan. Semasa di uia gombak aku diuji dengan keputusan exam yang membuatkn aku rasa down sangat tapi aku kuatkan azam dan semangat untuk teruskn dengan usaha yang lebih. Pada sem kedua aku telah benar-benar menjadi kama yang lain daripada sem pertama,aku benar-benar bertekad untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang.. Apa yang aku da buat?? Ada aku da list kat bawah ni.....
1) yang paling penting aku da x ponteng kelas cam sem lepas,if aku terpaksa ponteng mesti aku sakit or ada    urgent kes....
2)aku masuk kelas tambahan(sleu) dan malam aku susah sangat aku nak rs rilek coz sentiasa aku penuhkan     dengan aktiviti,isnin,selasa n khamis ad kelas malam n rabu ada usrah..klau ad meeting aku akan g pas habis    kelas
3)banyak masa aku habiskan kat cafe waktu siang sebab nak study. Aku kenal diri aki caner,if aku balik bilik pas kelas mesti aku tido dan sebab 2 aku rela stay kat cafe dan study(boleh jimat duit myk moto skali...hehe)
4)rasa-rasa sem ni aku lebih tekankan keperluan rohani dan jasmani tapi hanya Allah yg Maha Mengatahui, wallahualam....
5) Yang pasti aku rasa aku yakin aku da mampu ubah diri dan jadual hidup aku lebih teratur dari sem 1.
          

                      Berbekalkan jadual yang padat dan ilmu yang telah aku miliki selama satu sem aku melangkah kaki ke dewan exam dengan yakin(xde r yakin sangat pn...haha) dan alhamdulillah selepas penat bertungkus lumus akhirnya exam habis dan aku hanya mampu berdoa semoga allah berikan result yang terbaik buat aku, amin............................................result pn kuar,dengan  debaran aku cek result dan~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~Ya Allah...mengapa begitu berat ujian yang kau berikan kepadaku ini...tidak mahukah Kau menggembirakan hambaMu ini??
~~~~~~Aku telah lakukan yang terbaik tapi kenapa hanya ini yang Kau berikan kepada aku,aku sangat kecewa dengan keputusan ini,tidak Kau lihat aku telah mencuba sehabis daya?? Kau pernah berfirman "tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka sendiri tidak berusah mengubahnya" aku telah berubah....
~~~~~~Kenapa DYNAMIC?? ketahuilah tuhanku,dlm semua subjek yang aku ambik sem ni dynamic adalah subjek yang paling-paling-paling banyak aku habiskan mase untuknya,demi allah aku sangat menyukai subjek ini dan seringkali aku membuat revision dan latihan...knp DYNAMIC ya Allah??
~~~~~~subhanallah....dengan usaha aku di sem ke 2,result aku de sem 1 lebih baik,di mana silapnya ya Allah??adakah aku memang tidak ditakdirkan menjadi seorang engineer??


                               Persoalan itulah yang bermain dalam fikiran aku saat aku melihat result,aku kecewa,aku sedih dan aku rasa sangat malu pada diri sendiri. Aku sedar aku adalah harapan keluarga,keluarga aku tidak dikurniakan kelebihan dalam pendidikan,hanya aku seorang yang mampu melanjutkan pelajaran ke universiti dan aku memikul tanggungjawab yang besar ini. Aku buntu..caner aku nak bg taw pad mak??abah?? Aku malu........kali pertama dalam seumur hidup aku menangis disebabkan pencapaian akademik lalu dengan linangan air mata aku khabarkan kepada mak tentang keputusan exam aku. Dengan tenang mak menjawab "sabar acik...mungkin belu rezeki awak lagi yang penting teruskan usaha" dan dengan hati yang berat aku masuk ke bilik. Dalam tangis aku tertidur..........


                               Aku dikejutkan oleh abang aku,dia ajak aku g keje. Berat rasa hati nak g tapi aku berfikitan positif dan terus ikut je abang aku. Aku lebih banyak berdiam diri,teh nampak cam faham keadaan aku(mybe mak ad cite kot) dan hanya biarkan aku berdiam dan mengalamun sepanjang perjalanan. Sampai di pasar malam aku dan teh terus membuat persiapan utk mula menjual. Tiba-tiba hujan lebat dan angin yang t'amat kuat datang dan hampit menerbangkan payung serta barang-barang yang lain. Dengan keadaan camtu aku dapat tengok ramai peniaga lain yang balik keran tidak yakin dengan keadaan cuaca. Lebih 50% peniaga yang mengambil keputusan untuk balik tapi aku dan teh masih dengan keputusan untuk teruskan dan tunggu sehingga cuaca elok,sejuk x yah cakap la. Aku da la tengah sedih tapi keadaan camtu buatkan aku lebih ingat Allah dan banyakkan berdoa coz setahu aku doa semasa hari hujan ni nudah dimakbulkan.


                              Selepas sejam menanti akhirnya hujan mula renyai dan angin mula reda bertiup dan berbekalkan sisa tenaga yang ada kami meneruskan jualan. Dalam kesejukan dan ujian yang telah aku lalui terasa Allah begitu dekat dengan aku,selepas menunaikan solat asar dan maghrib beralaskan tikar di tepi kereta hati aku jadi lebih tenang,aku sudah mampu tersenyum dan meneruskan kerja dengan lebih teratur. Alhamdulillah....ayam yang kami bawa pada hari tersebut SOLD OUT!!! haha...x sia-sia kami kuatkan azam untuk terus menanti hujan dan angin reda. Lalu aku kaitkan apa yang aku lalui untuk jual ayam ni dengan perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar,aku andaikan kini aku berada dalam fasa di mana kami dilanda hujan dan angin yang kuat. Jika aku mengambil keputusan untuk terus pulang seperti kebanyakan peniaga yang lain kami akan dapat NOTHING!!! tapi berbekalkan KEAZAMAN dan KEYAKINAN kami teruskan jua dan alhamdulillah SOLD OUT!!! kini aku taw ap yang aku perlukan,bukanlah titisan air mata atau penyesalan tapi aku perlukan KEAZAMAN dan KEYAKINAN.....


                           Aku bersyukur kerana Allah tunjukkan aku jalan untuk keluar dari kesedihan dengan cara ini,Dia buat aku lebih berfikir,Dia tunjukkan aku apa yang aku perlu buat. Memang aku berusaha kuat tapi Allah lebih mengetahui dan aku yakin perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Tidak aku nafikan rasa sedih masih ada tapi aku redha dan percaya pada qada' dan qadar. Begitulah besar kuasa allah Dia tidak bercakap secara terus dengan hambaNya tapi memberi petunjuk dan jalan dalam setiap masalah melalui apa yang kita lalui dan membuat kita BERFIKIR akan sesuatu.


                          Kini aku lebih termotivasi dan aku akan lebih berusaha kuat. Aku akan pegang janji yang telah aku lafazkan kepada mak dan abah bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi seorang engineer atau pensyarah. Insyaallah...kata-kata aku itu akan aku kotakan dan semoga Allah merahmati perjuanganku ini. Ya..Allah...bantulah aku untuk menjadi anak,suami,adik,manusia yang soleh yang bermanfaat buat seluruh umat..amin~~~~

"DISEBALIK SESUATU,ADA SESUATU"