Pages

Thursday 23 June 2011

pERaNcAnGAnMu~~~~

              
Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah...........

Tiada lafaz yang lebih sesuai untuk aku meluahkan rasa kesyukuran kepadaNya...


Seringkali  allah datangkan hujan lebat beserta ribut petir,
Manusia menangis,merintih..gentar dengan ujian alam,
Lalu apabila hujan dan ribut petir telah reda manusia tertanya-tanya sendiri,
Tanpa mereka sedari Allah ingin mengurniakan sesuatu,
Atas ujian alam yang telah mereka hadapi dengan hati yang redha,
Allah hadiahkan mereka dengan PELANGI indah yang mendamaikan jiwa,
Kanak-kanak keriangan melihat warna-warninya,
Ibu dan ayah tersenyum melihat anak-anaknya kembali ceria......

               
Begitulah perancanganMu,sungguh tiada tandingan dan sangat indah bilamana
dihayati,

 manusia mampu merancang tapi perancanganMu adalah sebaik2 perancangan.

 Hati ini pernah Kau pisahkan,aku merintih dan bersedih atas perpisahan yang
 terjadi,

adilkah Allah kepadaku??lalu kau pertemukan kembali hati ini namun bukan dalam 

keadaan yang seringkali ku dambakan. Rintihan hatiku semakin ketara,

aku semakin putus asa.

"kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik 
perancangan"

Alhamdulillah....setelah ditemukan kembali ternyata perancanganMu begitu
indah.

Telah Kau uji diriku dengan 'hujan dan ribut petir' kini Kau kurniakanku dengan
  
'pelangi'  yang memancar dan memenuhi segenap ruang hatiku.

Telah Kau permudahkan segala urusan kami dalam mencari keredhaanMu,

semoga Kau terus membantuku sehingga tiba saat-saat yang dinantikan.

Ya Allah...terasa begitu mudah dan lancar urusan ini,aku bersyukur kepadaMu

kerana aku yakin Kau yang membuka hati mereka untuk menerima semua ini.

Kau lapangkan dada mereka untuk menerima berita ini sebagai berita baik,

Kau fahamkan mereka bahawa kami lakukan ini untuk mencari keredhaanMu.

Abah.....mak......anak lelaki bongsumu ini telah mencecah usia 21 tahun,

sekarang tibalah masa untuk acik berada di fasa yang memerlukan acik

memikul tanggungjawab yang sangat besar,

bukan acik terburu-buru tapi acik yakin sudah tiba masanya. 

Mungkin ramai yang terkejut tapi selagi ia untuk mencari keredhaanNya

insyaallah hati acik mantap untuk teruskan.

Buat insan yang sudi menerimaku dalam hidupmu,
  
syukran jazilan diucapkan.

Kau amanahku dunia akhirat dan tidak sekalipun akan ku persiakan.

Segala ilmu yang ada padaku akanku gunakan dalam membimbingmu

dan aku bertekad membawamu ke jannah bersamaku kelak.

Sungguhpun bercinta dalam keadaan HALAL di dunia itu indah tapi

aku yakin bercinta di syurga lebih indah.

Dengarlah rintihan hatiku~~~~

"Wahai sayap kiri perjuanganku,ketahuilah aku tidak punya harta,
jauh sekali kedudukan yang menjadi sanjungan ramai,
tidak ramai yang mengenaliku sebagai seorang yang dihormati
kerana aku hanya insan biasa dengan peribadi biasa.
Jika kau khabarkan kepada temanmu bahawa aku pilihan hatimu
tidak mustahil akan kau dengari "kama??!!spe 2??",, "weh..budak
 mne 2??",,,"dari mne ko kenal ea??aku x taw pn dye 2 spe",,,
"hah..dak engin??np x cari ustaz2 uia ni je,kan lebih terjamin kesolehan
dan agamanya" dan saat itu mungkin hatimu akan
terfikir apa jawapan yang sesuai atau mungkin soalan2 itu
mampu membuatmu bersedih"

"Wahai sayap kiri perjuanganku,katakanlah kepada mereka
 bahawa aku bukanlah bakal ustaz,
 aku tidak punya banyak ilmu agama seperti mana
 ustaz2 di uia TAPI perlukah menggenggam segulung ijazah untuk
 bergelar ustaz atau da'ie...kita singkap sirah sahabat-sahabat yang mne
 mereka mencari ilmu tanpa pengiktirafan.
DA'IE,tugas membawa agama allah yang diwarisi
dari para nabi dan rasul.
Janganlah kau khuatir kerana aku akan sentiasa mencari ilmu dunia dan
akhirat dalam mengemudi bahtera keluarga ini,
untuk kita dan malaikat kecil berlabuh di pintu
syurga yang abadi.
KAMARULZAMAN...
biarlah nama ini tidak dikenali atau mendapatkan
pengiktirafan manusia kerana aku hanya dambakan pengiktirafan dari ILLAHI..."

"Wahai sayap kiri perjuanganku,redhalah kamu dengan pemberianku,
 yakinlah bahawa setiap pemberianku kepadamu
 adalah yang terbaik mampu aku berikan.
Tiada niat dihatiku untuk menzalimi hidupmu kerana kau
AMANAHku dunia akhirat.
Setelah kau sah kepadaku yakinlah bahawa aku
akan menjagamu sepenuh hatiku,
akanku bimbingmu berteraskan al-quran dan sunnah rasul"


Ya ALLAH....redhakanlah usaha kami ini...hanya kepadaMu aku bermohon...AMIN~~~~

Saturday 18 June 2011

KeREdHaAnMU~~~

Ya Rabb...

Tiada lain yang ku dambakan dalam hidupku melainkan keredhaanMu. Aku sedar bahawa bukan mudah untuk mendapat redhaMu,bukan senang untuk memilikinya. Pernah satu ketika Kau biarkan aku jauh dari redhaMu. Aku hanyut dalam arus dunia yang mencabar,aku lupa pada ajaran Rasululullah SAW dan yang paling menyedihkan aku lupa bahawa Kau sentiasa memerhatikanku.

Ya Rabb...

Tapi Kau  Maha Pengampun dan Maha Penyayang,setelah Kau biarkan aku hanyut dalam arus duniawi,Kau kembalikan aku kembali untuk membantu agamaMu. AturanMu terlalu sempurna,Kau berikan aku merasai keseronokan duniawi yang tidak kekal lalu Kau berikanku merasai kemanisan iman yang kekal ke syurga kelak. Perbandingan yang amat dahsyat perbezaannya sesungguhnya benar ya allah,keseronokan dunia hanya hiasan semata-mata dan tidak kekal.

Ya Rabb...

Kini aku berjuang diatas namaMU,biarpun dengan caraku sendiri tapi hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku saat aku melakukan sesuatu. Kau tidak kurniakan aku kelebihan untuk tampil secara 'islamic' di hadapan khalayak ramai tapi aku tetap yakin dengan perancanganMu yang merencanakan aku dengan personaliti ini. Sesungguhnya perjalanan ini amat sukar dan menguji diriku yang lemah dan sering terjatuh.

Ya Rabb...

Hari ini aku diuji dengan sesuatu yang menggetarkan jiwaku. Adakah aku sudah bersedia?? Berkali-kali soalan tersebut aku ajukan kepada diriku sendiri namun tiada jawapan. Sesuatu berbisik difikiranku 'jika kau merasakan kau tidak mampu melakukan dengan alasan ilmu yang masih belum cukup maka ketahuilah bahawa ilmu tidak pernah cukup,lakukannya mengikut kemampuanmu' kata-kata yang memberiku semangat untuk meneruskannya. Lalu berbekalkan apa yang ada dalam diriku,aku melakukannya.

Ya Rabb...

Berakhirnya hari ini,bermakna aku telah memulakan hidup baru dengan kehadiran pihak yang baru dalam rencana kehidupanku. Kesanggupanku untuk meneruskannya bermakna kesanggupanku untuk menerima amanah yang tak ternilai harganya. Kesanggupan yang lahir dari hati selepas istikharah yang menyatakan bahawa ini jalanku dan ini pilhanku. Bukan kesempurnaan yang kucari tapi hanya keredhaanMu ya allah, bukan kecantikan yang kudambakan tapi ketakwaan yang memikat hatiku dan bukan kekayaan yang kuimpikan tapi cukuplah yang mampu membuatkan aku merasakan memiliki seluruh dunia dan seisinya.

Ya Rabb...

Walaupun tubuh terasa begitu lesu namun mataku masih tidak mampu tertutup rapat. Kesyukuran nyata menghalangku dari merehatkan badan tatkala mengenangkan perancanganMu yang terlalu indah dan tidak mampu kubayangkan walaupun seribu tahun khayalanku. Diriku Kau pisahkan sementara untuk Kau pertemukan kembali dalam keadaan yang jauh lebih mulia dan diberkatiMu. Sungguh indah perancanganMu dan sungguh Kau tuhan yang memahami setiap yang bermain dalam hati dan fikiranku.

Ya Rabb...

Tetapkanlah hatiku dalam keredhaanMu agar bertambah cintaku dalam mencintai hambaMu hanya keranaMU~~~


Wednesday 8 June 2011

iNi JaLAn KaMi~~~~~

                                                "YOU CHOOSE TO BE EDUCATED"


                       Alhamdulillah....minggu ni Allah kurangkan kesibukan aku dan aku dapat fokus pada program, study dan join program yang aku minat. Owh..x lupe jugak pagi tadi aku kuar g main bowling dgn sahabt baik dunia akhirat aku syahril(rapat dr 1st sem pj lg) dan ditemani oleh jeni(stat rpt kat gombak ni) Nak cakap rezeki 2 blh r kot sebab ari ni dpt buat Turkey(3 strike b'turut2) n pecah rekod peribadi dr 160 jadi 163,even 3 pin je tp sangat bermakna....tapi aku menang org lain lak dpt hadiah ea,terbalik lak...xpe la blnje buke pose...hehe.

                                          rekod baru aku...hehe
                                                          
                                                         
                                                       syuk....mase ni la ko nak pecah rekod gk,kaco mood ak r...haha

                     Ok2...patah balik sal ayat kat atas,act ayat 2 lecturer dynamics aku yang cakap. Kata2 dia memang menusuk kalbu dan buat aku semangat nak blaja lebih2 lagi dynamics tapi..........(da2..x nk ingat sal result dynamics t aku sedih). Apa yang aku nak cakap dalam post kali ni adalah mengenai jalan hidup yang telah kita pilih,cam aku tentu la aku nak fokus pada hidup sebagai seorang pelajar,x kan sebagai seorang ayah lak kan??-p


                   Assigment....kuiz....presentation....discussion...kelas....dan yang paling menakutkan adalah exam, sume 2 akan jadi lumrah apabila kita bergelar pelajar ipt. Dulu mase sekolah cikgu selalu cakap "awak sume mase sekolah ni belajar rajin2 t da masuk u senang,x susah blaja cam sekarang" cikgu2....betapa kau insan yang sungguh mulia,memberikan kata2 perangsang sedangkan kau sedar hidup di IPT t'sgt susah. Cikgu memang layak menjadi cikgu kerana seorang cikgu perlu pandai bermain kata supaya kami sentiasa termotivasi....hehe


      

                    TAPI!!!!!! (nak jadi tegas da ni) sedarkah kita masih banyak lagi insan2 yg mahukan dirinya memasuki ipt??sedarkah kita bahawa kita insan yang terpilih??dan sedarkah kita ilmu itu harus dicari dan kita sedang berusaha?? Haaa...x taw kan??(pdhal taw je....-p) Allah telah tulis di luh mahfuz sejak dari kita lahir lagi bahawa kita adalah insan yang akan menunut ilmu,ilmu yang dituntut adalah utk kebaikan ummah, membantu saudara2 yang tidak berpeluang  berada ditempat kita.


                  Oleh itu,wahai sahabat,andai dirimu merasai derita ingatlah sahabat2 diluar sana mendambakan siraman ilmu yang bermanfaat darimu,andai dirimu merasai kepahitan dlm menuntut ilmu,ingatlah....umat islam   memerlukanmu  wahai sahabat...andai dirimu tertekan,ingatlah....sahabatmu disana menunggumu dengan penuh harapan ,menantimu dengan hati yang terbuka untuk menghayati kemanisan ilmu kau curahkan yang kau tuntut sepanjang pemergianmu jauh dari mereka dan sedarlah,kamu INSAN TERPILIH  yang allah tetapkan untuk membimbing umat dengan ilmu yang ada padamu...



                Temanku..............disaat dirimu menikmati ilmu2 dari setiap kuliah yang kau hadiri,"connect"kan setiap ilmu tersebut dengan kebesaranNya dalam mencipta dan mentadbir alam yang luas terbentang ini. Percayalah jika berterusan kau mengaplikasikannya,selepas pengajianmu kau tidak akan keluar dr ipt sebagai seorang pelajar yang mempunyai ijazah tapi kau akan muncul sebagai seorang wira dan wirawati yang siap sedia berjuang di jalan allah dengan kalimah AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH.


                  
                        Islam itu agama allah,agama yang indah..bilamana kamu terpilih untuk menjadi pembawa agamaNya maka bersyukurlah kamu kerana tidak semua manusia didunia dikurniakan kenikmatan tersebut. Bersabarlah dan La Tahzan dengan ujian yang mendatang sepanjang pengajianmu.......Yakinlah!!!!!!!!!!!! ALLAH BERSAMA KITA.....................

Monday 6 June 2011

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja~~

 

Oleh : Ustaz Maszlee Malik
Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.
Akibat Kurang Bercinta
Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.
Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!
Khitbah Bukan Tunang
Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT
Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.
Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.
Risiko
Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!


p/s- copy paste je ni....

Thursday 2 June 2011

iNdAhNya KaWIn MuDa~~

              
               Hah...kawin muda..beznyer...hoho~~~ bez ke?? wallahualam.....

               act bukan itu yang aku nak cakap,bukan sal kawin ea..hehe

               30 mei 2011 genap umor aku 21 tahun..da besar kan? alhamdulillah....

              aku bersyukur sangat2 sebab masih lagi dipinjamkan nyawa,

              aku harap sebelum nyawa ni ditarik aku sempat buat sesuatu......

              seperti kebiasaan,aku jarang dapat hadiah pada hari lahir aku sendiri dan

              pada tahun ni nasib tetap sama,xde rezeki..(x malu tggu hadiah..haha)

              tapi tahun ni aku da prepare awal2,bangun je tido 29mei 2011 pas solat

             aku terus siap2 n kebetulan mlm 2 aku tido kat hotel dgn fam

            so kol 8.30am aku turun je bwh kedai buku da buka..hepy tol aku..hehe

           aku masuk kedai cari buku yang aku berkenan dan akhirnya...............

           "INDAHNYA KAWIN MUDA" bez kan tajuk buku ni?

           dengan gembiranya aku beli buku 2 dan simpan elok2 dalam beg....

           ******************************************************************

           30 MEI 2011!!!!!!!

          selamat hari lahir kamarulzaman bin mahmad khairai~~~~~~~

          lalu dengan bersemangat aku bukak beg n ambik buku yang aku sendiri beli..

         kama...ni hadiah ko...tahun ni ko da pandai skit,beli hadiah utk diri sendiri

         bole la ko hepy sebab tahun ni dapat hadiah...hehe

         alhamdulillah....even buku ni hadiah dari diri sendiri aku akan manfaatkan

          time kasih kama 29mei sebab sudi bagi hadiah b'day kat kama 30mei...-)

          #da ad pic......^  ^