Pages

Friday 18 November 2011

Nota Hati

Bismillah....

Dalam kesibukan sebagai seorang pelajar ni tibe-tibe aku terfikir tentang
satu perkataan iaitu OBJEKTIF.

Nak buat report kena ada objektif,buat paper work kena ada objektif.

"Mulakan sesuatu dengan niat"

Hadis pertama dalam hadis 40 yang seringkali aku ingatkan kepada peserta
program setiap kali aku handle program.

*************************************

"Acik nak masuk matrik n9 ke uia ni?"

Soalan dari mak dan abah yang x mampu aku jawab.

Aku hanya mampu mendiamkan diri dan alhamdulillah berkat dari istikharah
Allah telah gerakkan hati aku untuk memilih uia.

Satu pilihan yang sangat tepat aku rasakan.

*************************************

080942

Menjadi identiti diri aku sebagai pelajar di uia-pj.

Kali pertama menjejakkan kaki aku berazam ingin mengubah diri menjadi
seorang yang lain dari diri aku sebelum ini.

Kenapa aku pilih uia?

Kerana aku ingin mencari kemanisan iman di bumi uia yang sejak dulu terkenal dengan
fitrah islam yang mampu mentarbiyah iman dan jiwa manusia.

Alhamdulillah...allah pertemukan aku dengan cara hidup yang aku inginkan.

Terasa kemanisan berukhuwah dan membuat sesuatu fisabilillah dalam kehidupan.

SIBUK?? X DE MASE?? PENAT?? PENING??

Telah aku lalui segalanya tapi aku mampu terima dengan redha,hati yang terbuka
dan berlapang dada...

TARBIYAH BUKANLAH SEGALANYA NAMUN DENGAN TARBIYAH
SEGALANYA MAMPU DICAPAI

Indahnya bekerja kerana allah hanya yang merasai mampu menterjemahkannya.

Kini aku sudah setahun berada di uia gombak kerana meneruskan pengajianku
pada peringkat ijazah.

Namun sesuatu selalu bermain-main di fikiranku.

Dimana KAMA yang dahulu??

Jika diberi pilihan adakah aku ingin menjadi kama-uia pj atau kama-uia gombak
aku akan pilih untuk menjadi kama-uia pj.

KENAPA??

Kerana aku sendiri dapat merasakan bahawa aku merindui diri aku yang dulu.

Dulu...tiada dalam seminggu aku tidak menghadiri usrah..
Kini...susahnya nak dtg usrah,naqib msj pn da x reply..

Dulu...sentiasa diberi kekuatan untuk menghadiri kuliah agama...
Kini...kuliah?? hmm..sibuk la lagipun jauh sgt venue.

Dulu..join program yang mampu membentuk peribadi sbg khalifah(islamic)
Kini...kdg2 x mampu kekalkan ciri-ciri pemimpin islam.

Dulu...sgt sensitif dgn isu-isu semasa yang membabitkan kemaslahatan ummah
Kini...eh..esemen x siap lg,ad kuiz,exam...blablabla~~~


Berbeza kan??


AKU TAHU BAHAWA AKU TIDAK TAHU AKAN SESUATU PERKARA ITU

Tapi sampai bila harus aku terus dalam "KETIDAKTAHUAN" itu.

Adakah aku menanti malaikat maut datang mengambil nyawaku dahulu dan saat itu
baru aku merayu supaya tidak mencabut nyawaku supaya aku mampu menjadi khalifah
yang membawa syiar islam,menegakkan agama allah.

NAUZUBILLAH~~~~~

"TIDAK AKU CIPTAKAN MANUSIA DAN JIN ITU MELAINKAN UNTUK 
BERIBADAT KEPADAKU"

Beribadat tidak semestinya dengan berzikir 16 jam sehari di atas sejadah,solat 300 rakaat
sehari dan sebagainya.

Dalam konteks sebagai seorang pelajar.

1)membaca buku adalah ibadat
2)datang ke kelas adalah ibadat
3)buat esemen adalah ibadat
4)join program yang x bercanggah dgn ajaran islam adalah ibadat
5)bernikah juga adala ibadat...(ehem2...hik3)

Tidak susah sebenarnya untuk beribadat cuma yang paling utama adalah terletak pada
niat.

"salah satu dari tujuh golongan yang mendapat pelindungan di pdg masyar kelak adalah
mereka yang bertemu dan berpisah kerana allah"

X susah kan? Niat je kerana allah terus allah bagi ganjaran.

*******************************************

Ya Allah....

Jadikanlah kami pemuda dan pemudi yang sentiasa merinduiMu, merindui rasulMu,
merindui syurgaMu dan merindui keredhaanMu...

Masukkanlah kami dalam golongan hambaMu yang beriman..

Amin Ya Rabbal Alamin~~~~

Thursday 17 November 2011

Diari Seorang Abg~~

Bismillah..


*********************************************

1993

Keadaan rumah kelihatan sedikit kelam kabut kerana suri hati mahmad khairai bin osman
baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel.

Dikurniakan kulit yang cerah dan wajah yang comel membuatkan ramai yang memuji
anak ke-6 pasangan bahagia ini.

Namun...dalam kesibukan menyambut kelahiran cahaya mata baru itu mereka terlupa
bahawa sepasang mata sentiasa memerhati bayi comel tersebut dengan penuh minat.

Kini masa telah tiba..adik,putera bongsu pasangan itu mengatur langkah memasuki bilik
dimana bayi comel itu sedang nyenyak tidur selepas kenyang menghisap susu.

Tiada sesiapapun menyedari kehadiran putera bongsu itu di kamar adiknya,puteri bongsu.

Lembut diusap tangan dan kaki bayi itu dengan penuh kasih-sayang.

COMEL!!!!

Putera bongsu yang berusia 3 tahun itu masih tidak mengerti apa yang berada di hadapannya itu,
kenapa semua menyanyangi dan membelainya..bukankah dia yang sentiasa dibelai sebelum ini??

Tangan kecil putera itu mencapai bedak johnson baby di sebelahnya.

Dia teringat semasa kak long meletakkan bedak di mukanya selepas dimandikan,kak long
kelihatan begitu semangat melakukannya lalu terlintas di fikirannya untuk membuat
perkara yang sama.

Bedak dibuka lalu dicurahkan sebanyak mungkin ke muka bayi comel itu,tidak terganggu
bayi yang telah kekenyangan dengan bedak yang telah penuh menyelaputi muka.

Kak Long!!! Kak Ngah!!! Mane adik??
x taw....tanye kak long...
ap lak...tanye kak ngah...

Mereka saling tuduh menuduh.

Ya Allah!!! Anak aku...

Jerit ibu kepada bayi comel itu.

Dengan wajah ceria putera bongsu tersenyum memandang wajah ibunya yang sangat terkejut.
Wajah bayi yang kemerahan itu telah dipenuhi dengan bedak.

Adik...kenapa buat baby camni? Sian baby ni taw..

Pujuk ibunya sambil meniup bedak yang menyaluti muka bayi tersebut.

Adik kena tolong mak jage baby taw? ni adik bongsu adik...

Nak marah x boleh sebab kecil lagi,hanya ayat memujuk yang dilontarkan oleh ibunya.

Sekarang barulah dia sedar bahawa bayi dihadapannya itu adalah adik bongsu dan itu bermakna
putera bongsu itu bukan lagi ANAK BONGSU..takhta telah dirampas!!!


*********************************************

1996

Mak teman la acik g tadika ye? acik takut.

Pujuk adik yang kini telah dinaikkan pangkat sebagai adik.

Mak x boleh,kan dik nor ada kat rumah,mak nak jaga adik. Acik pergi sendiri ye?
Mak suro anak jiran teman,pergi same2..

Ayat disusun rapi oleh mak supaya acik pergi ke tadika tanpanya.

"Ye la...acik pergi sendiri je...Assalamulaikum."

Acik berlalu menuju ke tadika dengan rasa kecewa.

"Asyik-asyik adik,sibuk je lahir!!!"

Ngomel kanak-kanak tadika berusia 6 tahun itu.

*********************************************

1998

"Mak!!!! Teh dengan acik nak keluar!! Diorang nak g mancing."

Jeritan dik nor membangunkan mak dari tidur tengah hari tapi telah terlambat
kerana teh dan acik terlebih dahulu memecut basikal menuju ke tasik.

"Berani pergi mancing lagi!!"

Gertak abah

"Tak!!"

Serentak teh dan acik menjawab.

Kejadian siang tadi telah dilaporkan kepada abah oleh mak dan dik nor lalu teh dan acik
menerima habuan,TALI PINGGANG....


 ********************************************

2000

"Mak...nape nak pindah? x bez la...suka tinggal kat rompin ni"

Acik meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka terpaksa berpindah ke pekan.

Bukan tidak suka tapi terasa sayang untuk meninggalkan tempat yang telah di diami
sejak kecil lagi.

Acik dan dik nor dibesarkan sejak kecil lagi di rompin lalu mereka bersepakat untuk
memujuk mak dan abah supaya tidak berpindah.

Tetapi apalah daya seorang anak berusia 10 dan 7 tahun,mereka terpaksa akur.

Dik nor memulakan sesi persekolahan darjah satu di sekolah baru manakala acik
serta teh menyambung persekolahn darjah 4 dan 6 di sekolah yang sama.

Teh dan acik diberi tanggungjawab untuk menjaga adik nor semasa sesi persekolahan.

Seringkali teh dan acik bergilir-gilir melewati kelas adik nor untuk memastikan adik
bongsu mereka berada dalam keadaan selesa di sekolah baru..

KASIH ABANG KEPADA ADIK...-)


********************************************

2002



Tinggal kurang dari sebulan lagi acik akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
oleh itu guru sibuk membuat kelas tambahan kepada pelajar bagi memastikan mereka mampu
menjawab dengan baik pada hari peperiksaan.

Masa persekolahan bagi pelajar tahun 6 disambung pada sebelah petang.

Mereka tidak dibenarkan pulang dan perlu membayar yuran makan kepada sekolah untuk
menyediakan makanan tengah hari.

Acik tahu bahawa abah dan mak tidak mampu dan kerana itu setiap kali kelas tambahan diadakan
acik akan makan bekal yang di bawa dari rumah.

Setiap kali habis sesi persekolahan dik nor akan pulang ke rumah dan datang semula dengan
membawa bekal makan buat acik.

Pernah berlaku,dik nor demam dan x de sape yang hantarkan makanan.

Akhirnya acik masuk ke kelas dalam keadaan lapar kerana hanya mampu melihat kawan-kawan
lain menikmati makanan tengah hari mereka.

Pengorbanan adik bongsu nya itu akan di ingati sehingga akhir hayat kerana dengan berbekalkan
result UPSR acik berjaya memasuki SBPI Pekan.

  
********************************************

2008

Kini acik sudah berusia 18 tahun dan sedang menanti keputusan SPM keluar bagi melanjutkan
pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Dik nor pula telah membesar menjadi gadis yang cantik,berusia 15 tahun dan sedang berusaha
mengenal erti hidup.

Dalam usaha mengenal diri berlaku sesuatu yang mungkin memberi pengajaran buat dirinya.

"Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah"

Mungkin dik nor terlupa bait kata-kata itu dan menyebabkannya bercakap kasar kepada mak
dalam satu salah faham antara mereka.

Acik yang ketika itu sedang menonoton tv tidak mampu lagi menahan sabar,lalu satu tamparan
hinggap ke pipi dik nor.

"Ko taw dengan sape ko cakap 2??!! Ko jangan nak kurang ajar...mak 2 kan..ko nak masuk
neraka ke??!!"

Acik menahan kemarahan...

Tamparan seorang abang kepada adik atas rasa CINTA....

Acik hanya mahu adik nya membesar menjadi seorang gadis yang solehah,menghormati mak abah
dan taat kepada agama allah.

         
*********************************************

2009

Acik menjalani hidup sebagai pelajar universiti islam antarabangsa (UIA) dan mengambil
jurusan kejuruteraan.

Kehidupan pelajar di UIA lebih terjaga dalam fitrah islam membuatkan dia sentiasa
mahukan yang terbaik buat adik kesayangannya.

Ingin sekali dia melihat dik nor menjadi wanita solehah yang menjaga batas pergaulan dan
aurat sperti kebanyakan sister di uia.

Bila ada duit lebih acik akan membelikan dik nor baju serta pakaian yang sesuai sebagai
seorang muslimah sejati.

Tazkirah serta teguran semakin kerap diberi kerana dik nor semakin membesar menjadi
seorang gadis yang diketahui terlalu banyak cabaran dan godaan pada masa kini.

Pergaulan dibataskan dalam usaha membentuk peribadi mulia.

Bukan ingin menyekat kebebasan adik nya tapi semua kerana sayang.

Dik nor adalah AMANAH buat acik,rasa sayang mengatasi segalanya,mengatasi
kepentingan dirinya sendiri.

Alhamdulillah...dik nor membesar menjadi seorang gadis yang menjaga batasan dan
sentiasa menutup aurat..

        
*********************************************

2011

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhandulillah....

Hanya itu lafaz yang mampu diucapkan saat menerima berita dik nor berjaya melanjutkan
pelajaran ke universiti.

Adik yang selama ini dicintai dan disayangi kini semakin membesar.

Alhamdulillah...dik nor memilih universiti yang berdekatan dengan UIA maka mak dan abah
mengamanahkan kepada acik untuk menjaga anak bongsu kesayangan mereka itu.

Acik menerima amanah tersebut dengan hati yang terbuka kerana dik nor juga merupakan
amanah dari allah buatnya.

Rasa sayang kepada dik nor semakin menebal.

"Mak..abah..jangan risau ye,cik akan jaga dik nor elok2..ada masa cik akan bawak dik nor
datang uia untuk join program2 agama"

Janji acik kepada kedua ibu bapanya.


*********************************************


FATIMAH NOOR BINTI MAHMAD KHAIRAI merupakan puteri bongsu bagi pasangan
bahagia MAHMAD KHAIRAI BIN OSMAN dan ZAITON BINTI SALLEH. Anak ke-6,
mempunyai 3 orang abang dan 2 orang akak yang sentiasa menjaga dan menyayanginya
sepenuh hati. Setiap perbuatannya di jaga oleh abang2 serta akak2 atas dasar cinta dan sayang
kepadanya. Kini dia telah membesar dan akan menjadi salah seorang pelajar di UITM.
Berat hati untuk melepaskan dia pergi namun atas kepercayaan kepadanya keizinan diberikan
akhirnya. Acik iaitu KAMARULZAMAN BIN MAHMAD KHAIRAI anak ke-5 dari
pasangan ke-5 itu diberi kepercayaan untuk menjaga adik bongsunya itu...


**********************************************

Wahai adikku,

Saat kau dilahirkan ke dunia yang fana ini aku tahu kau adalah AMANAH ku.

Tidak mungkin aku menjejak syurga allah tanpa membawamu bersamaku.

Dengarlah luahan hatiku ini.

Aku mahu kau menjadi seorang muslimah solehah.

Seorang gadis yang sentiasa  mendahulukan allah dan rasulNya

Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.

Berhati-hatilah dengan godaan hamba allah yang bernama LELAKI.

Tidak ramai yang ingin menjagamu kerana lebih ramai yang ingin merosakkanmu.

Cukuplah aku disini sebagai penjagamu.

Janganlah kau gusar mengenai jodohmu kerana jika kau sudah bersedia maka khabarkanlah
kepadaku nescaya akanku carikan seorang yang SOLEH buatmu.

TAPI.....ingat adikku kau perlu menjadi SOLEHAH untuk memperolehi seorang yang soleh.

Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik?? -)

Tuntutlah ilmu adikku,aku akan sentiasa ada disampingmu.......

Monday 14 November 2011

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL?



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)