Pages

Wednesday 5 June 2013

True Story..Confession..Truly Honest!!

Assalamualaikum..

Hai..hai..hai..kepada yg sudi membaca even aku x taw pun ade ke x bace selain
aku sendiri,tulis je la..huhu

Act aku da habis exam so untuk menghilangkan rasa bosan sambil tunggu puan
zaujah habis exam aku pun decide la nak berblogging.

Aku ad mende sikit nak cite,seriusly pengalaman hidup aku sendiri. Maybe boleh
dijadikan ikhtibar especially kepada kaum sejenis aku.

Ok..cite dye camni..

Seorang teruna ditakdirkan bertemu dengan jodoh nya pada usia yang boleh
dikatakan muda, si teruna masih belajar dan begitu juga dgn si dara. Belum
pun tamat pengajian mereka bercadang untuk berkahwin dan alhamdulillah niat
murni mereka disambut baik oleh kedua keluarga lalu mereka pun berkahwin.

Seperti bulan jatuh ke riba,si teruna merasa sangat teruja memiliki si dara sebagai
isteri yang sah. Kenape? Kerana si dara memiliki ilmu agama yg mendalam dan
juga datang dari keluarga yang baik2..

Pada awalnya si teruna merasa sedikit rendah diri dengan ilmu yang dimilikinya
sebab merasakannya dirinya tidak cukup baik buat si dara. Namun!! Dengan
semangat yang berkobar-kobar si teruna memasang azam.

"Nanti lepas aku kawin dgn dye aku akan speed kaw2 utk perbanyakkan ilmu agama
aku. Aku nak rajin gi kuliyah kat masjid,nak hafal al-quran,nak itu nak ini dan blalalala,
Ye...aku akan lakukan nanti!"

Persoalan..kenapa nanti? kenapa lepas kawin? kenapa x speed terus lepas sedar ilmu
agama x cukup?



Sepatutnya even still tgh single mingle pun kesedaran utk mendalami ilmu agama
itu perlu ada dan ditanamkan dalam hati.

So...inilah masalah yang si teruna hadapi,akhirnya..setelah berkahwin,niat yang
tadinya berkobar-kobar hanya indah khabar dari rupa.

Jika sebelumnya semangat itu dilihat mampu menjadikannya seorang yang hebat
di jalan dakwah namun dia hanya sibuk dengan urusan seharian sebagai pelajar.

Allahurabi...ini cerita aku. Aku berazam untuk membentuk diri menjadi yang
berguna buat masyarakat dan islam tapi aku rase macam perkara tu sangat
jauh dari apa yang aku usahakan sekarang.

Kadang2 aku jelez tgk sahabat2 lain terus dgn jalan dakwah, berusrah dan
berukhuwah. Bez sangat2..tapi aku..aku cam blur dari mane aku nak start.

Bukan aku x pernah join usrah,handle program keagamaan tapi entah la,
rasa sangat susah untuk kembali ke semangat lalu.

FUTUR............ah!! da hampir 3 tahun,alasan semata-mata.

Kesimpulannya dari entry ni,bila kita nak lakukan kebaikan atau sebarang
perubahan jangan bertangguh atau mencari alasan untuk berkata belum tiba
waktunya lagi. Better lakukan di waktu itu juga.

Ok..da penat ngarut..peace!! ^_^

Wasalam...