Pages

Saturday 1 October 2011

Malu~~~


Bismillah....


Waaa...x taw nak cakap caner..malu siot!!!!!!!!!!!! huhuhu....

1 OCT 2011...

Hari ini aku bangun pagi dengan penuh semangat...kenapa? sebab hari ni aku
ad program dan aku dapat jumpa dengan penulis novel ketika cinta bertasbih.

Sebenarnya novel ni banyak bagi aku motivasi,aku suka sangat novel ni sebab
watak utama (azzam) digambarkan sebagai seorang lelaki yang b't/jawab
dan penyayang pad ibu dan adik-adik dye.

So memang aku sangat teruja ari ni untuk berjumpa dengan dye.

Selepas solat zohor aku cepat2 gerak ke MOOT COURT AIKOL,disebabkan
aku ni budak kos engin sah2 la aku sesat dalam aikol ni.

Setelah bersusah payah mencari alhamdulillah berjumpa jugak aku dengan venue
yang dicari-cari.

Beberapa persoalan bermain diminda aku mase sampai kat situ..
"Eh..nape kosong je ni??

"Sume orang da masuk dalam kot"
Aku bermonolog sendiri untuk sedapkan hati.

Sampai je kat pintu aku cube la bukak.
"Ha..nape berkunci lak?"

"Ada pintu lain kot"
Monolog kali ke-2 untuk sedapkan hati.

Aku pun dengan bersemangat cari pintu masuk yang lain tapi langsung
x jumpa pun pintu masuk..

Tiba-tiba.............

"Woi kama!!!! ko buat ap 2?"
"Owh..ko amzar,ni ha aku nak g program serumpun."
Dalam masa yang sama aku hulurkan tiket 2 kat dye,nak bagi dye tengok.
"kama...o..kama.."
kata amzar dengan riak muka yang x ley bla.
"asal amzar?ad masalah apa2 ke?"
Aku semakin cuak..
"kama...ko tengok betul2 tarikh ni,ari ni 1 oct dalam tiket ni 8 oct.."
penuh semangat amzar memberi penjelasan.
"Laa.ye ke..ok2 silap lak...tq bro!!"
Aku cuba buat tenang tapi dalam hati ni ha hanya tuhan yang tahu caner
ak malu...argh!!!!!!!!!!!!!! malu siot!!!!!!!!!!!!!!!

Selepas amzar berlalu aku pun duduk la termenung di depan moot court.

Alhamdulillah terdetik hati aku nak bawak laptop dan disebabkan itu la aku
dapat buat post ni....

Sekian...

No comments:

Post a Comment