Pages

Saturday 4 August 2012

IIUM ONLINE

Bismillah...


Assalamualaikum kepada semua umat islam dan salam sejahtera kepada yang
belum memeluk islam..(tiru trademark ibn batoota..hehe)

Hari ni aku nak bercerita tentang IIUM online...kalau budak2 uia taw la
apa ni,satu group yg diwujudkan utk student n lecturer supaya dapat
berkongsi ilmu,idea,pendapat dan sebagainye di laman muka buku.

Pelbagai isu yang selalu dibangkitkan kat sini...bisnes,tarawih,ramadan,
assignment,kelas dan sebagainya la. Group ni bez jugak la coz melalui group
ni aku dapat upadate latest tentang apa yg berlaku kat uia ni.

Semalam ada satu isu baru yang dibangkitkan oleh salah seorang lecturer di uia
iaitu mengenai isu kawin...tah la...aku pun x taw nak cakap apa tapi aku copy
paste la ye apa yg lecturer 2 cakap..hehe

"""""Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan
sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin 
memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas 
sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester 
depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih
dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam
dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa?
awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." 
Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak
teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu 
bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. 
Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih 
di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih 
muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali 
atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu 
rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya  kerana kawan2 kamu telah bernikah, 
maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci 
dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. 
Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran 
itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada
kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. 
jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus 
hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai 
pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik 
keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat. 

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, 
cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu 
di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.
TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir 
tentang bakal suami atau isteri,berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.
Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..
pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak 
sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. 
jaga diri kamu baik2.""""""""

Hah...da bace kan post madam ni...bez x apa yang dye cakap??
so lepas dari post ni macam2 la respon dari student2,ada yg like dan komen.

Aku hanya memilih untuk berdiam diri dan hanya melihat,sebenarnya aku
juga bersimpati dengan nasib sis yang datang mengadu pada lecturer 2. Niat dia
baik,untuk mendirikanmasjid dan hidup dgn org yg dia sayang secara halal namun
si lelaki tidak seperti apayang diharapkan,berubah selepas sebuah pernikahan yang
masih baru dibina.

Komen aku sendiri adalah mungkin persediaan sis tersebut dan suaminya untuk
bernikah dibuat secara tidak serius,tidak sabar untuk bernikah tanpa memikirkan
tanggungjawab yang bakal dipikul..

Wanita...sekurang2nya perlulah arif memasak masakan yang simple2...cukup la...
kerana masakan isteri adalah pengikat kasih sayang bersama suami..

Lelaki..perlulah matang dalam membuat sebarang keputusan kerana wanita sangat
memerlukan lelaki yang mampu membuat keputusan...berfikiran panjang dan tidak
mudah melatah dengan kata2 orang sekililing...

Tiada apa yang salah dalam status lecturer tersebut kerana dengan pendedahan ini
student yang berniat untuk bernikah awal akan lebih aware dan bersedia dengan
tanggungjawab yang bakal dipikul..alhamdulillah...

TAPI aku cuma sedikit terkilan kerana disebabkan satu pasangan yang telah "fail"
maka seolah2 yang lain pula yang dipersalahkan bab kata pepatah....

"kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga"

mungkin tidak adil bagi pasangan lain yang cuba untuk memberi galakan kepada 
pasangan bercinta yang masih belum sah untuk cepat2 bernikah bagi mengelakkan
zina dan sebagainya..(pendapat peribadi) wallahualam...-)

so...perkara ini aku harap berlalu begitu aje coz teguran dari madam ni adalah
untuk kebaikan semua tapi aku x taw la mamat mane tbe2 g copy paste semula
status 2 n post lagi sekali n dari post kali ini aku bace ada komen2 yang kurang
beradab dan kadang2 seolah mencerca pula (mungkin diorang upgrade tahap
kebiadaban dalam menulis kerana kali ni bukan post lecturer kot...hehe)

Aku pun baca la sume komen2 2 dan x dinafikan ada jugak la rasa bengang 2 tapi
alhamdulillah allah sedarkan aku bahawa tiada kesudahan jika amarah di lawan
dengan amarah maka aku ambik masa sejenak dan beristighfar. Bila hati kembali 
tenang aku mula menulis dan komen aku di status mamat 2 berbunyi camni..-)

student yg da kawin pernah jugak rs perasaan yg sama bila tgk pic or komen2 org da kawin sbb yg da
 kawin prnh jgk x kawin lg so mmg 100% faham la ap yg student x kawin lg rs...

sgt faham dan blh taw ap efek nye ble kita amik sume 2 dr su

dut POSITIF..

1)berusaha utk perbaiki akhlak supaya mampu menjadi khalifah bg bro n mmpu menjadi sayap kiri 


bg sis..

2)tekad utk tmbh ilmu dunia dan akhirat demi membahagiakn psgn jika allah takdirkn jodoh tiba 


dlm mse yg terdekat..

3)jika masih belum bersedia utk bernikah tanamkan tekad dlm hati supaya suci dr perkara yg couple2


 skrg bt (amik pic dekat2 n upload,komen sweet2) dan berdoa smge hnye bt cam2 ble da sah..

4)bg yg da bercouple patut rs berdosa coz skrg majo yg post pic n status sweet adalah mereka,


muhasabah diri sbb perkara 2 lbh indah ble da sah..

5)cuba utk smpaikan kepada adik2 n even cple2 dlm uia or u lain jgk yg slambe je upload pic dgn 


psgn yg x sah dgn niat..."HYE DUDE!! haram 2..nk halal akad nikah la..yg bro be gentle jmpe mak


ayah sis,yg sis ready utk jd isteri" dgn niat utk menjge maruah sahabat2 dr terus dgn perkara lagho...-)

jika kita ambil dr sudut NEGATIVE

1) EMO...for sure..

2)x husnuzan pd sahabat dan kdg2 smpai kepada tahap membenci perbuatan psgn yg sah tnpa 


sedar psgn yg masih tidak sah yg lebih perlu ditarbiyah..

3)tidak cuba utk lengkapkan diri dgn ilmu dunia akhirat even dlm hati ad keinginan utk bernikah..

so...mende ni terpulang kepada caner penerimaan kita act..

contohnya org bersedekah pun kdg2 kena kutuk
"eleh..nak tunjuk dye kaye la 2.."

org berqiamullail pn kdg2 kne kutuk..
"haa..2 nk tunjuk dye alim la 2,xpernah2 bgn solat malam"

org mengaji pun kdg2 kne kutuk..
"kama 2 mimpi masuk neraka ke..ngaji pun x lancar tbe2 bukak quran"

macam mane care penerimaan kita atas sesuatu perkara yg mulia di sisi allah kadang2


melambangkan diri kita sendiri..

sme2 la kte muhasabah diri,yg kawin or belum kawin lg..

tidak semua pernikahan itu indah .
tidak semua orang menerima nasib yang sama.
apa2 pun fikir, istikharah dulu sebelum membuat keputusan.. :")

lastly sbg penutup...

janganlah disebabkan NILA SETITIK HABIS SUSU SEBELANGA..
(cewah..bermadah lak..hehe)

sekadar berkongsi pendapat..wallahualam...-)





Aku sekadar berkonsi pendapat sebab aku rasa aku perlu concern tentang hal ni..-)

Jadi kesimpulan di sini bagi yang ingin bernikah terutama student yang ingin bernikah
persediaan itu sangat perlu,ilmu 2 sangat penting..

Ini sangat penting supaya tidak menjadi fitnah kepada pasangan lain yang berkeinginan
untuk bernikah kerana dengan masalah sosial,pembuangan bayi dan kes zina yang
dilihat semakin berleluasa sekarang  nikah di awal usia dilihat sebagai salah satu
method yang berkesan bahkan digalakkan oleh para ulamak dan ustaz...

Jika aku silap sila betulkan..aku cuma insan biasa yang cuba untuk berkongsi
pendapat...

Wallahualam...-)