Pages

Saturday, 18 June 2011

KeREdHaAnMU~~~

Ya Rabb...

Tiada lain yang ku dambakan dalam hidupku melainkan keredhaanMu. Aku sedar bahawa bukan mudah untuk mendapat redhaMu,bukan senang untuk memilikinya. Pernah satu ketika Kau biarkan aku jauh dari redhaMu. Aku hanyut dalam arus dunia yang mencabar,aku lupa pada ajaran Rasululullah SAW dan yang paling menyedihkan aku lupa bahawa Kau sentiasa memerhatikanku.

Ya Rabb...

Tapi Kau  Maha Pengampun dan Maha Penyayang,setelah Kau biarkan aku hanyut dalam arus duniawi,Kau kembalikan aku kembali untuk membantu agamaMu. AturanMu terlalu sempurna,Kau berikan aku merasai keseronokan duniawi yang tidak kekal lalu Kau berikanku merasai kemanisan iman yang kekal ke syurga kelak. Perbandingan yang amat dahsyat perbezaannya sesungguhnya benar ya allah,keseronokan dunia hanya hiasan semata-mata dan tidak kekal.

Ya Rabb...

Kini aku berjuang diatas namaMU,biarpun dengan caraku sendiri tapi hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku saat aku melakukan sesuatu. Kau tidak kurniakan aku kelebihan untuk tampil secara 'islamic' di hadapan khalayak ramai tapi aku tetap yakin dengan perancanganMu yang merencanakan aku dengan personaliti ini. Sesungguhnya perjalanan ini amat sukar dan menguji diriku yang lemah dan sering terjatuh.

Ya Rabb...

Hari ini aku diuji dengan sesuatu yang menggetarkan jiwaku. Adakah aku sudah bersedia?? Berkali-kali soalan tersebut aku ajukan kepada diriku sendiri namun tiada jawapan. Sesuatu berbisik difikiranku 'jika kau merasakan kau tidak mampu melakukan dengan alasan ilmu yang masih belum cukup maka ketahuilah bahawa ilmu tidak pernah cukup,lakukannya mengikut kemampuanmu' kata-kata yang memberiku semangat untuk meneruskannya. Lalu berbekalkan apa yang ada dalam diriku,aku melakukannya.

Ya Rabb...

Berakhirnya hari ini,bermakna aku telah memulakan hidup baru dengan kehadiran pihak yang baru dalam rencana kehidupanku. Kesanggupanku untuk meneruskannya bermakna kesanggupanku untuk menerima amanah yang tak ternilai harganya. Kesanggupan yang lahir dari hati selepas istikharah yang menyatakan bahawa ini jalanku dan ini pilhanku. Bukan kesempurnaan yang kucari tapi hanya keredhaanMu ya allah, bukan kecantikan yang kudambakan tapi ketakwaan yang memikat hatiku dan bukan kekayaan yang kuimpikan tapi cukuplah yang mampu membuatkan aku merasakan memiliki seluruh dunia dan seisinya.

Ya Rabb...

Walaupun tubuh terasa begitu lesu namun mataku masih tidak mampu tertutup rapat. Kesyukuran nyata menghalangku dari merehatkan badan tatkala mengenangkan perancanganMu yang terlalu indah dan tidak mampu kubayangkan walaupun seribu tahun khayalanku. Diriku Kau pisahkan sementara untuk Kau pertemukan kembali dalam keadaan yang jauh lebih mulia dan diberkatiMu. Sungguh indah perancanganMu dan sungguh Kau tuhan yang memahami setiap yang bermain dalam hati dan fikiranku.

Ya Rabb...

Tetapkanlah hatiku dalam keredhaanMu agar bertambah cintaku dalam mencintai hambaMu hanya keranaMU~~~


video

No comments:

Post a Comment