Pages

Friday 16 September 2011

In A Relationship~~~

Bismillah...


Terdetik hati untuk berkongsi sesuatu disini dan mungkin akan ada yang
terasa hati tapi seperti kata pepatah arab "berkatalah benar walaupun
ia pahit"..spe setuju? hehe

Aku bukanlah baik sangat tapi sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku
di hati,ye la..da nama pun ni blog aku suke ati la aku nak tulis apa..hoho

Cite nye bermula camni,dari aku sekolah lagi aku tengok budaya couple
ni cam da jadi trend je smpai sape yang xde pkwe/mkwe siap kne panggil
loser...teruk kan? haha

Tapi bile aku masuk ipt aku ingat mende ni da xde la coz aku fikir sume
orang da dewasa dan fikir sal hubungan yang lebih serius untuk masa
depan dan bersedia untuk pikul tanggungjawab.

Yang mengecewakan aku bile tengok orang yang bercinta dan xde arah tuju
atau lebih tepat lagi nak "beronok-ronok-ronok" je...isy3~~

Yang jenis camtu yang buat aku baran je rasa,kalau couple dan ada perancangan
untuk bernikah ok la jugak (tapi jgn la lame2 sgt b'couple 2..byk fitnah t) sebab
nampak la ada usaha untuk terima tanggungjawab.

Aisy..nampak cam emo lak aku ni tapi sebenarnya cam nak emo jugak ni..haha

Da macam mana aku x emo,bile kita nak cari keredhaan allah ada je mulut yang
dengan lantangnya bersuara keras dan mengkritik dengan yakinnya
seolah-olah ilmu yang mereka miliki persis seorang profesor atau ustaz.

Ni nak tunjukkan 2 situasi berbeza...

Kes satu
~~~ POLAN BIN SI POLAN
in a relationship with NURUL POLAN BINTI SI POLAN
comment~~~waa...sweet la korang,sme2 cute!! ak doakan korg bahagia
                     sbg psgn KEKASIH..

Kes dua
~~~POLAN BIN SI POLAN
married with NURUL POLAN BINTI SI POLAN
comment~~~eh..korg blaja lagi kan?mude lg..ap la awal2..'enjoy la dulu.                    
                     cm x bez je jd psgn SUAMI ISTERI skrg..

Hmm..dua situasi berbeza,sama2 melafazkan cinta antara satu
sama lain tapi dunia hari ini lebih memandang tinggi cara yang
diaplikasikan oleh yahudi berbanding yang dianjurkan oleh junjungan
besar nabi muhammad s.a.w.

"Janganlah kamu menghampiri zina kerana ianya keji dan jalan yang jahat"

Bukankah membiarkan dirimu bergaul rapat dengan seseorang yang boleh
kamu nikahi itu dikira sebagai menghampiri zina?

ZINA itu sudah pasti HARAM tapi dalam allah tetap melarang hambanya
menghampiri zina.

Macam mana nak taw kita ni menghampiri zina ke x? tepuk dada tanya iman.

Seperti kata mursyidul am pas ustaz nik aziz bahawa mata sangat
berhubung kait dengan kemaluan kerana bilamana mata memandang
sesuatu yang 'indah' maka akan berlaku perubahan pada bahagian
tersebut...believe me?? u feel it...hehe

Ini la realiti hari ini,bila sahabat 'in a relationship' ucapan tahniah akan
diberikan tapi bile sahabat 'menjalin ikatan' macam2 kritikan yang
mereka berikan sehinggakan kadang2 melemahkan semangat
sahabat yang ingin mendirikan masjid..tidakkah itu kejam?

Semoga islam menjadi cara hidup kita kerana sebagai seorang muslim
islam is the way of life...bukan yahudi mahupun nasrani

Bertambahnya bilangan kes zina dan buang bayi pada zaman ini kerana
peratus kahwin lambat semakin meningkat.

Jika dibandingkan dengan dulu masa zaman mak dan nenek kita kes
buang bayi ni x de la sangat kan? sebab diorang kawin awal...

Orang selalu cakap zaman dulu dan sekarang lain,sekarang ni kne
kumpul harta dulu baru kawin tapi sedarkah kita tuntutan nafsu
dan keinginan untuk perkara "ITU"  x pernah berubah biar
di zaman mana pun kita..(spe setuju angkat tangan sekarang)

Rasa setakat ni je kot nak bebel...bagi yang terkesan ampun maaf
dipinta..bukan emo tapi sekadar berkongsi ilmu...-)

No comments:

Post a Comment