Pages

Monday 30 July 2012

Ramadan Seorang Suami

Bismillah....


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...hehe
Even hari ni dah 1/3 ramadhan tapi baru ada peluang mengucapkan selamat datang
kepada ramadhan dalam blog ni.

Siyes...lame giler x dapat peluang nak update blog ni ha,berbulan-bulan jugak la.
Nak buat caner, tenet sekarang ni da susah skit nak dapat. Almaklum la sekarang
da stay kat luar so da x dapat nak gune tenet uia slalu...hehe

Alhamdulillah da 5 bulan lebih aku bergelar suami dan menjalani hidup sebagai
pasangan yang halal di sisi Allah swt. Dapat sewa rumah kat luar membuatkan
aku lebih merasai suasana hidup berkeluarga,x mahal pun sewa aku bayar,
RM200 je sebulan...tolak blanje makan kat luar n masak sendiri kat rumah
bile buat audit semula same je dengan perbelanjaan before kawin, tah2  lagi
jimat kot...hehe



Hari pertama sambut ramadhan aku dan isteri berjauhan,dia di keratong dan aku
lak dalam perjalanan balik ke pekan. Bukan x nak sambut ramadhan bersama tapi
bagi aku sebagai khalifah yang mengatur rencana hidup kami, aku rasa tahun ni
biarlah kami menggembirakan hati parents untuk menyambut ramadhan bersama
mereka kerana dengan restu mereka kami dapat dinikahkan pada usia yang muda
ni...hehe

Ternyata pilihan aku untuk berjauhan sementara tepat kerana aku lihat isteri berjaya
menggembirakan hati umi,ayah dan adik2 ipar yang semua balik utk menyambut
ramadhan bersama di rumah. Dan aku pula?? aku disambut dengan pelukan dan
linangan air mata oleh mak yang x sangke aku balik (aku buat suprise...hehe) aku
berbuka di rumah mak dengan gembira bersama family aku dan isteri bersama familynya.

"satu kebahagiaan melihat orang yang kita sayangi bahagia,MISSION ACCOMPLISHED!!"


 BERBUKA???

Ramadhan yang seterusnya kami lalui bersama sebagai pasangan suami isteri 
yang baru kali pertama menyambut ramadhan bersama. Ape yang bez?? ni 
yang nk cite skit...hehe Syukur sangat2 aku dikurniakan seorang isteri yang 
pandai memasak so memang x jadi masalah untuk dia memasak apa yang aku
nak. Yang paling bez bile aku nak makan masakan yang biase mak aku masak
kat rumah aku akan call mak n isteri akan mintak resepi dari mak. Dan outcomenye 
memang aku tabik spring r...99% kot sme dengan rasa yang mak masak..
(2 baru mintak resepi dlm fon je,kalo prkatikal sure 100%..hehe)

SAHUR???

Aku ni jenis yang malas nak bangun sahur sebenarnye,sepanjang aku stay kat
asrama dari 2003 (form 1) smpai la tahun lepas (bujang lagi) boleh dikatakan 
memang x sampai half la dalam sebulan 2 aku bangun. Selalu bangun jap g minum 
air pas2 tido semula..hehe..(nak dapat berkat sahur) tapi tahun ni da 10 hari pose 
ni sehari pun lagi aku x  pernah miss,ari2 kne bangun sahur..-)

Hidup sebagai suami isteri ni memang diakui x mudah tapi siyes x susah.
Maksudnya ia antara mudah dan susah,tengah2 la...hehe tapi yang paling penting
dan buat orang suka kepada perkahwinan ni adalah KEBAHAGIAAN...

Tiada manusia yang sempurna,walau sehebat mana pun seseorang itu akan 
ada jua kelemahan pada dirinya dan oleh sebab itu la allah menjadikan manusia
ni berpasangan antara lelaki dan wanita. Aku nak cite detail pun x pandai jugak 
tapi siyes selama 5 bulan perkahwinan ni aku rasa dia memang da lengkapkan kan
hidup aku dan aku  pun rasa2 da lengkapkan hidup dia..insyaallah...-)

Hmm...caner nak bagi lagi clear ye,ok la...aku bagi satu contoh paling mudah..

SITUASI 1
isteri aku  ni jenis seorang yang susah nak buat keputusan atas sesuatu perkara dan
aku ni pulak  memang dari dulu lagi jenis yg bertindak sbg decision maker..so kat sini
aku da melengkapi dia..


SITUASI 2
aku ni lak kalau buat satu kerja 2 memang fikir nak siap je,kualiti aku x amik berat 
sangat tapi isteri aku ni memang sgt melihat kualiti sesuati kerja terutama kerja rumah 
so bile aku buat  keje dye akan bertindak sebagai penilai.


Alhamdulillah...melalui sebuah perkahwinan kekurangan kami telah dilengkapi dan 
kelebihan kami semakin dapat digunakan ke sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat...
so apa lagi?? NIKAH la cepat!!! 

"NIKAH...connecting people through halal way..hehe"


Ni nak cite satu isu lain lak...-)

"kama...bile aku nak jadi pakcik ni?"

"weyh..anak buah aku mne?"

"da bape bulan ea ko nikah...da ad?"

dan yang paling x ley bla...

"Haaa....bini ko da PREGNANT ke???"



Haha...ini la kerenah sahabat2 yang concern dengan perkembangan aku,macam2
soalan yang diorang tanye tapi setakat ni ak cool je jawab..

"setakat ni xde lagi, doakan la yang terbaik untuk kitorang ye...-)"


dan kadang2 aku ada tambah..

"kalau doa dapat KEMBAR pun ok jugak...hehe" 

So...kat sini aku nak mohon kat kawan2 (kalau ada yang bace la blog ak ni..haha)
tolong la doakan yang TERBAIK buat aku dan isteri ye?? semoga dengan doa
korang allah beri yang terbaik buat aku dalam hidup sebagai suami isteri. 

Ramadhan kali ni sangat bermakna buat aku kerana kini aku telah berada di fasa
baru sebuah kehidupan iaitu menjadi seorang SUAMI...

p/s-jgn lpe doakan ye..hehe 

wasalam...-) 


 


No comments:

Post a Comment