Pages

Friday 6 May 2011

UjiAn~~~

                      Kadang-kadang ada jugak aku terfikir,nape la mase aku kecik-kecik dulu aku nak sangat jadi orang besar. Aku x sabar nak besar sebab aku tengok orang besar boleh buat apa je yang diowang nak buat, boleh buat keputusan sendiri,boleh g mane-mane je yang diowang nak dan yang paling best aku tengok xde orang pun nak marah kalau kita da besar. Aku anak ke 5 dari 6 orang so dari kecik aku memang da selalu kena marah,bukan je dengan mak dan abah tapi dengan abang-abang dan akak-akak aku. Memang frust la kan asyik kena marah je sebab tu la aku nak sangat cepat-cepat besar so aku kena marah dan aku boleh marah orang...haha


                       Dengan pemikiran sedimikian aku teruskan hidup,pada usia 16 tahun aku mula merasakan aku sudah dianggap besar dan mampu membuat keputusan sendiri dan alhamdulillah aku bersyukur kepada allah kerana aku sudah tidak menjadi "kanak-kanak" lagi di dalam family. Banyak kali jugak la akak-akak aku datang melawat aku di asrama jika ada masalah dlm keluarga dan buah fikiran aku diperlukan untuk berbincang dan membuat keputusan dan seringkali juga buah fikiranku diterima. Aku sangat gembira dengan keadaan tersebut dan akhirnya apabila aku berusia 18 tahun aku sedar menjadi orang dewasa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan tapi sangat membebankan.


                        Dan dengan keputusanku sendiri tanpa dipengaruhi oleh mane-mane pihak aku mengambil keputusan untuk memasuki universiti islam antarabangsa(UIA) sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Alhamdulillah pengajianku di uia pj tidak mengalami sebarang masalah dan aku berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di uia gombak dlm jurusan kejuruteraan pembuatan. Semasa di uia gombak aku diuji dengan keputusan exam yang membuatkn aku rasa down sangat tapi aku kuatkan azam dan semangat untuk teruskn dengan usaha yang lebih. Pada sem kedua aku telah benar-benar menjadi kama yang lain daripada sem pertama,aku benar-benar bertekad untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang.. Apa yang aku da buat?? Ada aku da list kat bawah ni.....
1) yang paling penting aku da x ponteng kelas cam sem lepas,if aku terpaksa ponteng mesti aku sakit or ada    urgent kes....
2)aku masuk kelas tambahan(sleu) dan malam aku susah sangat aku nak rs rilek coz sentiasa aku penuhkan     dengan aktiviti,isnin,selasa n khamis ad kelas malam n rabu ada usrah..klau ad meeting aku akan g pas habis    kelas
3)banyak masa aku habiskan kat cafe waktu siang sebab nak study. Aku kenal diri aki caner,if aku balik bilik pas kelas mesti aku tido dan sebab 2 aku rela stay kat cafe dan study(boleh jimat duit myk moto skali...hehe)
4)rasa-rasa sem ni aku lebih tekankan keperluan rohani dan jasmani tapi hanya Allah yg Maha Mengatahui, wallahualam....
5) Yang pasti aku rasa aku yakin aku da mampu ubah diri dan jadual hidup aku lebih teratur dari sem 1.
          

                      Berbekalkan jadual yang padat dan ilmu yang telah aku miliki selama satu sem aku melangkah kaki ke dewan exam dengan yakin(xde r yakin sangat pn...haha) dan alhamdulillah selepas penat bertungkus lumus akhirnya exam habis dan aku hanya mampu berdoa semoga allah berikan result yang terbaik buat aku, amin............................................result pn kuar,dengan  debaran aku cek result dan~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~Ya Allah...mengapa begitu berat ujian yang kau berikan kepadaku ini...tidak mahukah Kau menggembirakan hambaMu ini??
~~~~~~Aku telah lakukan yang terbaik tapi kenapa hanya ini yang Kau berikan kepada aku,aku sangat kecewa dengan keputusan ini,tidak Kau lihat aku telah mencuba sehabis daya?? Kau pernah berfirman "tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka sendiri tidak berusah mengubahnya" aku telah berubah....
~~~~~~Kenapa DYNAMIC?? ketahuilah tuhanku,dlm semua subjek yang aku ambik sem ni dynamic adalah subjek yang paling-paling-paling banyak aku habiskan mase untuknya,demi allah aku sangat menyukai subjek ini dan seringkali aku membuat revision dan latihan...knp DYNAMIC ya Allah??
~~~~~~subhanallah....dengan usaha aku di sem ke 2,result aku de sem 1 lebih baik,di mana silapnya ya Allah??adakah aku memang tidak ditakdirkan menjadi seorang engineer??


                               Persoalan itulah yang bermain dalam fikiran aku saat aku melihat result,aku kecewa,aku sedih dan aku rasa sangat malu pada diri sendiri. Aku sedar aku adalah harapan keluarga,keluarga aku tidak dikurniakan kelebihan dalam pendidikan,hanya aku seorang yang mampu melanjutkan pelajaran ke universiti dan aku memikul tanggungjawab yang besar ini. Aku buntu..caner aku nak bg taw pad mak??abah?? Aku malu........kali pertama dalam seumur hidup aku menangis disebabkan pencapaian akademik lalu dengan linangan air mata aku khabarkan kepada mak tentang keputusan exam aku. Dengan tenang mak menjawab "sabar acik...mungkin belu rezeki awak lagi yang penting teruskan usaha" dan dengan hati yang berat aku masuk ke bilik. Dalam tangis aku tertidur..........


                               Aku dikejutkan oleh abang aku,dia ajak aku g keje. Berat rasa hati nak g tapi aku berfikitan positif dan terus ikut je abang aku. Aku lebih banyak berdiam diri,teh nampak cam faham keadaan aku(mybe mak ad cite kot) dan hanya biarkan aku berdiam dan mengalamun sepanjang perjalanan. Sampai di pasar malam aku dan teh terus membuat persiapan utk mula menjual. Tiba-tiba hujan lebat dan angin yang t'amat kuat datang dan hampit menerbangkan payung serta barang-barang yang lain. Dengan keadaan camtu aku dapat tengok ramai peniaga lain yang balik keran tidak yakin dengan keadaan cuaca. Lebih 50% peniaga yang mengambil keputusan untuk balik tapi aku dan teh masih dengan keputusan untuk teruskan dan tunggu sehingga cuaca elok,sejuk x yah cakap la. Aku da la tengah sedih tapi keadaan camtu buatkan aku lebih ingat Allah dan banyakkan berdoa coz setahu aku doa semasa hari hujan ni nudah dimakbulkan.


                              Selepas sejam menanti akhirnya hujan mula renyai dan angin mula reda bertiup dan berbekalkan sisa tenaga yang ada kami meneruskan jualan. Dalam kesejukan dan ujian yang telah aku lalui terasa Allah begitu dekat dengan aku,selepas menunaikan solat asar dan maghrib beralaskan tikar di tepi kereta hati aku jadi lebih tenang,aku sudah mampu tersenyum dan meneruskan kerja dengan lebih teratur. Alhamdulillah....ayam yang kami bawa pada hari tersebut SOLD OUT!!! haha...x sia-sia kami kuatkan azam untuk terus menanti hujan dan angin reda. Lalu aku kaitkan apa yang aku lalui untuk jual ayam ni dengan perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar,aku andaikan kini aku berada dalam fasa di mana kami dilanda hujan dan angin yang kuat. Jika aku mengambil keputusan untuk terus pulang seperti kebanyakan peniaga yang lain kami akan dapat NOTHING!!! tapi berbekalkan KEAZAMAN dan KEYAKINAN kami teruskan jua dan alhamdulillah SOLD OUT!!! kini aku taw ap yang aku perlukan,bukanlah titisan air mata atau penyesalan tapi aku perlukan KEAZAMAN dan KEYAKINAN.....


                           Aku bersyukur kerana Allah tunjukkan aku jalan untuk keluar dari kesedihan dengan cara ini,Dia buat aku lebih berfikir,Dia tunjukkan aku apa yang aku perlu buat. Memang aku berusaha kuat tapi Allah lebih mengetahui dan aku yakin perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Tidak aku nafikan rasa sedih masih ada tapi aku redha dan percaya pada qada' dan qadar. Begitulah besar kuasa allah Dia tidak bercakap secara terus dengan hambaNya tapi memberi petunjuk dan jalan dalam setiap masalah melalui apa yang kita lalui dan membuat kita BERFIKIR akan sesuatu.


                          Kini aku lebih termotivasi dan aku akan lebih berusaha kuat. Aku akan pegang janji yang telah aku lafazkan kepada mak dan abah bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi seorang engineer atau pensyarah. Insyaallah...kata-kata aku itu akan aku kotakan dan semoga Allah merahmati perjuanganku ini. Ya..Allah...bantulah aku untuk menjadi anak,suami,adik,manusia yang soleh yang bermanfaat buat seluruh umat..amin~~~~

"DISEBALIK SESUATU,ADA SESUATU"

2 comments:

  1. semoga lebih tabah,aku pun pernah alami situasi yang sama macam tu. alhamdulillah bila semuanya berlalu baru aku nampak hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. yakinlah dgn setiap janji2 Allah..sesungguhnye Dye maha mengetahui ap yg tidak kite tahu..
    kdg2 Allah datangkan hujan sbb Dye nk bg pelangi yang indah pd kite...
    sentiasa bersangka baik dgn Allah..
    Allah maha bijaksane dlm mengatur perjalann yg terbaik utk hamb2nye..
    jgn pernah berhenti berusaha..kejayaan pasti tibe,,bezanye cume cepat atau lambat..yakinlah pd tali Allah..
    sntiasa berusaha krn Allah semate-mate...
    a winner never quit...
    a quitter never win...
    pliiss..choose to be the winner..
    innallahama'assobirin..
    sabar itu pahit,,tapi hasilnye manis yg membahagiakan...

    ReplyDelete