Pages

Thursday 31 May 2012

Sebuah Kehidupan~~

Bismillah...



Setiap manusia diciptakan Allah dengan akal fikiran dan inilah yang mampu
membezakan manusia dengan haiwan.

Bukan mahu menghina haiwan ciptaan allah tetapi ingin menegaskan bahawa
manusia adalah makhluk yang tinggi darjatnya di sisi allah iaitu sebagai
khalifah di muka bumi.

Susah ke nak jadi pemimpin yang adil? Sebenarnya tidak terlalu sukar jika
kepimpinan berlandaskan al-quran dan sunnah menjadi pegangan.

Sebab 2 la perkara yang paling penting perlu ada sebagai pemimpin adalah
ilmu,sesuatu yang tidak akan berkurang apabila digunakan bahkan semakin
bertambah.

Semakin hari debaran PRU semakin dirasakan,x dinafikan aku juga rasa
terkesan dengan apa yang terjadi di sekeliling.

Mungkin ada yang kata aku suka berpolitik,x bersyukur dengan nikmat tapi
aku yakin ramai lagi yang x mampu berdiam diri bilamna kemaksiatan
terang-terangan disuapkan.

Bukan bermaksud bila aku cuba bersuara aku adalah yang terbaik..
TIDAK SAMA SEKALI...aku cuma hamba yang dipinjamkan nyawa
dan tubuh badan yang mana tidak sanggup melihat agama yang mana
milik pencipta diinjak-injak sesuka hati.

Aku akui pembangunan yang telah dijalankan tetapi apalah guna bangunan
yang tinggi melangit jika sahsiah kita lebih teruk dari ciptaan yang tidak
mempunyai akal.

"Aku lebih rela hidup dalam ketidaksempurnaan selagi mana cara hidup
islam diaplikasikan daripada hidup dalam kesempurnaan  bila mana cara
hidup kafir diaplikasikan"

Ketidaksempurnaan dan kesempurnaan yang dimaksudkan disini adalah dari
segi material semata-mata,rumah,kereta dan keperluan asas kerana aku
yakin bila mana islam dijadikan panduan hidup maka akan terisilah rohani
seorang muslim.

Aku nak petik kata2 cat steven yang aku baca kat fb tadi,lebih kurang camni..

"Cara hidup barat adalah seolah-olah kapal yang hampir tenggelam namun 
banyak orang islam yang berlumba-lumba membeli tiket untuk menaikinya"

Kenapa aku suka dengan quote dye ni? Sebab dye berasal dari sana dan lebih
arif tentang keadaan di sana.



Islam itu indah..islam itu cantik...islam itu sempurna...namun jika muslim sendiri
tidak mahu mengaplikasikan islam dalam kehidupan seharian cuba
bayangkan apa pandangan non-muslim kepada islam??

Jangan 100% menyalahkan mereka bila islam dilabelkan sebagai terrorist
tetapi cuba lihat bagaimana our attitude.

Suka saya mengajak kita semua menyingkap kisah nabi muhammad s.a.w
dalam peristiwa di mekah dan madinah.

"""Satu hari umat islam datang ke sana untuk beribadat kepada allah lalu ikramah
yang ketika itu masih kafir cuba menghalang baginda.
Baginda memecahkan islam kepada 4 bahagian kerana ingin memasuki kota
melalui 4 laluan yang berbeza.

Mendengar berita ini ikramah dan tenteranya mengambil keputusan untuk
menyekat salah satu dari kumpulan ini kerana kekurangan tentera.

Namun malangnya tentera ikramah telah tewas...

Alangkah terkejutnya mereka apabila memasuki kota kerana kebanyakan dari
ahli keluarga mereka telah memeluk islam dengan rela hati """

Kenapa?? kerana baginda nabi muhammad s.a.w menunjukkan islam yang
sebenar dalam kepimpinan baginda. Penduduk kota yang pada asalnya
berkobar-kobar semangat membenci islam selepas dihasut oleh ikramah
dengan rela hati memeluk islam.

Nah...cuba ceritakan apa yang tidak kena dengan islam?

Cuba kita tanyakan kepada diri kita,perjuangan mana yang lebih penting.
Perjuangan untuk melayu atau perjuangan untuk islam??

Teringat kata-kata sultan brunei x lama dahulu semasa brunei mempraktikkan
hudud...

"Siapalah kita untuk mengatakan tidak,belum tiba masa untuk undang-undang 
yang ditetapkan oleh allah"

Aku bersuara kerana aku juga tidak sempurna oleh itu aku berharap jika satu
hari nanti aku dalam kelalaian ada yang akan bersuara..

Alhamdulillah...da berusia 22 tahun semalam,tahun ni special skit bday coz
isteri tercinta sentiasa ada kat sebelah...hehe

Dapat hadiah..dapat surat cinta...fes time dapat surat cinta...syukran sayang!!
i love u sangat2...hehe..

No comments:

Post a Comment