Pages

Wednesday 21 March 2012

Tanggungjawab suami dan isteri

Bb

Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami 
terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaga
 seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya 
    selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.


Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan.
 Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang 
    antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang
 melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak 
ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. 
InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang 
dan penuh berhikmah.

No comments:

Post a Comment