Pages

Wednesday 29 February 2012

Cerita Kite~~~-)

Bismillah....

Alhamdulillah...syukur kepadaNya kerana memberi keizinan untuk aku terus
berada di muka bumi ini, dipinjamkan nyawa dan kesihatan dan yang paling
utama diberikan nikmat imandan islam yang x semua manusia dapat dan rasai.

Dikesempatan ini aku nak berkongsi serba sedikit apa yang telah aku lalui
dalam masa terdekat ini. Selalu kita dengar perubahan status seorang remaja
di awal usia 20 an daripada 'single' kepada 'in a relationship' tapi mungkin agak
pelik jika perubahan itu daripada seorang BUJANG kepada SUAMI.

Pada 17 feb 2012 alhamdulillah aku telah melengkapkan sebahagian daripada
imandengan mengikut sunnah rasulullah dengan sebuah pernikahan yang mendapat
restu kedua belah pihak. Majlis yang pada asalnya dirancang untuk dibuat secara
sederhana oleh kami tapi akhirnya menjadi sebuah majlis yang tidak kurang
hebatnya berbanding majlis perkahwinan yang biasa kita lihat, syukran jazilan
kepada family atas sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan.
                         
NURUL 'ATIKAH BINTI ASMUNI seorang gadis yang sederhana dalam
keperibadian,mentaati ayah dan umi nya, solehah budi pekertinya dan sangat
cantik bagi pandangan mata aku. Pertemuan semula yang mencuri hatiku dan
akhirnya aku melamar dengan penuh yakin dan konfidennya..-)

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Merisik khabar berita
Masihkah ada peluang untukku melafazkan cinta...

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa.

Hanya tuhan yang tahu betapa aku bersyukur apabila lamaram diterima,gadis
yang aku kagumi keperibadiannya telah sudi menerima aku dalam hidupnya.
Kebahagiaan yang dirasakan saat itu masih segar dalam memori sehingga kini
dan insyaallah akan sentiasa mejadi kenangan terindah.

Ada kawan2 yang tanye aku caner boleh kenal zaujah aku ni?? Meh nak
cite skit...Tahun 2003 aku adalah seorang pelajar di SMKAP,mse ni aku
dengan dia sekelas. Sempat la aku usha dye jap tapi hampeh...x layan
pun...huhu Ditakdirkan allah aku x lame kat sekolah 2 coz dalam tahun yg
same aku pindah ke SBPI PEKANdan mase 2 aku fikir mungkin dia bukan
jodoh aku...(cewah...cinta monyetkah??)

Pada bulan march 2011 aku dipertemukan semula dengan dye selepas
hampir 8 tahun terpisah dan x bertanya khabar. Melalui kawan zaujah aku ni
(orang tengah) kami mula berhubung semula, menjalin ikatan pertunangan pada
2 july 2011 atau lebih tepat lagi 4 bulan selepas 'perkenalan'.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan akhirnya selepas lebih
7 bulanmengikat tali pertunangan kami telah diijabkabulkan pada 17 feb 2012..

                                         
Tiada lafaz yang mampu diucapkan melainkan kalimah ALHAMDULILLAH
atas nikmat yang telah dia kurniakan

WALLAHUKHAIRULMAKIRIN~~~~~

Siapa sangka 'sahabat' lame yang telah sekian lama terpisah merupakan jodoh
yang allah pilih buat aku??

Siapa sangka seorang bakal ustazah dengan rela hati menerima lamaran seorang
lelaki seperti aku??

Dan aku sendiri x sangke bahawa jodoh aku adalah dengan dia di saat kami
masih lagi bergelar seorang pelajar...

Kita hanya mampu merancang....-)

Ada orang tanya aku "kama,bez ke kawin???' Aku x taw nak jawab caner,
let this pic tell u everything...

                                
 
                                       


                                           
Haha...jelez x? jelez x? Juz nak bagi sedikit gambaran betapa indahnya
sebuah perkahwinan dan indahnya sebuah perhubungan yang sah dengan
redha dan kasih sayang Allah.

"mengapa pilih yang haram? yang sah kan ada...syoknya kawin!!!"

Sampai sini dulu buat masa ni coz jap lagi my beloved wife ajak gi teman
beli jubah untuk majlis akad nikah abang jumaat ni (langkah bendul kan ak? haha)

Insyaallah...di masa akan datang aku nak share step2 caner aku
boleh dapat kawin ni or orang cakap tips2 kawin awal..(betul ke?)

akhir kalam.....wasalam...-)

4 comments:

  1. Kama nie~~~~~ saja je kan nak buat orang jeles. dah la ari tu makan berdua kat HS. huhuhuhuhu untunglah dapat kawen awal :p

    Tahniah ye untuk kama dengan tika :)

    ReplyDelete
  2. salam.. tahniah atas pernikahan.. nama akak sama dengan zaujah kamu.. dan akak pernah sebilik dengan zaujah kamu.. akak x-smkap juga.. dan insyaAllah bakal menamatkan zaman bujang bersama dengan smkapian juga.. you know what.. citer kisah antum berdua ni lebih kurang life story akak aje..NICE... semoga berbahagia ke anak cucu.. barakallahulakum..

    ReplyDelete