Pages

Thursday 17 November 2011

Diari Seorang Abg~~

Bismillah..


*********************************************

1993

Keadaan rumah kelihatan sedikit kelam kabut kerana suri hati mahmad khairai bin osman
baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel.

Dikurniakan kulit yang cerah dan wajah yang comel membuatkan ramai yang memuji
anak ke-6 pasangan bahagia ini.

Namun...dalam kesibukan menyambut kelahiran cahaya mata baru itu mereka terlupa
bahawa sepasang mata sentiasa memerhati bayi comel tersebut dengan penuh minat.

Kini masa telah tiba..adik,putera bongsu pasangan itu mengatur langkah memasuki bilik
dimana bayi comel itu sedang nyenyak tidur selepas kenyang menghisap susu.

Tiada sesiapapun menyedari kehadiran putera bongsu itu di kamar adiknya,puteri bongsu.

Lembut diusap tangan dan kaki bayi itu dengan penuh kasih-sayang.

COMEL!!!!

Putera bongsu yang berusia 3 tahun itu masih tidak mengerti apa yang berada di hadapannya itu,
kenapa semua menyanyangi dan membelainya..bukankah dia yang sentiasa dibelai sebelum ini??

Tangan kecil putera itu mencapai bedak johnson baby di sebelahnya.

Dia teringat semasa kak long meletakkan bedak di mukanya selepas dimandikan,kak long
kelihatan begitu semangat melakukannya lalu terlintas di fikirannya untuk membuat
perkara yang sama.

Bedak dibuka lalu dicurahkan sebanyak mungkin ke muka bayi comel itu,tidak terganggu
bayi yang telah kekenyangan dengan bedak yang telah penuh menyelaputi muka.

Kak Long!!! Kak Ngah!!! Mane adik??
x taw....tanye kak long...
ap lak...tanye kak ngah...

Mereka saling tuduh menuduh.

Ya Allah!!! Anak aku...

Jerit ibu kepada bayi comel itu.

Dengan wajah ceria putera bongsu tersenyum memandang wajah ibunya yang sangat terkejut.
Wajah bayi yang kemerahan itu telah dipenuhi dengan bedak.

Adik...kenapa buat baby camni? Sian baby ni taw..

Pujuk ibunya sambil meniup bedak yang menyaluti muka bayi tersebut.

Adik kena tolong mak jage baby taw? ni adik bongsu adik...

Nak marah x boleh sebab kecil lagi,hanya ayat memujuk yang dilontarkan oleh ibunya.

Sekarang barulah dia sedar bahawa bayi dihadapannya itu adalah adik bongsu dan itu bermakna
putera bongsu itu bukan lagi ANAK BONGSU..takhta telah dirampas!!!


*********************************************

1996

Mak teman la acik g tadika ye? acik takut.

Pujuk adik yang kini telah dinaikkan pangkat sebagai adik.

Mak x boleh,kan dik nor ada kat rumah,mak nak jaga adik. Acik pergi sendiri ye?
Mak suro anak jiran teman,pergi same2..

Ayat disusun rapi oleh mak supaya acik pergi ke tadika tanpanya.

"Ye la...acik pergi sendiri je...Assalamulaikum."

Acik berlalu menuju ke tadika dengan rasa kecewa.

"Asyik-asyik adik,sibuk je lahir!!!"

Ngomel kanak-kanak tadika berusia 6 tahun itu.

*********************************************

1998

"Mak!!!! Teh dengan acik nak keluar!! Diorang nak g mancing."

Jeritan dik nor membangunkan mak dari tidur tengah hari tapi telah terlambat
kerana teh dan acik terlebih dahulu memecut basikal menuju ke tasik.

"Berani pergi mancing lagi!!"

Gertak abah

"Tak!!"

Serentak teh dan acik menjawab.

Kejadian siang tadi telah dilaporkan kepada abah oleh mak dan dik nor lalu teh dan acik
menerima habuan,TALI PINGGANG....


 ********************************************

2000

"Mak...nape nak pindah? x bez la...suka tinggal kat rompin ni"

Acik meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka terpaksa berpindah ke pekan.

Bukan tidak suka tapi terasa sayang untuk meninggalkan tempat yang telah di diami
sejak kecil lagi.

Acik dan dik nor dibesarkan sejak kecil lagi di rompin lalu mereka bersepakat untuk
memujuk mak dan abah supaya tidak berpindah.

Tetapi apalah daya seorang anak berusia 10 dan 7 tahun,mereka terpaksa akur.

Dik nor memulakan sesi persekolahan darjah satu di sekolah baru manakala acik
serta teh menyambung persekolahn darjah 4 dan 6 di sekolah yang sama.

Teh dan acik diberi tanggungjawab untuk menjaga adik nor semasa sesi persekolahan.

Seringkali teh dan acik bergilir-gilir melewati kelas adik nor untuk memastikan adik
bongsu mereka berada dalam keadaan selesa di sekolah baru..

KASIH ABANG KEPADA ADIK...-)


********************************************

2002



Tinggal kurang dari sebulan lagi acik akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
oleh itu guru sibuk membuat kelas tambahan kepada pelajar bagi memastikan mereka mampu
menjawab dengan baik pada hari peperiksaan.

Masa persekolahan bagi pelajar tahun 6 disambung pada sebelah petang.

Mereka tidak dibenarkan pulang dan perlu membayar yuran makan kepada sekolah untuk
menyediakan makanan tengah hari.

Acik tahu bahawa abah dan mak tidak mampu dan kerana itu setiap kali kelas tambahan diadakan
acik akan makan bekal yang di bawa dari rumah.

Setiap kali habis sesi persekolahan dik nor akan pulang ke rumah dan datang semula dengan
membawa bekal makan buat acik.

Pernah berlaku,dik nor demam dan x de sape yang hantarkan makanan.

Akhirnya acik masuk ke kelas dalam keadaan lapar kerana hanya mampu melihat kawan-kawan
lain menikmati makanan tengah hari mereka.

Pengorbanan adik bongsu nya itu akan di ingati sehingga akhir hayat kerana dengan berbekalkan
result UPSR acik berjaya memasuki SBPI Pekan.

  
********************************************

2008

Kini acik sudah berusia 18 tahun dan sedang menanti keputusan SPM keluar bagi melanjutkan
pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Dik nor pula telah membesar menjadi gadis yang cantik,berusia 15 tahun dan sedang berusaha
mengenal erti hidup.

Dalam usaha mengenal diri berlaku sesuatu yang mungkin memberi pengajaran buat dirinya.

"Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah"

Mungkin dik nor terlupa bait kata-kata itu dan menyebabkannya bercakap kasar kepada mak
dalam satu salah faham antara mereka.

Acik yang ketika itu sedang menonoton tv tidak mampu lagi menahan sabar,lalu satu tamparan
hinggap ke pipi dik nor.

"Ko taw dengan sape ko cakap 2??!! Ko jangan nak kurang ajar...mak 2 kan..ko nak masuk
neraka ke??!!"

Acik menahan kemarahan...

Tamparan seorang abang kepada adik atas rasa CINTA....

Acik hanya mahu adik nya membesar menjadi seorang gadis yang solehah,menghormati mak abah
dan taat kepada agama allah.

         
*********************************************

2009

Acik menjalani hidup sebagai pelajar universiti islam antarabangsa (UIA) dan mengambil
jurusan kejuruteraan.

Kehidupan pelajar di UIA lebih terjaga dalam fitrah islam membuatkan dia sentiasa
mahukan yang terbaik buat adik kesayangannya.

Ingin sekali dia melihat dik nor menjadi wanita solehah yang menjaga batas pergaulan dan
aurat sperti kebanyakan sister di uia.

Bila ada duit lebih acik akan membelikan dik nor baju serta pakaian yang sesuai sebagai
seorang muslimah sejati.

Tazkirah serta teguran semakin kerap diberi kerana dik nor semakin membesar menjadi
seorang gadis yang diketahui terlalu banyak cabaran dan godaan pada masa kini.

Pergaulan dibataskan dalam usaha membentuk peribadi mulia.

Bukan ingin menyekat kebebasan adik nya tapi semua kerana sayang.

Dik nor adalah AMANAH buat acik,rasa sayang mengatasi segalanya,mengatasi
kepentingan dirinya sendiri.

Alhamdulillah...dik nor membesar menjadi seorang gadis yang menjaga batasan dan
sentiasa menutup aurat..

        
*********************************************

2011

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhandulillah....

Hanya itu lafaz yang mampu diucapkan saat menerima berita dik nor berjaya melanjutkan
pelajaran ke universiti.

Adik yang selama ini dicintai dan disayangi kini semakin membesar.

Alhamdulillah...dik nor memilih universiti yang berdekatan dengan UIA maka mak dan abah
mengamanahkan kepada acik untuk menjaga anak bongsu kesayangan mereka itu.

Acik menerima amanah tersebut dengan hati yang terbuka kerana dik nor juga merupakan
amanah dari allah buatnya.

Rasa sayang kepada dik nor semakin menebal.

"Mak..abah..jangan risau ye,cik akan jaga dik nor elok2..ada masa cik akan bawak dik nor
datang uia untuk join program2 agama"

Janji acik kepada kedua ibu bapanya.


*********************************************


FATIMAH NOOR BINTI MAHMAD KHAIRAI merupakan puteri bongsu bagi pasangan
bahagia MAHMAD KHAIRAI BIN OSMAN dan ZAITON BINTI SALLEH. Anak ke-6,
mempunyai 3 orang abang dan 2 orang akak yang sentiasa menjaga dan menyayanginya
sepenuh hati. Setiap perbuatannya di jaga oleh abang2 serta akak2 atas dasar cinta dan sayang
kepadanya. Kini dia telah membesar dan akan menjadi salah seorang pelajar di UITM.
Berat hati untuk melepaskan dia pergi namun atas kepercayaan kepadanya keizinan diberikan
akhirnya. Acik iaitu KAMARULZAMAN BIN MAHMAD KHAIRAI anak ke-5 dari
pasangan ke-5 itu diberi kepercayaan untuk menjaga adik bongsunya itu...


**********************************************

Wahai adikku,

Saat kau dilahirkan ke dunia yang fana ini aku tahu kau adalah AMANAH ku.

Tidak mungkin aku menjejak syurga allah tanpa membawamu bersamaku.

Dengarlah luahan hatiku ini.

Aku mahu kau menjadi seorang muslimah solehah.

Seorang gadis yang sentiasa  mendahulukan allah dan rasulNya

Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.

Berhati-hatilah dengan godaan hamba allah yang bernama LELAKI.

Tidak ramai yang ingin menjagamu kerana lebih ramai yang ingin merosakkanmu.

Cukuplah aku disini sebagai penjagamu.

Janganlah kau gusar mengenai jodohmu kerana jika kau sudah bersedia maka khabarkanlah
kepadaku nescaya akanku carikan seorang yang SOLEH buatmu.

TAPI.....ingat adikku kau perlu menjadi SOLEHAH untuk memperolehi seorang yang soleh.

Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik?? -)

Tuntutlah ilmu adikku,aku akan sentiasa ada disampingmu.......

No comments:

Post a Comment