Pages

Monday 25 April 2011

BiLe KiTe X mAMpU bUAt Apa YaNG kITa MiNat SaNgAT~~~=P

                         
  Sekarang aku tengah cuti sem kat rumah even aku keje dengan abang aku tapi aku tetap x boleh buang rasa bosan ni ha. Memandangkan aku anak ke 5 dari 6 jadi x banyak keje yang  aku boleh tolong dalam rumah ni,cume aku jage diri dan barang2 aku je da cukup,lain r if aku ad ramai adik kan?? boleh aku jage diorg bile mak aku buat keje(berangan jek coz aku x prnh alami keadaan ni..hihi) camni la kehidupan aku dari zaman sekolah lagi klau aku balik cuti. Mak dan abah x pernh nak bebankan aku dengan pelbagai keje tapi alhamdulillah atas kesedaran diri sendiri aku akan cuba sibukkan diri dengan pelbagai perkara if aku cuti dan ade kat rumah. Wah...panjang mukadimah 2,act aku nak cakap sal aku BOSAN dan bile aku bosan macam2 la kenangan silam yang bermain dalam fikiran ni. Sekarang ni aku teringin nak menulis tentang satu kejadian yang mengubah hidup aku dan kejadian ni ada kesan positive dan negative.


                            Hari ini aku sangat malas untuk belajar,dari kelas awal pagi lagi fikiran aku dah melayang entah ke mane dan setiap apa yang cikgu cakap aku dah x ambik kisah langsung. Aku x sabar nak tunggu petang sebab aku nak main bola!! Aku sendiri pn x taw kenapa aku semangat sangat nak main bola,mungkin sebab hari semalam aku dapat score gol kot...hihi...."ok...da dekat dengan zohor,x lame da ni" kataku sambil melihat jam tangan casio illuminator pemberian abah beberapa bulan lepas...aku terus sabar menanti.... Dalam perjalanan pulang ke asrama lepas prep petang skali lagi aku melihat jam tangan "hah!! da nak asar,mntk2 la ktue badar azan cepat2" aku bermonolog sendiri lalu meneruskan perjalanan pulang ke asrama tapi sebelum 2 aku singgah ke dewan makan untuk menikmati minum petang.



                           Selesai minum petang aku berlari ke bilik untuk menukar pakaian riadah lalu terus ke surau untuk menunaikan solat asar. Petang 2 aku menjadi imam di surau dan aku hanya membaca surah pendek supaya kami cepat habis solat dan dapat main bola cepat2..hehe..jahat kan aku?? tengah budak2 lagi mase 2...huhu... 15 minit kemudian sahabat2 yang lain dah berkumpul di padang dan perlawanan di mulakan. Aku memilih untuk bersama ahli pasukan yang x serius dan selalu ketawa dalam padang dan tidak seperti biasa aku mengambil posisi sebagai wing kanan. Posisi ini memerlukan seorang yang mampu berlari laju dan aku ingin mencuba kebolehanku sbg pelari 100m dan 4x100m...hehe...Aku bermain dengan bersemangat dan cuba memberi yang terbaik pada petang 2,memang aku hepy sangat.



  
                          Semasa dalam perlawanan tiba2 bola datang ke arah aku dari atas,memang tinggi la dan disebabkan aku ni seorang yang agak rendah terpaksa la aku lompat setinggi yang mungkin untuk menanduk bola tersebut. Mase 2 ada la kawan ak ni dari belakang datang dan tolak aku,elok2 je kaki aku landing dalam lubang(padand skolah aku mase ni sgt2 teruk dan byk lubang). Ya allah...hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya aku rasa,memang x boleh berjalan langsung la lepas aku jatuh 2. Aku terpaksa dipapah oleh sahabat2 yang lain untuk pulang ke asrama,seminggu aku x mampu berjalan seperti biasa.... Hari yang MALANG~~~~~~~~~~~~


************************************

 
                                    Kejadian itu benar-benar merubah kehidupan aku,doktor telah mengesahkan lutut kananku bukan lagi seperti dahulu,aku tidak mampu lagi melakukan aktiviti lasak..."Lutut awak ni cedera teruk,tendon dan ligament awak  dah terkoyak" doktor memberi aku satu khabar yang membuatkan aku rase cam nak nangis je. "awak da x boleh buat aktiviti lasak cam sebelum ni sebab ia akan membahayakan awak" tambah doktor lagi dan aku hanya mampu tunduk kesedihan.


                                  Sejujurnya sangat susah untuk terima hakikat ni sebab aku x mampu lagi untuk membuat sesuatu yang aku suka. Aku x mampu lagi bermain bola sepak,ragbi,badminton,hoki dan futsal. Rasa sangat2 terkilan bile melihat sahabat2 seperjuangan dulu terus maju dalam sukan yang mereka minati tapi aku?? hanya mampu melihat kejayaan mereka dengan "kecacatan" ini. REDHA......REDHA...... REDHA......itu lah perkataan yang sentiasa aku sematkan dalam hati apabila syaitan mula memasuki fikiran memujukku supaya bersangka buruk dengan aturan Allah....tapi aku masih tidak mampu mengatasinya.



                                 Sedang aku menjalani rawatan fisioterapi hati aku tersentuh melihat satu pemandangan di hadapan aku. Seorang kanak2 perempuan yang berusias 9 tahun ditemani ibunya juga sedang menjalani rawatan fisioterapi. Keadaan kanak2 itu m'buatkan aku menjadi sebak,dia tidak mempunyai kaki dan tangan yang sempurna,memerlukan tongkat untuk bergerak tetapi dapat aku lihat dia sentiasa tersenyum dan gembira, ibunya pula kelihatan redha dengan apa yang menimpa anaknya. Ya Allah....ujian yang kau berikan kepadaku ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan kanak2 tersebut. Benar ya allah...Kau maha adil dan bijaksana dalam mengatur sesuatu.



                                 Alhamdulillah keadaan tersebut berjaya mengubah tanggapan aku,aku lebih redha dan menerima ketentuan Ilahi ini,aku yakin ini yang terbaik buat aku...Aku yakin perancangan Allah itu adalah sebaik2 perancangan dan kita perlu redha dengan ketetntuannya. Kini aku lebih jelas dan nampak hikmahnya kejadian tersebut dalam hidup ak,apa hikmahnya?? mungkin akan aku ceritakan dalam post akan datang tapi yang pasti hikmahnya membuatkan aku diri aku yang sekarang. Positive atau negative terpulang pada individu yang menilai aku sekarang....



   p/s=xde info yang menarik pn juz nak bercerita....huhu~~

No comments:

Post a Comment