Pages

Sunday 29 January 2012

Tinta Buat Sahabat~~~

Assalamualaikum wa rahamtullah...




Sahabatku....


Buat teman-teman yang disayangi dan dirahmati allah walau dimana
sahabat sekalian berada.Allah telah pertemukan kita dalam ikatan
keranaNya dan sesungguhnya perancangan ini adalah yang
terbaik buat kita.


Melalui perkenalan ini Allah titipkan rasa sayang,kasih dan cinta dalam hati
kita. Walau beribu batu terpisah,jarak beribu batu namun rasa itu x pernah
Allah asingkan dari dalam hati kita untuk saling mencintai.


Dari seorang yang tidak mengenal makna kehidupan duniawi sedikit demi
sedikit kita bersama menempuh hidup ini dan akhirnya mematangkan
kita untuk membuat keputusan dalam hidup.


Pernah suatu ketika kita tidak mampu dan langsung tidak diberi kepercayaan
oleh guru-guru untuk membuat sesuatu keputusan. Namun kini,seiring dengan
perubahan masa kita diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang
sangat besar yang mungkin satu ketika dahulu tidak pernah terlintas di fikiran.








Sahabatku...


Walau dimana dan bila kita dipertemukan bukanlah persoalan, apa yang perlu
kita hayati adalah bagaimana dan kenapa Allah mendatangkan insan yang
dipanggil teman dalam hidup ini.


RencanaNya telah mempertemukan kita di gedung menuntut ilmu, INTEP...
satu nama yang akan sentiasa kita rindui. Tempat di mana kita membesar
bersama dan mula mengenal erti hidup


Buat sahabat-sahabat perjuangan,seinfiniti pujian kita lafazkan kepada ALLAH
MAHA AGUNG yang telah mempertemukan kita. Masih ingat lagi
saat-saat kita bersama menuntut ilmu. Kelas dan prep menjadi rutin hidup dan
apabila petang tiba maka berlari-lari menuju ke padang bagi memenuhi tuntutan
badan yang ingin beriadah. Bagi sahabat-sahabat yang kurang berminat ke padang
akhirnya tetap di paksa ke padang dengan arahan untuk mengosongkan asrama..
Mesti semua ingat lagi kan?-)


Alhamdulillah...solat kita terjaga,walaupun dipaksa oleh warden tapi jarang sekali
kita tidak dapat menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah. Sebelum prep
diwajibkan bermula selepas maghrib,waktu antara maghrib dan isyak akan kita
isi dengan sedikit tazkirah atau tadarus..sangat mudah untuk menjaga hati dan
saling mengingati antara satu sama lain saat itu. Indah kan?








Sahabatku...


Kini hampir 5 tahun kita meninggalkan alam persekolahan,walaupun kehidupan
sekarang lebih bebas tanpa peraturan sekolah tapi hati sentiasa merindui saat-saat
kita bersama.


Walau dimana berada alam persekolahan akan sentiasa tersemat di hati sebagai
yang terbaik dan mengharukan untuk dikenang. 5 tahun dan ada yg 2 tahun 
bersama siang malam,susah senang. Tempat bermain,makan,tido dan belajar 
tiada bezanya antara kita. Bagaimana perasaan cinta kepada sahabat-sahabat 
mampu dinafikan selepas apa yang kita lalui bersama?? Sungguh..rasa rindu
untuk  bersama seperti dahulu sentiasa menjadi impian.


Dalam tempoh hampir 5 tahun kita terpisah ini pelbagai perkara telah berlaku,
ramai di antara kita yang berjaya dalam pelajaran dan ada yang sudah mempunyai
kerjaya sendiri,mampu hidup berdikari.


Namun satu kejadian yang sangat menyayat hati telah berlaku dan kejadian ini 
benar-benar memberi tamparan besar kepada kita supaya lebih menghargai 
sahabat sekeliling. AL-FATIHAH kepada arwah AKMAL,arwah seorang yang 
tidak asing lagi kepada kita sebagai seorang atlit yang sentiasa mengharumkan 
nama sekolah di peringkat tertinggi.




Pemergiaan arwah tanpa diduga dan tiada sebarang petanda benarlah 
"DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI" Saat 
arwah dikebumikan ramai yang hadir untuk solatkan jenazah dan mendoakan 
arwah. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang 
beriman dan pertemuan seterusnya kita bersamanya di syurga yang hakiki...
amin~~~






Sahabatku...


Dengan rahmat ALLAH kita pandai berbicara ( ar rahman: 4) dan dengan rahmat 
ALLAH kita mampu berlemah lembut (ali-imran: 159), dengan rahmat ALLAH 
kita mampu bersabar dan memaafkan (as-syuara ). Mudah-mudahan begitulah kita. 
Tarbiyah melalui halaqah dan majlis ilmu sepanjang pengajian membuka minda kita
 untuk menerima dan mengasihi saudara-saudara lain tanpa syarat. Hingga ALLAH 
mengizinkan diri kita menerima & diterima insan-insan yang ditemui dalam lingkungan 
dan medan kita berada.


Tiada lafaz selain kesyukuran yang mampu diungkapkan melainkan ALHAMDULILLAH
atas pertemuan dan perkenalan ini. Satu permulaan hidup melalui perkenalan yang penuh
bermakna ini akan sentiasa utuh dalam ingatan dan hati sebagai memori terindah.

Kini kita telah semakin dewasa dan menginjak umur 20-an, tanggungjawab dan peranan
kepada keluarga,masyarakat dan paling penting agama semakin meningkat. Keringat dan
ilmu yang kita perolehi kini diperlukan untuk memajukan umat islam sedunia.

Namun dalam melayari arus hidup yang semakin mencabar ini amat mudah untuk hanyut
dan terus terbawa budaya barat yang akan membawa kita kepada neraka jahanam yang
menjanjikan siksaan dan azab yang amat pedih.

Sahabatku...

Bagi seorang lelaki perempuan merupakan fitnah terbesar dan bagi seorang perempuan
pula lelaki adalah satu bentuk godaan yang nyata. Ramai di kalangan anak muda
yang hanyut dalam nikmat dunia melalui godaan berlainan jantina ini.

Fitnah ini sangat dasyat ketika ini dan mampu menewaskan anak muda dalam sekelip
mata, bayi hasil "percintaan" mereka semakin banyak dibuang merata-rata dan terbaru
bayi tanpa kaki kanan dan tanpa kepala ditemui oleh oleh seorang nelayan..sedih kan?




Takut dengan fitnah dunia, keputusan untuk bernikah dan hidup berkeluarga
menjadi pilihan. Tidak dinafikan,ramai yang mempertikaikan keputusan ini tapi
demi mencapai redha allah dan hidup dalam ketenangan ini adalah yang terbaik.

Maaf buat sahabat-sahabat yang mungkin terkejut dengan berita ini. 
Alhamdulillah...berita perkahwinan ni sudah tersebar dan mohon doa dari
sahabat-sahabat semua. Namun yakinlah hubungan yang telah lame terbina ini
akan tetap tersemat utuh dalam hati dan ingatan walau apa yang dilalui.

Bagi sahabat-sahabat yang mampu menghadirkan diri sangat dialukan dan 
bagi sahabat-sahabat yang x dapat hadir atas faktor masa dan tempat x kan
ad rasa kecil hati cuma mohon doa semoga kami kekal bahagia sampai 
ke syurga yang hakiki..-)

Kita sangat jarang bertemu  kerana tanggungjawab dan kekangan masing-masing,
namun sahabat-sahabat mengajar erti ukhuwwah yang didasari iman insyaALLAH… 
kerana tiada apa lagi yang mampu mengikat hati setelah perpisahan melainkan 
pertemuan dijalan kebaikan, di jalan tarbiyyah dan dakwah, melainkan pilihan kita 
untuk menggilap iman itulah yang sering menyatukan hati-hati  ini…

Moga kita istiqamah beriman, dan muhasabah diri untuk tunaikan segala 
amanah dengan  ikhlas dan dengan cara yang terbaik hanya 
kerana ALLAH… Supaya kita tidak jadi seperti orang-orang kafir yang 
menyatakan keimanan kepada ALLAH sewaktu azab telah ada di depan mata 
di akhirat kelak, sedangkan waktu itu tiada peluang lagi beramal soleh dan 
memohon keampunan…tiada peluang kembali hidup dunia…

Nau’zubillah moga ini memotivasikan diri sendiri untuk meninggalkan 
larangan dan menunaikan segala suruhanNYA…

Hidup hanya sekali, moga diri ini dan sahabat-sahabat mengisi hidup dengan 
zikrullah,amal soleh, menangisi dosa, memohon redha dan ampun buat diri… 
Salam sayang tulus ikhlas buat sahabat-sahabat sekalian..

No comments:

Post a Comment