Bismillah....
Fuh..lame tol aku x berpeluang nak update blog ni ha,bz je memanjang. Bese la da
hujung2 sem ni ha macam2 mende kena buat dengan kuiz,esemen dan presentation.
Minggu ni act aku da malas g kelas tapi aku gagahkan jugak diri untuk g kelas, bagus
x aku?? haha..
Kalau cakap sal pencapaian akademik ni aku akui yg aku ni bukan la pandai sangat
belajo. Dok cukup2 makan je CGPA utk engin uia ni ha.
Tak dinafikan la aku jelez tengok orang2 lain yg dapat result tinggi, aku bukan x gi
kelas,bukan x amik kuiz,bukan x anta esemen..aku buat kot sume 2 same cam
student engin lain dan kadang2 aku rasa cam aku ni jenis yg susah nak ponteng kelas.
Tapi aku yakin allah sentiasa beri yang terbaik buat hambaNya. Aku letakkan
sepenuh kepercayaan aku kepada allah setelah berusaha. Mungkin belum rezeki
aku lagi untuk muncul sebagai pelajar cemerlang.
Atau mungkin juga jika dari dulu allah beri aku kejayaan demi kejayaan dan aku
tidak berada dalam keadaan yang aku berada sekarang...keadaan di mana aku
sangat bersyukur dikurniakan seorang bidaadari halal yang sentias ada menemani
hari-hariku...siapa taw kan?? hanya Dia yang taw.
Cuma aku dikejutkan dengan satu berita yang membuatkan aku rasa agak kecewa
dan terkilan.
"Kama tu lepas kawin belajor dye makin teruk la..risau jugak kat dye"
Festly...aku sangat2 terharu dengan sahabat2 yang sangat concern mengenai
perkembangan akademik aku, alhamdulillah..allah beri aku sahabat yang sayang
pada aku.
Tapi disini ingin aku memperbetulkan sikit kenyataan 2..hehe
Cam apa yang aku tulis kat atas tadi aku ni tidak dikurniakan akal yg 'genius'
dan pencapaian akademik aku x la gempak sangat (dari sebelum kawin lagi) so
dari sebelum kawin lagi result aku memang bese2 je weyh...-)
Alhamdulillah...sem ni 2nd week dulu aku berkahwin dan aku rasa x adil
jika penilaian akademik aku dibuat sebelum aku kawin dulu..betul x?
So aku rasa yang lebih adil adalah penilaian 2 dibuat bermula dari sem ni
(2nd sem 2nd year) coz aku berkahwin dalam sem ni.
Sejujurnya aku sangat berbangga dengan result mid term exam aku sem ni,
aku berjaya membuktikan aku boleh dapat result yang lebih elok. Kalau dulu
nk dapat 50% pun susah sangat tapi sem ni alhamdulillah...-)
Act aku bercadang nak mule bercerita sal peningkatan akademik bila berkahwin
ni lepas 2 atau 3 sem perkahwinan tapi memandangkan aku terdengar khabar angin
camni so aku rasa x sedap la lak.
Aku x nak jadi fitnah kepada sebuah perkahwinan yang sebenarnya membantu
akademik, Aku x nak pencapaian akademik sebelum perkahwinan aku menjadi
fitnah kepada sebuah perkahwinan, Dan aku x nak disebabkan sume ni ada pasangan
yang bercadang untuk bernikah semasa belajar mengambil keputusan untuk tidak
bernikah kerana takut terganggu akademik disebabkan aku...
Nauzubillah..aku x nak jadi penyebab sebuah ikatan suci tidak termeterai..
Alhamdulillah...melalui carry mark yang bakal keluar berdasarkan result mid-term
exam,kuiz,esemen dan presentation aku meletakkan target utk dean list sem ni.
Bagi pembaca blog aku(hope ramai la...hehe) tolong la doakan aku ye? Aku nak
buktikan kepada family dan kawan2 bahawa perkahwinan tidaklah mendatangkan
bebanan dalam akademik..amin~~~(tolong aminkan ye...)
Semoga dengan entry ini semua akan menjadi lebih jelas,bak kata pepatah terang
lagi bersuluh (ada kaitan ke..hehe)
"RESPONSIBILITY IS NOT A BURDEN BUT IT IS A GIFT"
No comments:
Post a Comment