Bismillah.....
Alhamdulillah....tiada kata yang mampu aku ucapkan selain ungkapan
syukur kepada allah yang maha pemurah lagi penyayang.
Allah x berikan segala-galanya yang aku nak tapi Dia bagi aku
segala-galanya yang aku perlukan.
Jam sekarang da tunjuk pukul 2.10am dan aku baru je habis study subjek
instrumentation and control. Isnin ni aku ada exam subjek ni.
Act da ramai je kawan2 aku balik rumah coz cuti stat ari selasa so mmg ramai
r decide nak ponteng kelas isnin...haha
Tapi yang beznyer walaupun zaujah aku xde exam n xde kelas(kelas dye cancel)
dye tetap nk tunggu aku. Aku bagi je izin dye balik dulu rumah umi(mak metua)
tapi dye tetap nak tunggu aku..hehe
Dan hasilnya....berkelah..=) pagi tadi kat sg pisang...hehe
Betul...bila kita niat ke arah kebaikan allah akan tolong kita dan x mustahil
jugak kebaikan itu akan arah kurniakan kepada family,saudara atau sahabat.
X dinafikan,satu persatu perkara yang menggembirakan hadir dalam
hidup aku sejak aku mula mencari redha allah.
Kasih sayang allah semakin terasa,kalau dulu ianya x kelihatan tapi sekarang
ia semakin jelas kelihatan secara zahir.
Beberapa bulan sebelum perkahwinan abah dapat naik pangkat,naik gaji
TAPI dengan tugasan yang sama cam jawatan n gajisebelum ni..pelik kn?
"sebagai mengenang jasa yang telah lama berkhidmat" katanya...alhamdulillah..
Satu2 nya adik perempuan aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Dia ambik diploma dan aku sangat bersyukur coz aku rasa tu satu permulaan
hidup yang bagus untu dia,lagipun uia gombak dengan uitm shah alam bukan
jauh pun...hehe...
(mak abah da bagi izin aku carikan calon suami untuk adik aku ni,so....
lelong2 sape nak beli!!!! harge murah..student price pnye hantaran..haha)
Abang aku pun da diijabkabulkan dengan tunangnya sete;lah hampir
2 tahun bertunang dan majlis sambut menantu kitorang buat sekali...hehe
Bez gak majlis ad double pengantin ni. Meriah gitu!!!! -)
Dan berita yang paling GRAND adalah......nak dapat anak sedara lagi!!!
hahahaha...aku x sabo!!! aku x sabo!!!!
Laki ke? ke pompuan?? hmm...jap..laki da ada soleh n yiyin...pompuan
baru ada eisya sorang..ok..i've decided!!!
Nurfadzlia bt Mahmad Khairai, give birth 2 daughter!!! hehe..
Nape aku hepy sangat?? Meh aku cite skit....sebelum ni k.long da hampir
9 tahun berkahwin tapi x dikurniakan anak.
Alhamdulillah...yiyin n soleh hadir dalam hidup kami dan aku sangat2 sayang
kat diorang,di tambah dengan eisya sebagai kakak diorang family kami
jadi lengkap.
Dan sekarang kami menanti kelahiran anak ke-3 k.long,cucu ke-4 mak dan anak
sedara ke-4 pakcik dan makcik nya...so family kami akan double perfect!!-)
"Ya allah...kekalkan kami dalam kebahagiaan ini,jauhkanlah kami dari musibah.
Namun jika musibah hadir jua atas dosa2 kami maka uji lah kami dengan
ujian yang mampu kami hadapi..Ya allah..aku bersyukur atas nikmat2 yang
telah kau berikan dekatkanlah hati kami kepadaMu ntuk kami lebih mencintaiMu"
AMIN YA RABB....AMIN YA RABB...
Tanggungjawab semakin banyak dan aku cuba membahagikan masa,kudrat
dan segala yang aku ada.
Kepada ke-2 belah family,kawan2 dan yang paling penting adil kepada zaujah
aku yang tercinta.
Komitmen kepada sesuatu perkara harus aku bahagikan mengikut keutamaan,
maaf jika ada pihak yang terasa jika komitmen x mampu aku berikan kerana
aku kini bukan lagi hanya memimpin diri sendiri.
Aku kini seorang suami yang harus memimpin sebuah keluarga yang akan menjadi
aset ke akhirat kelak,aset yang aku harapkan menjadi penyebab utama aku
meraih redha allah dan menggapai syurgaNya.
Seperti membina sebuah bangunan yang gah,ia memerlukan bahan binaan dan
asas yang kukuh untuk tahan lasak dan mampu bermanfaat kepada umat dan
tidak menjadi musibah jika berlaku keruntuhan.
Begitu juga aku dalam membina sebuah keluarga,kini aku dalam fasa membina
asas yang kukuh,menyemai rasa dan membina kebahagiaan dalam sebuah
perkenalan selepas pernikahan..
PERCAYALAH, PERCINTAAN SELEPAS PERNIKAHAN SANGAT INDAH
Aku x punya banyak masa untuk "berkenalan" dengan zaujah aku sebelum
pernikahan,8 tahun terpisah tanpa sebarang berita..mengikat janji dengan
tali pertunangan selepas 3 bulan pertemuan semula dan bernikah kurang
setahun selepas pertemuan semula.
Oleh itu..beberapa bulan di awal pernikahan ini aku ingin mengenalinya dengan
lebih mendalam dan aku juga amat pasti dia juga ingin mengenali aku seperti
apa yang aku inginkan.
Komitmen study juga sedikit sebanyak menghalang aku untuk aktif seperti
dahulu,bagi sahabat2 yang rapat mereka mungkin tahu.
Di kalangan student engineering uia aku bukanlah dilahirkan sebagai seorang
yang pelajar yang genius so aku kena usaha lebih.
Setiap kali memulakan revision,selepas ungkapan bismillah aku akan terbayangkan
wajah mak abah,family,adik(aku sbg role model) dan juga senyuman manis
zaujah yang x jemu2 memberi semangat untuk aku.
Alhamdulillah...zaujah aku x mengalami masalah dalam akademik dan dia seorang
yang excellent in study...(cayalah!!! that's my wife!!! hoho)
Dengan tanggungjawab di bahu sedikit pun aku x rasa terbeban tapi ia sebagai
penyuntik semangat untuk aku berjaya dan menjadi seorang yg HEBAT!!
Aku sangat bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki kini....
No comments:
Post a Comment