Bismillah....
Alhamdulillah...jemputan perkahwinan da dibuat..kawan2 sume
da dikhabarkan mengenai berita perkahwinan aku so sekarang
tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan.
Ucapan tahniah beserta doa x putus2 aku terima dari mereka,aku
bersyukur kerana dikurniakan kawan2 yang menyokong sepenuhnya
niat aku untuk bernikah.
Ye la...cbe la bayangkan kalau ramai kawan2 yang x setuju, susah
jugak aku nanti. Aku nak kawin tapi aku x nak hilang kawan..hihi
Memang aku bersyukur sangat2 dapat kawan2 yang memahami,
siap aku boleh demand hadiah 2 yg plg bez...-p
Kurang sebulan je lagi aku akan bergelar suami dan bakal memikul
tanggungjawab yang sangat berat buat seorang lelaki...ketua keluarga.
Hari isnin baru ni aku selamat tiba kat rumah untuk memulakan cuti sem,
tapi yang x beznye otw nak balik 2 aku kena saman dengan jpj, ops
raye cina katenye. Melayang RM300...huhu xpe..ad la hikmahnya 2.
Sampai rumah mak sambut aku kat pintu,aku tengok mata mak merah.
Pelik jugak aku,nangis ke apa mak aku ni? Aku salam dan cium mak
pastu mak terus bawak aku g dapur coz aku da memang lapo giler..hehe
Masa makan 2 la aku tanye nape mak nangis. Mak pun mule la bercerita
rupenya abang aku (umo 24 n x kawin lagi) dye "usik" mak aku..haha
Nakal jugak abg aku ni,ni antre ayat2 dye yang buat mak aku sedih.
~~ t acik da kawin dye da kena sayang 2 org pompua,mak n tikah.
Dulu dye syg mak sorang je.
~~susah la acik nak balik rumah,xde la selalu balik rumah cam dulu.
~~sian acik da kawin nanti,kena keje part time la kan? nak cari duit.
~~x lame lagi mak dapat la cucu sorg lagi,caner la acik n tikah nak
jage baby 2,nk g kelas lagi...
~~anak laki bongsu mak da nk jadi abang long kat belah sane,
makin banyak la keje dye pasni.
~~ *macam2 lagi ayat2 "nakal" dari abang aku ni
Mak aku ni memang sensitif skit,mudah menangis bile melibatkan perkara
yang camni...hehe
So sambil makan masakan mak yang aku rindui 2 aku pun pujuk la mak.
Susah jugak r nak pujuk,dalam hati aku mase 2 panas je kat abg aku yang
sorang ni,tunggu la t aku balas dendam..haha
"Mak...acik makin sayang kat mak ada la,betul ni...mak orang lain ramai
je x bagi anak2 kawin mase blaja tapi mak bagi. Mak izinkan acik cari
redha allah dan keizinan dari mak 2 yang buat sayang dan cinta acik pada
mak makin bertambah"
Alhamdulillah...mak lebih tenang dengan kate2 aku 2..
Hehe..ble fikir2 semula kelako jugak,abang aku ni gelak je kat aku, kurang
ajar tol..sabo je r...hehe
TAPI....hati seorang ibu,bukan mudah untuk "melepaskan" anak lelaki nya
memikul tanggungjawab,rasa sebak dan sedih akan tetap ada.
Bukan mak je la,abah pun mengalirkan air mata mase mak sarung cincin
tunang kat tikah dulu....terharu...
Lebih lagi aku anak lelaki bongsu yang sentiasa dikatakan sebagai harapan
keluarga untuk berjaya dalam bidang akademik di peringkat yang lebih tinggi.
Cube bayangkan...aku adalah satu2 nya harapan utama keluarga untuk
menggenggam segulung ijazah tapi telah diberi keizinan untuk berkahwin
semasa belajar...bukankah terlalu besar pengorbanan mak dan abah?
Betapa tinggi harapan keluarga kepada aku tapi untuk mencari redha allah,
keizinan untuk berkahwin diberikan....subhanallah!!!
Memang x dinafikan,susah nak dapat keizinan untuk berkahwin ni,
macam2 ujian dan dugaan yang perlu dilalui sebelum mencapai redha allah.
Ye la...bukan mudah kan nak dapat syurga allah..betul x?
Ramai da kawan2 mintak petua caner nak dapat kawin awal tapi aku x berani
lagi nak cite sal 2 coz aku belum sah lg sbg suami dye.
Insyaallah...ble sampai masenye t aku akan g taw skit2 ap yang aku taw tapi
buat mase ni bagi sape2 yang da ada calon 2 cube muhasabah diri, ap
kurangnya diri kita ni untuk memikul tanggungjawab yang berat.
Parents x beri keizinan untuk berkahwin mungkin sebab diri kita sendiri,
macam mane diri kita di mata mereka itulah yang memberi keyakinan buat
mereka untuk memberi keizinan.
Dan bagi yang belum mempunyai calon,persiapkanlah diri anda coz
kte x taw bile akan bertemu jodoh kite,mungkin esok luse x mustahil.
Oleh itu...BERUBAH ke arah kebaikan mulai sekarang....
Wallahualam....-)
Pages
Thursday, 19 January 2012
KAHWIN AWAL
Pengarang : Hilal Asyraf (ms.langitillahi.com)
Kahwin awal. Ramai akan memberikan pro dan kontranya. Benda ini biasanya diutarakan oleh remaja, pelajar. ‘Awal’ yang dimaksudkan dalam ayat ‘kahwin awal’ itu biasanya dilihat pada umur 23 ke bawah. Sebab bila dah umur 24, orang tak ramai bising menyatakan itu awal. Walaupun ada juga sebahagian orang yang saya jumpa, dia kata bahawa kahwin umur 25 itu awal juga. Katanya umur 30 baru ok. Entahlah.
Cuma biarlah saya fokuskan ‘kahwin awal’ ini kepada yang berumur 23 ke bawah ya. Sebab ada benda dalam artikel ini yang saya suka nak khaskan buat mereka yang berumur baya-baya saya ini.
Pertamanya, saya bukan nak kata ‘kahwin awal itu betul’ atau ‘kahwin awal itu salah’. Pada saya, kahwin awal boleh jadi betul, dan boleh jadi salah. Pokok pangkalnya, dalam hal kahwin awal, saya suka untuk membawa diri saya dan diri kita semua untuk melihat semula kepada dua perkara utama dalam isu kahwin awal.
1. Membina rumah tangga.
2. Orang yang hendak membina rumah tangga.
Kenapa saya tak sebut ‘kahwin’. Sebab ‘kahwin’ memang senang. Sehari je kahwin. Majlis kahwin. Akad nikah. Dan lain-lain. Sehari sahaja. Tetapi siapa nak berumah tangga sehari sahaja? Kalau ada tak mengapa. Tak payah baca yang ini.
TUJUAN BERUMAH TANGGA
Maka saya membawa pada asas terlebih dahulu. Apa tujuan berumah tangga? Rata-rata remaja akan mengutarakan jawapan seperti berikut:
1. Cinta.
2. Tak nak berdosa. Nak tunduk pandangan. Jauhi zina.
3. Nak lorongkan nafsu ke jalan yang benar.
Biasanya untuk pemuda yang belajar sikit, dia akan mengutarakan hadith ini sebagai dalilnya.
Rasulullah SAW ada bersabda:
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…”
(Muttafaq ‘Alaih)
Maka di sini, ramai yang melihat kahwin awal adalah solusi kepada cintanya yang berbuah semasa remaja, semasa belajar. Kahwin awal adalah solusinya untuk menjauhkan dosa dari berhubungan cara yang tidak dibenarkan Islam. Kahwin awal adalah solusi untuk dia menjaga diri dari dari nafsu yang tidak terkawal dan sebagainya.
Tetapi, benarkah tujuan berumah tangga hanya itu?
Rumah tangga bukan sekadar itu.
Rumah tangga hakikatnya adalah madrasah pertama kepada manusia. Sedar atau tidak, ia adalah hakikat yang tidak boleh ditolak. Majoriti masyarakat dunia lahir dari institusi rumah tangga. Mungkin sebahagian kecil lahir di tengah hutan, di lorong gelap, dan membesar tanpa keluarga, itu adalah kes yang boleh dikira terpencil berbanding majoriti seluruh dunia.
Apabila kita memandang bahawa rumah tangga adalah madrasah membina individu-individu dalam masyarakat, dan tanpa kita sedari rumah tangga merupakan asas terpenting kepada sebuah masyarakat, negara, dan ummah.
Memang wujud institusi lain dalam kehidupan kita seperti nurseri, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Itu kalau tidak kita campur dengan institusi ‘underground’ baik yang baik, mahupun yang buruk.
Tetapi kita dapat lihat betapa ‘asas peribadi’ yang datang ke institusi-institusi tadi hakikatnya sudah terbina sebelum mereka masuk ke institusi-institusi tadi. Di manakah ianya terbina?
Di rumah. Di dalam rumah tangga. Di tangan mak ayah, atau sesiapa sahaja yang menjadi ‘guru pertama’nya di tempat dia membesar. Maka sekali lagi kita lihat bahawa, asasnya adalah rumah tangga.
Maka, dapatkah kita dapat membayangkan bagaimana nanti sekiranya rumah tangga yang terbina adalah rumah tangga yang rosak, apakah efeknya kepada pembinaan masyarakat dan ummah?
Ya. Akhirnya kita melihat bahawa, rumah tangga yang kita bina bukan semata-mata kita. Kita hakikatnya sedang membina ummah. Rumah tangga bukan sekadar sehari dua.
Baik. Memahami perkara tadi, maka kita perlu melihat bahawa rumah tangga adalah satu perjalanan yang panjang. Bukan sehari dua, kemudian kita robohkan. Pada rumah tangga itu ada tanggungjawab. Tujuannya bukan semata-mata kepuasan hawa nafsu, hendak menjauh daripada dosa dan cintan-cintun semata-mata. Ia meliputi hendak membuat lebih banyak kebaikan(dengan membina rumah tangga yang bermanfaat untuk Islam, mampu memberi sumbangan kepada Islam) dan membawa definisi cinta yang sebenar, yakni hendak bersama hingga ke syurga.
Dan akhirnya kita dapat lihat di sini bahawa rumah tangga bukanlah keseronokan dua individu bernama suami dan isteri semata-mata. Bukanlah di dalamnya wujud semata-mata keindahan. Tetapi wujud juga halangan dan cabaran.
Maka di sini kita melihat bahawa, ada tanggungjawab lain menanti kita di dalam rumah tangga. Tanggungjawab yang memerlukan kita serius dan matang dalam membuat keputusan. Tanggungjawab yang memerlukan kita bijak dalam mengawal emosi dan perasaan. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai peribadi yang baik dan mampu mendidik. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai teknik pengurusan yang baik dan mampu merancang dengan baik.
Semua ini kita perlukan untuk menjalankan rumah tangga yang baik dan diredhai oleh Allah SWT. Dapatkah kita melihat besarnya rumah tangga?
Entahlah. Kalau saya, saya pandang rumah tangga itu macam inilah. Maka datanglah hal kahwin awal.
Apabila membicarakan hal kahwin awal, maka guru saya, Cikgu Azmi Bahari ada menyatakan berkenaan: “Yang layak berkahwin”.
Ya. Sebenarnya pada saya, kahwin awal itu bukanlah masalah sekiranya yang nak kahwin awal itu sudah layak berkahwin. Maka timbul persoalan, siapakah yang layak berkahwin.
Cikgu Azmi Bahari cakap pada saya:
“Sekiranya enta dah mampu nak sara keluarga, itu dikira layak berkahwinlah.”
Sebahagian orang akan melihat bahawa ini satu cubaan membangkitkan kepentingan wang dalam berumah tangga. Maka ada orang akan kata pada saya bahawa, jangan takut fasal duit, itu semua nanti adalah tu.
Baik, saya bukan takut fasal duit. Dan saya tak rasa Cikgu Azmi Bahari berkata ke arah itu juga. Pada saya, maksud sara keluarga ini adalah orang itu mampu menyara dirinya sendiri terlebih dahulu. Mampu menyara diri ini, tidaklah semestinya duit banyak. Maksudnya, dia mampu berdikari, menguruskan dirinya, mampu mencari sumber wang dan mampu berusaha. Bukan hidup bergantung kepada orang lain, bukannya orang yang tidak mahu mempertingkatkan diri apabila menyedari kekurangan, bukannya mendapat wang dari sumber yang dia tidak usahakan dan sebagainya.
Hal ini apabila kita pulang kepada apa yang saya nyatakan pada sub topik-sub topik sebelumnya, maka ia adalah amat relevan.
Kita perlu menampung satu tanggungjawab yang berat dan besar. Bukan sekadar hendak memberi makan, bahkan memimpin orang ke syurga. Bukan sekadar untuk keseronokan diri, tetapi untuk kebaikan ummah. Maka adakah sebenarnya kita layak melakukan sesuatu perkara yang sangat besar ini, dalam keadaan kita sendiri tidak pandai menguruskan diri dan berdikari?
Jadi, apabila kita sudah mampu menguruskan diri sendiri dan pandai berdikari, tidak kiralah umur berapa pun, maka kahwinlah sekiranya mahu. Bina rumah tangga. Sebab itu dahulu, orang tidak hairan dengan datuk nenek kita yang berkahwin umurnya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Bukan sebab pada umur itu mereka sudah mempunyai harta yang banyak. Tetapi sebab mereka sudah layak berkahwin. Mereka pandai mengurus diri dan berdikari dengan baik.
Boleh bandingkan datuk nenek kita masa umur mereka 17 tahun, dengan pelajar SPM 17 tahun hari ini.
Pada saya, kalau sekadar ‘mampu’ untuk menampung kos perkahwinan yang hanya makan masa sehari itu, semua orang boleh. Yang mampu RM40,000, kahwin dengan RM40,000. Ada juga yang buat majlis sekitar RM2,000 sahaja. Kahwin memang senang.
Tetapi berumah tangga? Itu satu perkara yang lain.
Tak mengapa, mak ayah tampung.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nur : 32)
Maka ada remaja yang hendak kahwin awal, merasa mudah dengan bergantung terus kepada ibu bapa mereka berdasarkan dalil di atas.
“Tak apa, ayah ana ada.”
“Tak apa, mak ana boleh tampung.”
“Kos majlis kahwin, hantaran, semua ummi ana bayar.”
“Ayah ana kata dia nak hadiahkan rumah dan kereta. Ana tak payah risau dah.”
Hakikatnya. Pada asas, ibu bapa tidak perlu menampung anak lelaki mereka. Sepatutnya, seorang lelaki yang mempunyai hajat untuk berkahwin, perlulah berusaha untuk memenuhi keperluannya agar mampu berkahwin dan menggerakkan rumah tangga.
Tetapi bukanlah salah apabila kita hendak menjaga kehormatan Islam dengan mengelak tragedi seperti berzina, rogol dan sebagainya dengan ibu bapa menampung atau membiayai perkahwinan si anak dan mempermudahkan perjalanan rumah tangganya.
Cuma kenapa saya bangkitkan hal ini di sini?
Kerana saya hendak kita kembali melihat kepada tujuan rumah tangga dan peranannya kepada ummah seperti di atas. Pada saya, orang yang hendak berkahwin awal, kemudian meletakkan pergantungan rumah tangganya kepada kedua ibu bapanya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Rumah minta mak ayah belikan. Kereta nak mak ayah tampung. Sedangkan majlis kahwin dan segala urusannya juga mak ayah yang berikan dana. Tiada dari duit sendiri yang dikumpul dengan penat lelah. Tiada dari usaha keras sendiri berusaha mencari dana. Maka di sini ada satu kepincangan dalam isu memandang berat terhadap tanggungjawab.
Bahkan, kita dapat melihat bahawa isu menampung keperluan hidup berumah tangga adalah tanggungjawab ketua keluarga yakni Si Suami. Bukan tanggungjawab ibu bapa Si Suami.
Rasulullah SAW bersabda:(Hadith riwayat Ahmad)
“Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang makan dari hasil usaha kamu sendiri”
Dan firman Allah SWT:
“…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.”
(Al-Baqarah : ayat 233)
Jadi apakah seorang ketua keluarga, yang dalam perhitungan dan perancangannya: “Tak apa, mak ayah ana ada. Diorang boleh sara ana dengan isteri.”
Persoalannya, apakah kahwin dan rumah tangga itu semata-mata hal penyaraan?
KONSIKUENSI TIDAK MATANG DALAM RUMAH TANGGA
Apabila tujuan berumah tangga tidak jelas, atau yang mendirikan rumah tangga tidak matang, tidak mampu, maka kesan terhadap rumah tangga adalah buruk.
Perceraian, kepincangan, anak-anak yang tidak terurus, kehidupan yang tidak bahagia dan lebih buruk lagi kepincangan ummah dan kemerosotan kualiti masyarakat. Oh, jangan ceritalah pada saya berkenaan mencari keredhaan Allah SWT dan membawa keluarga bersama ke syurga apabila rumah tangga sudah tidak terurus.
Remaja cenderung melihat kahwin awal adalah satu-satunya penyelesaian dalam hal cinta, menjauhi dosa, takut zina dan sebagainya, sekaligus mematikan opsi-opsi yang lain yang hakikatnya wujud. Sepatutnya kita berpandangan jauh dan melihat dengan teliti.
Apakah kebaikan sebentar kemudian membawa keburukan yang bertali arus itu solusi yang hakiki?
Maka habisilah dan telitilah sabda Rasulullah SAW itu. Maka saya suka hendak menunjukkan kepada anda akan baki daripada hadith Rasulullah SAW yang saya utarakan di awal artikel ini tadi.
Rasulullah SAW ada bersabda:
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…”
(Muttafaq ‘Alaih).
Sempurnya hadith itu adalah begini:
Rasulullah SAW ada bersabda:
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.”
(Muttafaq ‘Alaih).
Kahwin awal hanyalah untuk orang yang layak berkahwin awal. Yang mampu. Justeru, apabila kita menyedari bahawa kita bukanlah dari golongan yang ‘mampu’, maka hendaklah kita berpuasa dan memohon perlindungan daripada Allah, menjauhkan diri dari punca-punca yang boleh mendorong kita ke arah keingkaran kepadaNya, dan pada masa yang sama bermati-matian berusaha mempertingkatkan diri kita untuk menjadi orang yang layak berkahwin, orang yang mampu berkahwin.
Diperhatikan semula, hadith ini selain dinyatakan perihal kahwin sebagai solusi, ia juga mengutarakan ‘bertahan dan mempertingkatkan diri’ sebagai solusi. Apakah natijah puasa? Taqwa. Dan taqwa itu natijahnya adalah peningkatan terhadap peribadi. Mengapa Rasulullah tidak tinggalkan solusinya sekadar ‘kahwin’ semata-mata?
Kerana ‘mampu’ adalah satu indikator yang amat penting dalam berumah tangga.
Rumah tangga bukan perkara sehari dua.
Rumah tangga bukan hal kamu berdua (lelaki dan perempuan).
Rumah tangga hal ummah pada hakikatnya.
Kita kahwin bukan semata-mata nak halalkan chit-chat kita dalam YM.
Kita bukan berkahwin semata-mata untuk halalkan pegang tangan peluk-peluk.
Kita bukan berkahwin semata-mata nak halalkan telefon kita bergayut-gayut selama ini.
Kita bukan berkahwin semata-mata kerana nak halalkan dating kita selama ini.
Bukan semata-mata itu semua dan bukan.
Rumah tangga lebih besar dari hal kita berdua. Ia lebih panjang dari apa yang kita sangkakan. Bukan terbina atas suka-suka semata-mata. Tetapi perlu dibina dengan perancangan hakikatnya.
Penutup: Saya bukan kata tak boleh kahwin awal.
Artikel ini bukan melarang kahwin awal. Kalau rasanya sudah mampu, kahwinlah. Artikel ini juga bukan melarang ibu bapa untuk tampung anak-anaknya kahwin awal. Kalau rasa anak-anak itu sudah mampu menguruskan sebuah rumah tangga, maka tampunglah. Artikel ini juga bukanlah nak memberat-beratkan orang bujang yang nak menikah. Saya tak rasa pun ini memberat-beratkan. Kalau rasa sudah layak, tiada masalah, kahwinlah. Umur 15 pun saya tak larang kalau dah layak.
Artikel ini wujud supaya generasi hari ini tidak memandang enteng akan perkahwinan dan rumah tangga yang hendak dibina. Pada saya, kahwin adalah ibadah. Kehidupan berumah tangga adalah ibadah. Semuanya ada saham dalam pembentukan ummah. Justeru kita perlu pandang serius akan hal membina rumah tangga. Kalau benar cinta, cinta mesti hendak bersama ke syurga.
Kahwin bukan semata-mata melempiaskan hawa nafsu, bermain-main, syok-syok, suka-suka.
Kahwin adalah untuk membina rumah tangga, madrasah pertama kepada ummah.
Mengapa tidak boleh kita pandang lebih serius akan hal ini?
Kata-kata guru saya amat saya ingati:
“Perkahwinan hanyalah gerbang. Rumah tangga adalah perjalanan selepas kita melepasi gerbang itu.”
~ Pakcik Rosdi bin Baharom, kini Pengarah HEP di Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.
Ini sekadar cambahan idea saya. Untuk ditimbang-timbangkan.
Friday, 13 January 2012
MAJLIS PENYATUAN DUA HATI KAMA ♥ TIKAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ukhuwah buat sahabat-sahabat yang dirindui
dan dikasihi kerana Allah sekalian..-)
Bismillahirrahmanirrahim..
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan
kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.
(H.R. Tirmidzi)
Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan keredhaan dan keizinanNya kami
KAMARULZAMAN BIN MAHMAD KHAIRAI
&
NURUL 'ATIKAH BINTI ASMUNI
menjemput sahabat-sahabat sekalian ke majlis perkahwinan kami yang
bertakhtakan adat dan bersendikan sunnah Rasul,memadu pertemuan
dua hati mendirikan istana
TEMPAT : NO 2 D-1 RUMAH KAKITANGAN FELDA KERATONG 8
26900 BANDAR TUN RAZAK PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH : 18 FEBUARY 2012 bersamaan 26 RABIUL AWAL 1433H
HARI : SABTU
MASA : 11am-4pm
INSYAALLAH majlis menyambut menantu pula akan diadakan
TEMPAT : NO40 LORONG INTAN 1/5 PERAMU JAYA 3
26600 PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH : 11 MARCH 2012
HARI : AHAD
MASA : 11am-4pm
“Cinta itu sempurna seperti pohon, akarnya tertanam dalam hati, batangnya
kukuh dalam kata, buahnya terkandung dalam perbuatan. Persis seperti iman,
tetap dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal."
Rasulullah s.a.w bersabda:" Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah)
ku maka dia tidak termasuk golonganku." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Semoga kehadiran dan doa restu sahabat-sahabat akan menyerikan lagi majlis
kami serta diberkati oleh Allah swt.. Insyaallah...
Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu
diatas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu..
Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah
kasih sayang di dalam hati kami. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan"
Amin Ya Rabbal Alamin~~
Wednesday, 11 January 2012
Jiwang skit....-)
Bismillah.....
Alhamdulillah...semalam 10 jan berakhir la sudah exam untuk sem ni...
5 paper yang sangat2 mencabar minda...fuh!!
Fesly aku nak doa supaya aku dapat pass sume subjek...amin!!
(siap pasang nazar lagi..huhu) ble da lulus sume subjek dan aku
doa supaya dapat pointer tinggi...amin!!
So...bile exam da habis sekarang aku nak fokus kat sesuatu yang
penting,lagi penting dari exam kot..haha
Haha..ye la...exam tiap2 sem (da 3 tahun lbh kot jd student uia ni)
tapi kawin sekali seumur hidup je,insyaallah....-)
X dapat nak gambarkan caner tapi sejujurnya bila ingat sal perkara
ni aku rasa debar giler2...
Spe2 ade tips boleh bagi x? haha
Hmm...walaupun aku habis exam 10 jan tapi aku decide nak balik
16 jan,6 hari jugak la dok uia ni.
Ada perkara yang perlu disetelkan sebelum balik rumah.
Dalam masa yang sama aku sebenarnya nak bagi masa pada diri aku
sendiri untuk muhasabah diri.
Kadang2 aku ada jugak terfikir sebelum ni yang aku ni layak x jadi
suami orang.
Sebab 2 la dalam masa 6 hari ni aku nak cuba tengok dalam2 apa yang
ada kat diri aku ni.
Apa kelebihan dan yang paling penting apa kekurangan aku supaya aku
dapat atasi.
Bukan aku nak jadi sempurna tapi aku nak hadir dalam diri dia sebagai
suami yang terbaik.
AKU CINTAKAN ALLAH!!
AKU CINTAKAN RASULULLAH!!!
Dan aku nak bersama dia menggapai redha allah......
Aku nak bersama dia di syurga allah....
Aku ni memang x layak la nak dipanggil ustaz tapi insyaallah aku x jahat
mane kot..hehe
Betul la....pernikahan tu merupakan satu titik tolah untuk perubahan ke
arah kebaikan.
Aku bukan nak cakap aku da berubah jadi baik tapi mulai sekarang ni
aku da rasa lain macam.
Bab solat,pergaulan,tutur kata....
X perlu kot aku nak cite panjang kat sini t bile korang nak kawin korang
akan rasa r..hehe
Bape ari je lagi aku akan mule menjemput sahabat2 aku untuk majlis
kenduri kawin,insyaallah...x lme da...-)
Balik rumah ni aku x taw apa yang akan menanti,mintak2 la bukan dugaan
yang besar dan terlalu mencabar...ameen~
Hmm...da habis idea nak menulis..nak layan movie!!! hoho~~~
Alhamdulillah...semalam 10 jan berakhir la sudah exam untuk sem ni...
5 paper yang sangat2 mencabar minda...fuh!!
Fesly aku nak doa supaya aku dapat pass sume subjek...amin!!
(siap pasang nazar lagi..huhu) ble da lulus sume subjek dan aku
doa supaya dapat pointer tinggi...amin!!
So...bile exam da habis sekarang aku nak fokus kat sesuatu yang
penting,lagi penting dari exam kot..haha
Haha..ye la...exam tiap2 sem (da 3 tahun lbh kot jd student uia ni)
tapi kawin sekali seumur hidup je,insyaallah....-)
X dapat nak gambarkan caner tapi sejujurnya bila ingat sal perkara
ni aku rasa debar giler2...
Spe2 ade tips boleh bagi x? haha
Hmm...walaupun aku habis exam 10 jan tapi aku decide nak balik
16 jan,6 hari jugak la dok uia ni.
Ada perkara yang perlu disetelkan sebelum balik rumah.
Dalam masa yang sama aku sebenarnya nak bagi masa pada diri aku
sendiri untuk muhasabah diri.
Kadang2 aku ada jugak terfikir sebelum ni yang aku ni layak x jadi
suami orang.
Sebab 2 la dalam masa 6 hari ni aku nak cuba tengok dalam2 apa yang
ada kat diri aku ni.
Apa kelebihan dan yang paling penting apa kekurangan aku supaya aku
dapat atasi.
Bukan aku nak jadi sempurna tapi aku nak hadir dalam diri dia sebagai
suami yang terbaik.
AKU CINTAKAN ALLAH!!
AKU CINTAKAN RASULULLAH!!!
Dan aku nak bersama dia menggapai redha allah......
Aku nak bersama dia di syurga allah....
Aku ni memang x layak la nak dipanggil ustaz tapi insyaallah aku x jahat
mane kot..hehe
Betul la....pernikahan tu merupakan satu titik tolah untuk perubahan ke
arah kebaikan.
Aku bukan nak cakap aku da berubah jadi baik tapi mulai sekarang ni
aku da rasa lain macam.
Bab solat,pergaulan,tutur kata....
X perlu kot aku nak cite panjang kat sini t bile korang nak kawin korang
akan rasa r..hehe
Bape ari je lagi aku akan mule menjemput sahabat2 aku untuk majlis
kenduri kawin,insyaallah...x lme da...-)
Balik rumah ni aku x taw apa yang akan menanti,mintak2 la bukan dugaan
yang besar dan terlalu mencabar...ameen~
Hmm...da habis idea nak menulis..nak layan movie!!! hoho~~~
Monday, 9 January 2012
Satu Hari...Dua Hari...Aisy X Lame da!!!
Bismillah....
Alhamdulillah...exam tinggal satu paper je lagi,malam ni xde mood nak study
so gune la peluang ni untuk online dan update blog..hehe
Act xde idea sangat nak tulis apa tapi my miss wife-to-be asyik suro je
aku update..hehe
Selepas beberapa jam berfikir(sambil on9) nak tulis apa baru sekarang
kol 12 tgh malam aku stat menulis,jangan marah ye awak t
kena jual...hehe
Owh ye...festly tahniah buat sahabat satu usrah Mr.Haziq dan zaujah dia
kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama.
TAHNIAH HAZIQ DAN AISYAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Umor diorang tahun ni 23 aku dengan my miss wife-to-be lak 22 tahun,
beza setaon je so taon depan boleh la aku menimang cahaya mata jugak...
(hoho..awak jgn marah,gurau jek)
Hanya membilang hari untuk aku menjadi seorang suami,khalifah
sebuah keluarga dan sekaligus memikul tanggungjawab yang
sangat berat.
Subhanallah...bile memikirkan apa yang bakal berlaku rasa nak berhenti
je degup jantung ni.
SIYES!!! kalau aku termenung sorang2 kadang 2 boleh lak jadi
ketar tibe2...haha
Setiap lelaki akan dipertanggungjawabkan dengan amanah sebagai
seorang suami dan alhamdulillah...jodoh aku sampai awal.
Pada usia yang x sampai 22 tahun (mengikut kiraan bulan) aku bakal
menjadi seorangsuami. Fizikal dan mental harus bersedia untuk
menghadapi sume ni.
Hmm...aku ni student engineering,my wife-to-be lak islamic revealed
knowledge (IRK).
Memang perbezaan yang ketara la dari segi field of study and the way of life ni.
Insyaallah...jika ikut perancangan kurang 2 bulan lagi kami akan
diijabkabulkan dan akan sah sebagai pasangan suami isteri.
Apa ye persediaan yang perlu dibuat??? Hmm...setakat ni ada la jugak,
khalifah kan..-)
Hmm...cukup la setakat ni untuk malam ni,ngantuk lak ras mate..hehe
aku tulis panjang2 ni macam la aku x taw bukan ada orang nak bace
sangat pon,x popular pn blog ni tapi yang pasti ada sorang pembaca setia..hehe
syukran awak!!!!
Alhamdulillah...exam tinggal satu paper je lagi,malam ni xde mood nak study
so gune la peluang ni untuk online dan update blog..hehe
Act xde idea sangat nak tulis apa tapi my miss wife-to-be asyik suro je
aku update..hehe
Selepas beberapa jam berfikir(sambil on9) nak tulis apa baru sekarang
kol 12 tgh malam aku stat menulis,jangan marah ye awak t
kena jual...hehe
Owh ye...festly tahniah buat sahabat satu usrah Mr.Haziq dan zaujah dia
kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama.
TAHNIAH HAZIQ DAN AISYAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Umor diorang tahun ni 23 aku dengan my miss wife-to-be lak 22 tahun,
beza setaon je so taon depan boleh la aku menimang cahaya mata jugak...
(hoho..awak jgn marah,gurau jek)
Hanya membilang hari untuk aku menjadi seorang suami,khalifah
sebuah keluarga dan sekaligus memikul tanggungjawab yang
sangat berat.
Subhanallah...bile memikirkan apa yang bakal berlaku rasa nak berhenti
je degup jantung ni.
SIYES!!! kalau aku termenung sorang2 kadang 2 boleh lak jadi
ketar tibe2...haha
Setiap lelaki akan dipertanggungjawabkan dengan amanah sebagai
seorang suami dan alhamdulillah...jodoh aku sampai awal.
Pada usia yang x sampai 22 tahun (mengikut kiraan bulan) aku bakal
menjadi seorangsuami. Fizikal dan mental harus bersedia untuk
menghadapi sume ni.
Hmm...aku ni student engineering,my wife-to-be lak islamic revealed
knowledge (IRK).
Memang perbezaan yang ketara la dari segi field of study and the way of life ni.
Insyaallah...jika ikut perancangan kurang 2 bulan lagi kami akan
diijabkabulkan dan akan sah sebagai pasangan suami isteri.
Apa ye persediaan yang perlu dibuat??? Hmm...setakat ni ada la jugak,
khalifah kan..-)
1) Aku cuba jadi lebih matang dalam membuat keputusan,mungkin
sebelum ni bila nak decide something aku ni jenis yang nak ambil jalan
mudah dan mengambil keputusan untuk selesaikan secepat mungkin
tapi selepas apa yang aku lalui kita sebenarnya perlu mengambil kira
hati dan perasaan orang sekelilng dalam membuat keputusan walaupun
ketika itu kita telah diberi kuasa mutlak.
2) Memandangkan my wife-to-be ni adalah bakal ustazah so secara
x langsung aku kena la behave sikit..Ops!! Bukan la nak cakap aku ni
jahat sangat sebelum ni tapi 'nakal' 2 ad la...hehe.. Eloo my frenz..
spe cakap budak 'nakal' x boleh dapat isteri ustazah..haha
(hah..riak2...gurau jek..hehe) Tapi walau apa pun aku tetap diri aku,
bukan nak jadi hipokrit tapi dalam usaha untuk berubah,yang x elok
2 aku cuba la ubah tapi yang elok 2 buat apa nak ubah kan?
(da capub 2 tetap la capub..-p)
3) Insyaallah...apa yang aku faham dengan perkahwinan bukan sahaja
penyatuan 2 hati tapi penyatuan 2 keluarga. My wife-to-be akan bergelar
KAK CIK dan aku lak akan jadi ABANG LONG.Kami akan sme2
menghadapi cabaran yang same untuk menyesuaikan diri dalam keluarga.
ALONG yang x pernah ada akak dan abang dan ACIK yang x biasa
dengan kehadiran adik2 yang ramai dan kecik2. Fuh~~~
bukan senang 2 tapi....
"x mudah namun x payah terserah atas pilihan....tanya sama pokok...-p"
4) Rezeki 2 banyak pagi2 so pas subuh jangan tido,selalu buat solat
sunat dhuha t insyaallah murah rezeki...hehe ni la perkara yang aku cube
aply dalam hidup aku. Susah woo x nak tido pas subuh nak2 kalo malam
2 x tido sampai kol 2-3 pagi coz study. Tapi betul la,rasa nikmat sangat
nak mulekan hari bile x tido pas subuh. Badan rasa segar je dan semangat
2 lain macam je..hehe
my wife-to-be ada cakap
"ayah selalu gi solat subuh kat masjid dengan abang n ijam"
Hah..x kn aku x nk g,malu r beb..jatuh maruah aku sebagai abang
long kat adik2 n bapak mertua...haha mane taw nak suro aku jadi imam
ke kat rumah,boleh je tapi surah pendek2 je r..hihi.
5) Study lak...hmm..aku ni secara jujurnya bukan la pelajar pandai,
result aku bese2 je slalu setakat cukup makan kot sebagai student engin ni.
Mengikut otak aku ni mungkin aku ni dalam kalangan average kot,jelez tgk
orang pandai tapi nak buat caner coz allah da cipta manusia 2 ada lebih
dan kurangnya kan? x kan la aku je sume dapat lebih..-) Tapi alhamdulillah
pas da taw tanggungjawab sebagai suami 2 da semakin dekat rasa
termotivate sendiri je untuk belajar lagi sungguh2. X nak ponteng kelas
dan cuba buat sedaya-upaya. Kita hanya merancang tapi tuhan yang
menentukan,bab result 2 tunggu je la bile da kuar t..-)
aku tulis panjang2 ni macam la aku x taw bukan ada orang nak bace
sangat pon,x popular pn blog ni tapi yang pasti ada sorang pembaca setia..hehe
syukran awak!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





