Pages
Friday, 13 January 2012
MAJLIS PENYATUAN DUA HATI KAMA ♥ TIKAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ukhuwah buat sahabat-sahabat yang dirindui
dan dikasihi kerana Allah sekalian..-)
Bismillahirrahmanirrahim..
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan
kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.
(H.R. Tirmidzi)
Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan keredhaan dan keizinanNya kami
KAMARULZAMAN BIN MAHMAD KHAIRAI
&
NURUL 'ATIKAH BINTI ASMUNI
menjemput sahabat-sahabat sekalian ke majlis perkahwinan kami yang
bertakhtakan adat dan bersendikan sunnah Rasul,memadu pertemuan
dua hati mendirikan istana
TEMPAT : NO 2 D-1 RUMAH KAKITANGAN FELDA KERATONG 8
26900 BANDAR TUN RAZAK PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH : 18 FEBUARY 2012 bersamaan 26 RABIUL AWAL 1433H
HARI : SABTU
MASA : 11am-4pm
INSYAALLAH majlis menyambut menantu pula akan diadakan
TEMPAT : NO40 LORONG INTAN 1/5 PERAMU JAYA 3
26600 PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH : 11 MARCH 2012
HARI : AHAD
MASA : 11am-4pm
“Cinta itu sempurna seperti pohon, akarnya tertanam dalam hati, batangnya
kukuh dalam kata, buahnya terkandung dalam perbuatan. Persis seperti iman,
tetap dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal."
Rasulullah s.a.w bersabda:" Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah)
ku maka dia tidak termasuk golonganku." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Semoga kehadiran dan doa restu sahabat-sahabat akan menyerikan lagi majlis
kami serta diberkati oleh Allah swt.. Insyaallah...
Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu
diatas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu..
Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah
kasih sayang di dalam hati kami. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan"
Amin Ya Rabbal Alamin~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jauhnya....... X mampu datang....
ReplyDelete